Murtabak Wan Istimewa

Murtabak Wan Istimewa

Share

Kepakaran kami ialah membuat Murtabak dan Roti John yang DIPENUHI DENGAN LIMPAHAN DAGING..! He is now in the process learning, to overtake the business.

Murtabak WAN Istimewa was founded by Tuan Haji Mohd Ansop Bin Mat Tasman in 1970s using “WAN” as a commercial name. The first operation is at Jalan Masjid near the Railway Station in Ipoh. After few years, the business were moved to very strategic location just before the exit of IPOH Railway Station. Haji Wan business’s operated by all the family members that is his wife, daughters and sons as hi

21/01/2026

Kedai dibuka hari ini.

Bermula 2pm - 830pm.👌🏻

Photos from Murtabak Wan Istimewa's post 21/11/2025

Cuti Panjannngggg.!

Kami akan bermula cuti pada 24/11 - 7/12. Jadi insyaallah 2 minggu kedai tidak beroperasi.

Jadi harini Jumaat dan esok Sabtu kami masih beroperasi seperti biasa bermula 3pm - 9pm.

Jom makan Murtabak dan Roti John.!

14/11/2025

Kedai ditutup pada hari Sabtu 15/11, dibuka kembali hari Isnin 17/11.

16/04/2025

Waktu Perniagaan.

*Isnin - Khamis* : 2 petang - 830 malam.

*Jumaat dan Sabtu* : 3 petang - 930 malam.

*Ahad cuti*.

Cuti selain daripada hari Ahad akan dimaklumkan di FB Murtabak Wan Istimewa.

10/04/2025

Tuan Tuan dan Puan Puan.

Kami mula berniaga hari ini.

Sekian Terima Kasih.

31/03/2025

Saya mewakili Staf Murtabak Wan Istimewa, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada para pelanggan sekiranya ada kekurangan, kesilapan atau terkasar semasa kami bekerja terutamanya di bulan Ramadhan.😁🙏🏻

Ramai juga yang bertanya bila buka balik, nanti saya update semula ya.😁🤝🏻


Photos from Murtabak Wan Istimewa's post 23/03/2025

Berbuka apa hari ini????

Jom makan Murtabak dan Roti John.!!!!

Tinggal dua hari sahaja lagi, hari Selasa 25/3 adalah hari terakhir kami berniaga.

Rabu 26/3 sudah mula bercuti ya.

Hari ini kami buka sehingga 645pm, apa2 roger 017-545 8779.





LEMPENG PISANG IS BACK.!!!

06/03/2025

Setiap jumaat cuti di bulan Ramadhan.

Photos from Murtabak Wan Istimewa's post 02/03/2025

Soalan yang biasa ditanya apabila Ramadan.

Soalan : Berniaga dimana tahun ni?
Jawapan : di gerai seperti biasa, kami tidak berniaga di mana-mana bazar Ramadan ye.

S : kedai di mana ye?
J : kedai di Medan Selera Flat Ashby, berhadapan Mc Donald Greentown. Boleh waze Murtabak Wan.

S : waktu operasi macam mana?
J : bermula 3pm - 645pm. Sebelum pukul 3 kami tidak akan jual bagi menghormati bulan ramadan. Kami akan bercuti setiap hari jumaat di bulan Ramadan. Cuti selain hari jumaat akan dimaklumkan di fb Murtabak Wan Istimewa.

S : ada jual apa selain murtabak?
J : selain murtabak, ada roti john dan wrap john, air kami xjual bulan puasa.

S : macam mana cara nak beli?
J : ada 3 cara

1. Boleh terus datang ke kedai ataupun walk in bermula 3pm.
2. Boleh menggunakan grab food.
3. Boleh order melalui whatsapp/call 0175458779.

S : saya dah call dan whatsapp, tapi xde respon pun.
J : bila order dah terlampau padat dan keadaan bertambah busy, memang kami xdapat nak respon dah.

S : haritu cakap nak kena order awal sehari, tapi order saya masih x diterima, kenapa ye?
J : sama juga jawapan saya, bila sehari awal pun kalau ramai yg dah order memang saya x ambik dah.

Tips bagi yang order melalui whatsapp, jika order anda di respon, pastikan anda order dengan jelas dan betul, tengok menu betul2, dan order ikut menu dengan betul, lepastu terus bagitau nama dan ambil pukul berapa. Dan paling penting, tunggu mesej anda dibalas untuk confirm order ye. Boleh rujuk gambar dan menu kami dibawah.

