24/02/2024
Bismillah.
Insya Allah sebentar lagi akan bersama pasukan Amil Zakat MAIPs.
Moga Allah permudahkan urusan.
I TRAIN CHAMPION
Kami berpengalaman dalam menganjur dan mengendalikan program, kursus, latihan, dan motivasi kepada pelajar sekolah, belia, kolej, institusi pengajian tinggi, korporat dan komuniti dalam pelbagai aspek pembangunan insan termasuk keagamaan, pendidikan, kerjaya, keusahawanan, pengurusan kewangan, kekeluargaan, pemerkasaan jati diri, pembinaan serta pemerkasaan pasukan organisasi.
24/02/2024
Bismillah.
Insya Allah sebentar lagi akan bersama pasukan Amil Zakat MAIPs.
Moga Allah permudahkan urusan.
23/10/2023
Berkesempatan menjengah zaman belajar kitab dan buku di samping mengimbau kenangan 14 tahun yang lalu.
Nak masuk dalam tapi pintu kunci. Dulu Sabtu, Ahad sentiasa terbuka. Mungkin atas faktor keselamatan.
Moga Allah kurniakan ganjaran buat para asatizah yang pernah mendidik insan kerdil ini. Moga Allah ampunkan dosa² silam dan berikan petunjuk buat kita semua.
14/09/2023
Gratitude (Shukr)
Allah says in Quran:
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ
And (remember) when your Lord proclaimed: “If you give thanks (by accepting Faith and worshipping none but Allāh), I will give you more (of My Blessings); but if you are thankless (i.e. disbelievers), verily My punishment is indeed severe.”
Surah Ibrahim: Ayah 7
- When things are going your way, don't forget to be humble and thank Allah. And when things are not going your way, don't forget to be patient and trust Allah.
www.thenoor.co
23/08/2023
Sincerity (Ikhlas) vs Showing off (Riya')
Mahmud bin Labid (RAA) narrated that the Prophet ﷺ said:
إنَّ أخْوَفَ ما أخافُ عليكم الشِّركُ الأصْغَرُ، قالوا: وما الشِّركُ الأصْغَرُ يا رسولَ اللهِ؟ قال: الرِّياءُ؛ يقولُ اللهُ عزَّ وجلَّ لهم يومَ القِيامةِ إذا جُزِيَ الناسُ بأعمالِهم: اذْهَبوا إلى الذين كنتُم تُراؤون في الدُّنيا، فانظُروا هل تَجِدون عِندَهُم جزاءً
“The thing I am most afraid of happening to you is a little Shirk. The Companions asked: what is minor shirk, O Messenger of Allah. The Prophet said: That is Riya’. Allah SWT will say on the Day of Resurrection: go to the people you want to show your deeds to in the world and see if they have a reward (because of your deeds)”.
Musnad Ahmad (23630)
www.thenoor.co
Nak sokong/undi parti mana pun silakan
Yang paling utama jagalah adab dalam berkomunikasi
12/07/2022
RTC Gopeng Perak
Alhamdulillah, telah selesai Kursus Pemerkasaaan Keupayaan Agropreneur (Mentor Mentee) yang dikendalikan oleh Master Trainer Ustaz Muhammad Zhofran Zainuddin dari Islah Training & Management. Program ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan dan Pemasaran FAMA Negeri Perak.
Membantu syarikat dalam menyediakan bahan pemasaran dalam bentuk video di media sosial.
01/11/2021
Alhamdulillah.. Alhamdulillah
Selesai sudah 2 hari 'bertapa dan menurun' dalam program Formula Kejayaan Siswa bersama pelajar2 Institusi Pendidikan Mara (IPMA) Negeri Perak. Jutaan terima kasih kepada penganjur Pejabat Mara Negeri Perak, Pn Lailatul Asmah, Pn Hasniza, En Fadhli, kaunselor2 IPMA dan pegawai2 yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam FKS IPMA 2021.
Walaupun saya berkongsi, saya turut belajar bagaimana mengurus dan menyusun program secara dalam talian. Setinggi penghargaan kepada team Islah Training and Consultancy Bro Hafis dan Pn Fatimah Haslina yang menjadi tulang belakang FKS IPMA 2021. Terima kasih kepada sahabat saya, Ust Emirul Hafizi yang tidak lokek berkongsi ilmu untuk melancarkan lagi perjalanan program ini.
Kepada para peserta FKS IPMA 2021, moga anda diberikan kemudahan dalam pelajaran dan perancangan/matlamat anda dapat dicapai menggunakan 5FK. Insya Allah.
Moga Allah limpahkan kebaikan buat semua termasuk para pembaca.
13/10/2021
Alhamdulillah. Dah agak lama bercuti. Hari ini berkesempatan sambung perkongsian dengan team DLM berkenaan usahawan di usia 20-an. Moga bermanfaat buat penonton. Jika ada sebarang cadangan, anda boleh sahaja berikan pandangan di ruangan komen. Terima kasih.
https://www.youtube.com/watch?v=SXYKAmJ3EH8