10/03/2026
⛅🌿 Majlis Al-Quran 🌾🌼
20 Ramadan 1447H
Firman Allah SWT:
﷽
فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا [مريم : 26]
Ertinya:
“Maka makanlah dan minumlah serta tenangkanlah hatimu. Jika engkau melihat seseorang daripada manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berkata-kata dengan sesiapa pun daripada manusia pada hari ini.” (Surah Maryam: 26)
🌼 Keterangan Ayat:
1. Maryam juga diseru agar makan dan minum daripada rezeki yang Allah sediakan sebagai tanda rahmat dan penjagaan Allah terhadapnya selepas melahirkan Nabi Isa a.s.
2. Ungkapan “qarrī ‘aynan” bermaksud supaya Maryam menenangkan hati dan tidak lagi bersedih atau bimbang terhadap keadaan yang sedang dihadapinya.
3. Maryam juga diseru supaya bernazar untuk berpuasa daripada bercakap dengan manusia pada hari tersebut sebagai tanda ibadah dan penyerahan diri kepada Allah.
Rujukan tafsir: Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir Ibn Kathir dll.
🌼 Antara Petunjuk Ayat:
1. Allah memberikan ketenangan hati kepada hambaNya selepas ujian yang berat.
2. Dalam keadaan tertentu, syariat terdahulu membenarkan berpuasa daripada bercakap sebagai bentuk ibadah.
3. Tawakkal kepada Allah memberikan ketenangan jiwa ketika menghadapi ujian dan pandangan manusia.
🌼 Kaedah Beramal:
1. Hendaklah kita mensyukuri nikmat rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.
2. Hendaklah kita menenangkan hati dengan mengingati bahawa setiap ujian berada di bawah ketentuan Allah.
3. Hendaklah kita menjaga lidah dan tidak berkata-kata kecuali perkara yang baik.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ketenangan hati, kesabaran dalam menghadapi ujian dan jadikanlah kami hamba yang sentiasa menjaga lidah serta bersyukur atas nikmatMu. Aamiin.
والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين
https://youtu.be/pspaHqr-vZA
https://fb.me/drwifaq
https://t.me/MajalisAlQuran