*Menu*

*Murtabak*
Ayam Rm 6
Daging Rm 6
Kambing Rm 8

*Roti John Mini ( kecil )*
Ayam Rm 7
Daging Rm 7
Kambing Rm 9
- Add on Mozarella Cheese Rm 3
- Add on Slice Cheese Rm 1

*Roti John Jumbo ( besar )*
Ayam Rm 13
Daging Rm 13
Kambing Rm 17
- Add on Mozarella Cheese Rm 5
- Add on Slice Cheese Rm2

*Wrap John ( Roti Tortilla )*
Ayam Rm 7
Daging Rm 7
Kambing Rm 9
- Add on Mozarella Cheese Rm 3
- Add on Slice Cheese Rm 1

Short form untuk order melalui whatsapp.

Murtabak
A - ayam
D - daging
K - kambing

Roti john jumbo
Ja - jumbo ayam
Jd - jumbo daging
Jk - jumbo kambing
Sc - slice cheese
M - mozzarella

Roti john mini
Ma - mini ayam
Md - mini daging
Mk - mini kambing
Sc - slice cheese
M - mozzarella

Contoh kalau nak order melalui whatsapp.

Zainal (nama)
5pm (waktu ambil)
A2 D2 (murtabak satu baris)
Ja1, Jasc1, (roti john satu baris)
Md1 Mkm1 (roti john satu baris)
Wam1, Wamsc1 (wrap satu baris)

Ini untuk order personal. Kalau ada nama lain nak tambah, buat satu perenggan lagi, dan isi macam biasa.

Ada apa2 pertanyaan boleh komen di bawah.😁

Selamat berpuasa kepada anda semua daripada kami Murtabak Wan Istimewa.🫡



Photos from Murtabak Wan Istimewa's post 23/08/2024

MURTABAK FROZEN ADA???

Tak ada, tetapi disebabkan ramai yang dah bertanya, kami boleh buatkan Set Frozen macam dalam gambar ni, maksudnya kami boleh lapikkan setiap keping dengan plastik supaya bila dibekukan senang nak ambil murtabak tu.

Tetapiii anda BEKUKAN SENDIRI, kami hanya buatkan Set Frozen untuk anda, kami tak bekukan ye.

Berapa lama boleh tahan bila murtabak dah beku? Jawapannya selama 2 bulan boleh tahan, dengan syarat letak dalam tempat beku (freezer).

Ada yang tanya ‘saya nak balik KL, nanti belum sempat masuk peti ais dah basi ke murtabak tu?’
Jawapannya sebelum dibekukan murtabak boleh tahan sehingga 10 jam sebelum dibekukan.👍🏻

Jadi susun lah masa anda sebaiknya, ok macam mana nak order, boleh whatsapp nombor ni, 017-545 8779, bagi tahu sekali nak set frozen supaya kami boleh lapikkan murtabak tu dengan helaian plastik.🫡

Waktu Operasi kami seperti biasa tau.

Isnin - Khamis : 2pm - 830pm.

Jumaat, Sabtu dan Public Holiday : 3pm - 930pm.

Ahad cuti.

Kadang2 ada yang tanya haritu saya pergi hari Isnin tutup, jawapannya macam ni, kadang2 ada hal yang tak dapat dielakkan terpaksa tutup juga, cuti kecemasan macam ni kami akan update di Fb Murtabak Wan sehari sebelum atau pun pada hari tersebut. Jadi nak senang boleh contact je nombor yang tertera kat atas tu ye. Tapi yang pasti AHAD memang tutup ye.👌🏻

Jadi esok kami buka seperti biasa ya. Jumpa esok.😁

14/04/2024

Assalamualaikum semua.😁

Kami akan mula berniaga pada hari Selasa 16/4 ini.

Waktu Operasi kembali seperti berikut :-

Isnin - Khamis : 2pm - 830pm.
Jumaat, Sabtu dan Public Holiday : 3pm - 930pm.
Ahad cuti.

Jika hari cuti selain hari ahad akan kami update di sini juga.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin jika ada yang terkurang daripada kami dalam menyantuni para pelanggan.🙏🏻

Kita jumpa selasa ini.!



Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Hospital (Ashby Road)
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 14:00 - 20:30
Tuesday 14:00 - 20:30
Wednesday 14:00 - 20:30
Thursday 14:00 - 20:30
Friday 15:00 - 21:30
Saturday 15:00 - 22:00