28/08/2025
https://www.youtube.com/watch?v=XFIjain4OHo
SIRI NOTA TADABBUR SURAH AL-MULK 2025
Kelebihan surah Al-Mulk:
عن أبي هريرة، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إن سورة من القرآن ثلاثون آية شفعت لرجل حتى غفر له، وهي سورة تبارك الذي بيده الملك)): ((هذا حديث حسن))
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi ﷺ bersabda: "Sesungguhnya ada satu surah dari Al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat. Ia akan memberi syafaat kepada seseorang sehingga dia diampunkan dosanya. Surah itu ialah Surah Tabaarakallazi biyadihil mulk (Surah Al-Mulk)." (HR Tirmizi : 2891 : Hadis Hasan menurut Imam Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani)
عَنْ جَابِرٍ : «أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ لَا يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ ﴿الم * تَنْزِيلُ﴾، وَ﴿تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ﴾»
Diriwayatkan dari Jabir RA: "Sesungguhnya Nabi ﷺ tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah As-Sajdah (Alif Lam Mim Tanzil) dan Surah Al-Mulk (Tabarakallazi biyadihil mulk)." (HR Tirmizi : 2892 : Disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah Sohihah)
**********************************************************
Surah yang memberi syafaat: Surah Al-Mulk (Tabarakallazi biyadihil mulk) adalah satu surah dalam Al-Quran yang akan memohon kepada Allah SWT untuk memberi syafaat (pertolongan) kepada orang yang membacanya.
Keampunan dosa: Syafaat ini akan berterusan sehingga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa orang yang membaca dan merenungi maknanya, serta mengamalkan isi kandungannya.
Surah 30 ayat: Surah ini terdiri daripada 30 ayat. Ia bukan sekadar surah biasa, tetapi memiliki keutamaan yang luar biasa.
Penyelamat dari azab kubur: Menurut hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Surah Al-Mulk juga dikenali sebagai surah yang akan menghalang dan melindungi pembacanya daripada azab kubur. Ia juga membantu mencegah seseorang daripada melakukan dosa-dosa yang boleh membawa kepada azab kubur.
So jom check it out!!!!!
Firman Allah :
تَبَٰرَكَ ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
1. Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
- Allah berkuasa terhadap segala sesuatu. Semua kita ini termasuk segala kerajaan di tangan-Nya. Menakluki segala sesuatu.
- Kita? Sebagus manusia mana pun, hatta Firaun yang punya banyak akal, Abu Jahal yang punya sekalian taktik pun belum cukup mampu untuk berkuasa keatas segala sesuatu.
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
- Allah jadikan hidup kita, mati kita sebagai ujian kepada kita semua.
- Untuk apa kita dijuji? Untuk kita lakukan terbaik, amal terbaik mengikut kepada sunnah NabiNya.
ٱلَّذِى خَلَقَ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍ طِبَاقًا ۖ مَّا تَرَىٰ فِى خَلْقِ ٱلرَّحْمَٰنِ مِن تَفَٰوُتٍ ۖ فَٱرْجِعِ ٱلْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِن فُطُورٍ
3. Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
- Allah juga yang cipta tujuh langit yang berlapis-lapis.
- Semuanya elok fix & tersusun tatacaranya.
- Tapi ada lagi dari kalangan manusia tidak melihat kesan kewujudan Allah yang hanya selayaknya disembah. Bahkan tidak menerima hidayah yang Allah telah tunjukkan.
-Akhirnya menjerumuskan diri mereka ke lembah neraka. Nauzubillah min zalik...
****************************************
Kesimp**an:
1. Sebelum tidur, baca & pahamkan la sikit demi sikit kandungan surah Al-Mulk. Ianya sangat fantastik dan amzing.
2. Allah bagi kita hidup kat dunia sebagai ujian. Allah nak uji kita, ikut apa yang dibawa nabi atau sebaliknya.
3. Allah sahaja yang layak disembah, dipuja, dipuja.
Jom sambil2 kita dengarkan bacaan Shiekh Maher Imam Masjid Haram.
سورة الملك بصوت الشيخ الدكتور ماهر المعيقلي اشترك في قناة الشيخ ماهر المعيقلي الرسمية:https://goo.gl/gdYtKd الشيخ ماهر المعيقلي - Al Sheikh Maher Bin Hamad Al Muaiqly - توزيع ديجيتال: شركة قنواتتا...
29/07/2024
08/07/2024
02/06/2024