Seri Al Ummah Chemor

Seri Al Ummah Chemor Sekolah Rendah Islam Al-Ummah

26/08/2026

🌟 PROGRAM GERAK GEMPUR UPKK & BENGKEL PENULISAN JAWI SESI PERTAMA 2026 🌟

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Gerak Gempur UPKK dan Bengkel Penulisan Jawi 2026 Sesi Pertama selama seminggu, bermula 17 hingga 21 Ogos 2026, bertempat di Dewan Sekolah. 📚✨

📚 PROGRAM GERAK GEMPUR UPKK 2026

Program Gerak Gempur UPKK melibatkan murid Tahun 5 daripada kelas Hafiz, Hafizah, Ehsan, Niamah, Adil dan Arif.

Antara subjek yang terlibat dalam sesi pertama ialah:

🔹 Bahasa Arab – Ustazah Afiqah Kamaruddin
🔹 Sirah – Ustazah Anis Fatiha
🔹 Jawi & Khat – Ustazah Aini Ramli

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan murid serta memantapkan persediaan mereka dalam menghadapi UPKK 2026. 💪🏻📖

✍🏻 BENGKEL PENULISAN JAWI 2026

Turut berlangsung Bengkel Penulisan Jawi 2026 yang dikendalikan oleh Ustazah Aisyah, melibatkan murid daripada kelas 5 Hafiz, 5 Hafizah dan 5 Ehsan.

Bengkel ini memberi penekanan kepada kemahiran penulisan Jawi agar murid dapat menulis dengan lebih tepat, kemas dan yakin. 📝✨

Semoga segala usaha dan kesungguhan para guru serta murid sepanjang program ini menjadi bekalan terbaik menuju kejayaan UPKK 2026. 🤲🏻✨

Teruskan berusaha, teruskan berdoa dan teruskan melangkah menuju kecemerlangan! 🌟📚







25/08/2026

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS RUMUSAN NILAM SERI AL-UMMAH 2026

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid SERI Al-Ummah yang telah berjaya menempah kejayaan dalam Pertandingan Menulis Rumusan NILAM yang berlangsung pada 27 hingga 31 Julai 2026.

Amalan membaca merupakan wahana utama dalam merealisasikan perintah Allah SWT yang pertama, iaitu Iqra’ (Bacalah). Semoga pengiktirafan ini membakar semangat anak-anak untuk terus istiqamah menuntut ilmu, sekali gus membentuk peribadi insan yang soleh, musleh, dan berketrampilan.

Berikut adalah senarai rasmi pemenang mengikut kategori:

SENARAI PEMENANG

Tahun 1

1 Siddiq: Nur Ariana Qaireen

1 Amanah: Nik Nur Aufa Radhia

1 Tabligh: Dhia Delisha

1 Fathonah: Alika Azzahra

1 Salam: Nur Alisya Izara

1 Rahmah: Annisa Qaisara

Tahun 2

2 Ilmu: Ainul Maisarah

2 Iman: Al-fateh

2 Taqwa: Aisyah Dania

2 Hidayah: Ahmad Fathul Khairi

2 Amal: Dhiya Eryna

2 Taufiq: Muhammad Yusuf Mikail

Tahun 3

3 Hafiz: Fathia Raisha

3 Hafizah: Nur Hana Izzatie

3 Iltizam: Aimatul Adawiyah

3 Redha: Aisya Sumayyah

3 Jihad: Aufa Adeela

3 Ikhlas: Aisya Baheera

Bahasa Melayu (Tahun 4 – 6)

4 Hafiz: Lily Hasya

4 Hafizah: Dhia Izz Zara

4 Sabar: Shareen A'la

4 Islah: Nur Husna Fathiyyah

4 Barakah: Muhamad Raid Ziqri

4 Ikhtiar: Muhammad Miedad

5 Hafiz: Muhammad Al-Fateh Waliyuddin

5 Hafizah: Mior Muhammad Ammar

5 Ehsan: Nur Dhamirah Qiesya

5 Adil: Nurul Izzah Insyirah

5 Niamah: Muhammad Ziyad

5 Arif: Muhammad Ariq Alham

6 Hafiz: Muhammad Rafiq Thaqif

6 Hafizah: Damia Az-Zahra

6 Hikmah: Nur Airin Darwisyah

6 Itqan: Nur Luthfya Damia

6 Ijtihad: Nur Qayra

6 Yaqin: Farah Marissa

Bahasa Inggeris (Tahun 4 – 6)

4 Hafiz: Lily Hasya

4 Hafizah: Fatma Azzahra

4 Sabar: Zya Azqaira

4 Islah: Nur Husna Fathiyyah

4 Barakah: Muhamad Raid Ziqri

4 Ikhtiar: Muhammad Miedad

5 Hafiz: Annisa Faiha

5 Hafizah: Muadz Ahmad Ubaidullah

5 Ehsan: A***n Yaqzan

5 Adil: Muhammad Basyirul Hanif

5 Niamah: Muhammad Aqeel Zhafran

5 Arif: Huzaifah Nafis

6 Hafiz: Nur Umaira Qatrina

6 Hafizah: Aulia Izzatunnisa

6 Hikmah: Badrish Adam Irsyad

6 Itqan: Aina Humaira

6 Yaqin: Farah Marissa

6 Ijtihad: Muhammad Yusuf

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para guru, ibu bapa, dan penjaga atas dorongan serta komitmen yang berterusan. Semoga usaha bersama ini diberkati dan terus melahirkan generasi pencinta ilmu.

