15/08/2026
MAJLIS SEKALUNG BUDI SEMARAK KASIH SEMPENA PERSARAAN PN. FAUZIAH BINTI ZUN (GURU BESAR SK METHODIST)
14 Ogos 2026
Jumaat
Dewan Transformasi
Sesi Pagi & Sesi Petang
Majlis Persaraan Pn. Fauziah Binti Zun telah berlangsung dengan penuh bermakna dan lancar.Majlis ini adalah tanda penghargaan atas segala jasa ,bakti dan sumbangan beliau sepanjang menabur bakti dalam dunia pendidikan .
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran rakan Guru Besar dari sekolah lain yang hadir bersama-sama memeriahkan dan meraikan detik istimewa buat Pn. Fauziah.Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu ,guru,kakitangan serta warga SEMETAR yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.
Selamat bersara,Puan Fauziah.Jasa dan bakti yang dicurahkan akan sentiasa dikenang .Semoga fasa baharu kehidupan ini dipenuhi kebahagiaan,ketenangan dan keberkatan.