09/06/2026
π§πππ‘πππ πππ‘ π¦ππ§ππ‘πππ-π§ππ‘πππ π£ππ‘ππππ₯ππππ‘
PERALIHAN AMANAH KEPEMIMPINAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (UPIM) JABATAN PENGAJIAN AM
Setiap amanah yang dipikul adalah lambang kepercayaan, manakala setiap jasa yang dicurahkan merupakan legasi yang akan terus dikenang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Musleha binti Mokter atas pelantikan sebagai Ketua Kursus Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM), Jabatan Pengajian Am yang baharu, berkuat kuasa 8 Jun 2026. Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kecemerlangan dalam menerajui UPIM ke tahap yang lebih gemilang.
Pada masa yang sama, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Encik Mohd Shukri bin Mohd Isa atas segala sumbangan, komitmen serta kepemimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah sebagai Ketua Kursus sebelum ini. Segala jasa dan bakti yang diberikan amat dihargai serta menjadi inspirasi kepada warga jabatan.
Semoga kedua-duanya terus melakar kecemerlangan dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab demi memartabatkan pendidikan serta pembangunan sahsiah pelajar TVET.
01/06/2026
Seluruh warga kerja Jabatan Pengajian Am mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustaz Mohd Shukri bin Mohd Isa yang bakal meneruskan tugas di tempat baharu di Politeknik Kota Kinabalu bermula Jun 2026. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbang bakti dan tunjuk ajar sepanjang 22 tahun Ustaz berkhidmat di Politeknik Ungku Omar. Perpindahan ini semestinya merupakan satu kehilangan yang besar bagi JPA, namun kami tetap mengucapkan tahniah dan semoga Ustaz semakin cemerlang di tempat baharu.
11/05/2026
Syabas dan tahniah di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 kepada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Am, iaitu:
Encik Mohd Rosdi bin Ripin
Puan Nor Fadzlinda binti Ishak
Puan Woon Chee Chee
Moga terus cemerlang dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. πππ
16/04/2026
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ungku Omar bersama Armada Sujana telah menganjurkan Kem Cendekia Muda: Program Pembangunan Bakat Orator PUO pada 11 dan 12 April 2026 bertempat di Dewan Kuliah Awam, PUO. Program ini bertujuan melahirkan graduan holistik dan seimbang dari segi komunikasi berkesan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kepimpinan dan kolaborasi serta integriti dan profesionalisme. Seramai lebih kurang 30 orang peserta program yang terdiri daripada pelajar-pelajar PUO daripada pelbagai jabaran didedahkan dengan kemahiran orator seperti tech pitching, project presentation, leadership communication dan stakeholder engagement. Diharapkan program ini sedikit sebanyak memberi pendedahan yang bermanfaat kepada pelajar dan meningkatkan kemahiran mereka dalam berdialog serta berhujah di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
15/04/2026
THE ESCAPE CHALLENGE β LANGUAGE QUEST 2026
On 14 April 2026, Language Unit, General Studies Department organised The Escape Challenge β Language Quest at Dewan Warisan & Dataran Ilmu, PUO.
This interactive, station-based programme aimed to enhance studentsβ English proficiency through fun, game-based challenges while developing teamwork, communication, critical thinking and problem-solving skills.
A total of 75 students participated in this exciting competition, working in teams to complete 5 engaging stations featuring vocabulary, grammar, idioms, riddles and speaking tasks.
Top 3 Winners:
1st Place - Siti Norfadila binti Abdullah, Aisyah Zahra binti Zainal, Nurul Husna binti Shapi'e & Maria Danisha binti Mohd Hasmadi from Commerce Department.
2nd Place - Nur Damia Farzana binti Zul Hassan, Ahmad Haziq bin Zamran, Vinothan a/l Muthu & Navveen a/l Mahadevan Thevar from IT Department
3rd Place - Khairul Harzan Zafrin bin Khairul Hafizi, Muhammad Al-Hallaj bin Roslan, Muhammad Raqib bin Mohd Rafik & Alif Aiman bin Haris from IT Department.
Congratulations to all winners and participants for your enthusiasm and teamwork.
09/04/2026
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Munawira binti Saharani dan Puan Norhamizah binti Tamat atas kejayaan pemangkuan ke Gred DH14 dan DH13.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kecemerlangan berterusan serta sumbangan signifikan kepada kegemilangan jabatan serta institusi .
16/03/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pergi ke taman memetik melati,
Harumnya bunga di pagi hari,
Syawal tiba mengeratkan hati,
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dari kami. πβ¨
"Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan dan ukhwah yang lebih erat.β
Ikhlas daripada
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK UNGKU OMAR
20/11/2025
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI & TATAKELOLA SERTA PROGRAM PENGUKUHAN PDP
Kempen Integriti Dihayati Rasuah Dijauhi telah berjaya dilaksanakan pada 29 Oktober 2025 di Dewan Sri Kinta, Politeknik Ungku Omar. Kempen ini telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam & Moral, Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Jabatan Perdagangan. Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada Program pengukuhan integriti & Tatakelola di samping program Pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di Politeknik. Seramai 172 peserta telah terlibat dalam program ceramah ini yang terdiri daripada pelajar semester 1,2 dan 5.
Pengisian program termasuklah sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Puan Hasmamuniroh Binti Dahyulen, Penolong Penguasa SPRM, Ipoh, Perak dengan tajuk Pengurusan Integriti dan Antirasuah. Selain daripada ceramah, aktiviti Kuiz secara online telah diadakan selepas sesi ceramah yang dianjurkan oleh pihak SPRM dan juga Politeknik sendiri. Sesi penyampaian hadiah diadakan sejurus selesainya Kuiz dan telah disempurnakan oleh Ketua Kursus Pendidikan Islam & Moral kepada para pemenang termasuklah pemenang Pertandingan Iklan Kreatif Antirasuah yang telah diadakan sebelumnya.
Antara objektif kempen ini adalah:
1. Meningkatkan kefahaman pelajar berkaitan dengan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009
2. Meningkatkan kesedaran berkaitan implikasi perundangan atas perbuatan rasuah.
3. Memberi pendedahan tentang isu-isu semasa kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009
4. Menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar sebagai warganegara Malaysia yang mencintai negara.
5. Menguji pengetahuan umum pelajar berkaitan rasuah dan isu semasa di Malaysiamelalui pertandingan kuiz.
Penganjuran program ini telah memberi impak positif kepada peserta tentang peri penting pengetahuan tentang rasuah yang perlu dijauhi dan integriti yang mesti dihayati. Selain itu, peningkatan kesedaran tentang rasuah serta pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan perlu dihayati dengan bersungguh-sungguh.