PIBG SK Jelapang Ipoh, Perak Darul Ridzuan

PIBG SK Jelapang Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Share

Laman ini ditubuhkan atas dasar untuk berkongsi maklumat segala aktiviti dan keperluan anak anak/sekolah

10/10/2025
Ujian Saringan UKM1 Genius@Pintar Negara, UKM 20/06/2024

πŸŽ™πŸŽ™ Assalamualaikum dan salam sejahtera, murid tahun 2 hingga tahun 6 yang ada talian internet boleh mengikuti ujian permata pintar UKM di link berikut :

https://ukm1.permatapintar.ukm.my/

πŸ‘‰ Murid-murid boleh menggunakan peranti telefon atau komputer meja.

πŸ“œπŸ“šMAKLUMAT UJIAN
1. Ujian UKM1 merupakan usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan, USIM.
2. Ujian UKM1 merupakan ujian dalam talian yang terbuka.

Tarikh tutup menduduki ujian ialah 30 Jun 2024
Bayaran : PERCUMA

Cara menduduki ujian
1.Klik link permata pintar.KLIK UJIAN UKM1
2.Masukkan No My Kid
3. Jawab Ujian

πŸ‘‰Murid yg lulus dengan markah MINIMA akan memperolehi sijil.
Murid yg berjaya akan dipanggil untuk menduduki ujian permata pintar fasa 2

Harap maklum..😊 TERIMA KASIH

πŸ—£ Penyertaan ANDA akan meningkatkan penyertaan murid SKJ dalam ujian UKM1 sesi 2024 ini . Tahniah diucapkan.

Ujian Saringan UKM1 Genius@Pintar Negara, UKM UJIAN UKM 1

Photos from PIBG SK Jelapang Ipoh, Perak Darul Ridzuan's post 27/11/2023

Sejarah terus dicipta, Tahniah Buat Adik Aimi, Adik Qisya, Adik Faiq dan Adik Qarin... telah terpilih sesi Perlaksanaan program mengenal pasti Bakat (TID) di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar Johor, Bagi pengambilan Atlet tahun 2024/2025.

Ini juga merupakan satu kejayaan besar buat Pasukan Hoki SK Jelapang dan SK jelapang.

Kami Doakan kejayaan adik adik. Pengorbanan ibubapa,guru guru dan jurulatih akhirnya terbalas jua.


Photos from PIBG SK Jelapang Ipoh, Perak Darul Ridzuan's post 21/11/2023

Tahniah Adik IMAAN BIN ROZI pelajar Tahun 6 Firus telah terpilih menyertai Akademi JDT dan telah menandatangani kontrak selama setahun.

Ini merupakan satu kejayaan yang besar buat SK Jelapang, Akademi Tunas Kinta utara dan Akademi Tunas Tambun.

Adik Imaan Bin Rozi juga telah bersekolah di Sk Jelapang sejak dibangku Pra Sekolah sehingga kini.

Dengan kejayaan ini, ianya akan menjadi satu penanda aras buat adik adik di Sk Jelapang terus berusaha dengan bersungguh sunguh dalam apa jua bidang dan sukan.

Tidak berlebihan juga pihak PIBG SK JELAPANG mengiktiraf Adik IMAAN BIN ROZI merupakan IKON Bolasepak SK JELAPANG





Kredit pemilik gambar : ustaz Hanif Khalim

Photos from PIBG SK Jelapang Ipoh, Perak Darul Ridzuan's post 23/08/2023

Sumbangan untuk anak/pelajar/atlit Sk jelapang yang terpilih ke kejohanan MSSM Hoki
Duit Sumbangan PIBG amat bermakna untuk anak anak kita



MSSM MELAKA 2023

Photos from PIBG SK Jelapang Ipoh, Perak Darul Ridzuan's post 23/08/2023

Sumbangan untuk pelajar/atlit
Sumbangan Wang PIBG dimanfaatkan sepenuhnya untuk anak anak SK Jelapang...


Road to Mssm JDT....

Photos from PIBG SK Jelapang Ipoh, Perak Darul Ridzuan's post 22/08/2023

Tahniah Sk Jelapang wakil daerah Kinta utara menjuarai Pertandingan Bicara Berirama bagi Peringkat Negeri...

Pasukan Bicara berirama yang dibimbing oleh Cikgu Fahmi dan Cikgu Junainah berjaya menewaskan Daerah Mualim,Daerah Kuala Kangsar, Daerah Larut matang dan selama serta Daerah Perak Tengah

Tahniah juga kepada Adik Faiq dinobatkan sebagai Konduktor terbaik....

20/08/2023

Tahniah kepada Adik Qarin(GK),Adik Faiq(k) dan Adik Amsyar(Fwd)

Sejarah tercipta lagi buat SK Jelapang.... sebelum ini dua atlit Hoki Perempuan Sk jelapang lebih awal di sahkan mewakili pasukan Hoki Perak u12.. Kini giliran atlit Hoki Lelaki Sk jelapang turut terpilih mewakili Pasukan Hoki Lelaki Perak U12

Tahniah kepada Cikgu Sarah,Cikgu Hafifi dan Coach Nizam yang membentuk dan melatih mereka sehingga ke tahap ini

Road To MSSM Melaka

19/08/2023

Terus menuju kehadapan..... Adik Imaan akan mewakili Pasukan Perak U12

09/08/2023

Kejayaan Demi Kejayaan

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah.

Adik Faid Nurfalah bin Muhammad Khairi dari kelas 4 Baiduri telah mendapat Johan Hafazan Ihtifal KAFA peringkat negeri Perak yang berlangsung di INTIM,Ipoh Perak minggu lepas.

Beliau akan mewakili Perak di Ihtifal KAFA Kebangsaan di Hotel Ancassa ,Port Dickson Negeri Sembilan pada 25/8- 27/8/2023.

Sama sama kita doakan kejayaan anak murid sk jelapang ini.Insyallah.

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Ipoh
30020