🌙✨ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ1448H / 2026M“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”Rasulullah ﷺ bukan sekadar diutus un...
25/08/2026

🌙✨ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ
1448H / 2026M

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Rasulullah ﷺ bukan sekadar diutus untuk menyampaikan risalah, tetapi Baginda menjadi teladan agung dalam membentuk dan menyempurnakan akhlak manusia.

Allah SWT berfirman:

«وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
“Dan sesungguhnya engkau benar-benar memiliki akhlak yang agung.”
— Surah al-Qalam, ayat 4

Rasulullah ﷺ p**a bersabda:

«إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.”
— Riwayat al-Adab al-Mufrad, no. 273

🌿 Maulidur Rasul bukan sekadar mengingati kelahiran Baginda, tetapi menghidupkan sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan kita.

Marilah kita mendidik diri, anak-anak dan generasi seterusnya agar sentiasa beradab, berakhlak mulia, penyayang, amanah, santun dan menjadi insan yang membawa rahmat kepada sekeliling.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ diterjemahkan melalui akhlak yang indah dan amalan yang nyata.

🤍 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Seri Al-Ummah
Melahirkan generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia.








17/08/2026
🌟 TAHNIAH! KELAS TERBERSIH MINGGUAN 🌟SERI AL-UMMAH CHEMOR 2026📅 (3 - 14 Ogos 2026)​Dengan penuh sukacita, pihak sekolah ...
17/08/2026

🌟 TAHNIAH! KELAS TERBERSIH MINGGUAN 🌟
SERI AL-UMMAH CHEMOR 2026
📅 (3 - 14 Ogos 2026)
​Dengan penuh sukacita, pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada kelas yang berjaya dinobatkan sebagai Kelas Terbersih Mingguan:
​🏆 TAHAP 1: KELAS 1 RAHMAH
🏆 TAHAP 2: KELAS 4 HAFIZAH
🏆 TAHAP 3: KELAS 5 HAFIZ
​Kebersihan mencerminkan keperibadian dan disiplin yang tinggi. Ingatlah, "Kebersihan itu sebahagian daripada iman".
​Teruskan usaha mengekalkan suasana kelas yang bersih, ceria, dan kondusif! 👏✨
​✨ "SERIAU BERSIH INDAH" ✨

PROGRAM PEMERIKSAAN DAN RAWATAN PERGIGIAN MURID SEKOLAH RENDAH ISLAM (SERI) AL-UMMAHMenjaga kebersihan dan kesihatan tub...
13/08/2026

PROGRAM PEMERIKSAAN DAN RAWATAN PERGIGIAN MURID SEKOLAH RENDAH ISLAM (SERI) AL-UMMAH
Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan merupakan satu bentuk amanah daripada Allah SWT yang perlu dipelihara. Sebagaimana yang dituntut dalam Islam, kebersihan diri termasuk penjagaan kesihatan mulut dan gigi merupakan salah satu amalan murni yang amat ditekankan oleh Rasulullah SAW melalui sunnah bersiwak.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan kerjasama Perkhidmatan Pergigian Bergerak Daerah Kinta sedang menjalankan Program Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian bagi seluruh murid SERI Al-Ummah. Program ini akan dilaksanakan sepanjang minggu ini sehingga semua sesi pemeriksaan dan rawatan selesai sepenuhnya.
Objektif utama pelaksanaan program ini meliputi:
* Memastikan kesihatan fizikal murid sentiasa berada pada tahap optimum demi melancarkan proses pembelajaran.
* Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan berkala dan rawatan susulan yang diperlukan oleh murid.
* Menerapkan kefahaman tentang kepentingan mengamalkan kebersihan diri sebagai cerminan peribadi Muslim yang sejati.
Pihak sekolah memohon sokongan serta doa daripada seluruh ibu bapa agar urusan kesihatan anak-anak kita dipermudahkan. Semoga usaha ini membolehkan mereka membesar sebagai generasi yang sihat rohani dan jasmani.
Slogan Peringatan:
"Kurangkan Gula Dalam Makanan, Tambahkan Manis Dalam Senyuman"
Jazakumullahu Khairan Kathira.

Alhamdulillah 🤍🏐Beberapa kemenangan berjaya dicatat! 🏆✨Teruskan berjuang, teruskan melangkah! Setiap usaha, semangat & k...
11/08/2026

Alhamdulillah 🤍🏐
Beberapa kemenangan berjaya dicatat! 🏆✨

Teruskan berjuang, teruskan melangkah! Setiap usaha, semangat & kerja keras akhirnya membuahkan hasil. 💪🏻🔥

Proud of you, team! 🧡

DAY 1🏆 ALHAMDULILLAH, WE DID IT! 🏆Bukan sekadar kemenangan, tapi hasil daripada usaha, latihan, semangat dan kerjasama s...
11/08/2026

DAY 1
🏆 ALHAMDULILLAH, WE DID IT! 🏆

Bukan sekadar kemenangan, tapi hasil daripada usaha, latihan, semangat dan kerjasama satu pasukan. 💪🏻🧡

Tahniah SERIAU! Teruskan melangkah, teruskan berjuang. Kita sambung berjuang esok! 🔥

09/08/2026

DAY 2 — FINAL DAY 🏆

Last game. Last cheer. Last day.
But definitely not the last memory. 🥹❤️‍🔥

MISSAK 2026, what a journey 💪


Address

Lot 27779, Batu 9 Jalan Jelapang
Ipoh
31200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seri Al Ummah Chemor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Seri Al Ummah Chemor:

Shortcuts

Share