SRITI An Najah Gopeng

SRITI An Najah Gopeng Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) merupakan kesinambungan PASTI. Yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah.

Antara Kurikulum di SRITI ialah TAHFIZ KSSR KAFA dan KAFFAH.Disamping Ko-Kurikulum juga dititikberatkan

25/08/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๏ทบ

Kita mungkin tidak pernah melihat wajah Baginda ๏ทบ, namun hati tetap mencintainya. Baginda menangis dan berdoa untuk umatnya, bahkan sebelum kita mengenali siapa diri kita.

Maka, jangan biarkan cinta kepada Rasulullah ๏ทบ hanya pada ucapan. Hidupkanlah sunnahnya, teladani akhlaknya dan jadikan ajarannya sebagai jalan hidup.

Semoga Allah menghimpunkan kita bersama Baginda ๏ทบ di syurga kelak.

๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก๐ฎ๐ฆ๐ฆ๐š ๐ฌ๐จ๐ฅ๐ฅ๐ข โ€˜๐š๐ฅ๐š ๐’๐š๐ฒ๐ฒ๐ข๐๐ข๐ง๐š ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๏ทบ.



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ REKA CIPTA JALUR GEMILANG & AKTIVITI MENCANTING BATIK ๐ŸŽจMenyemarakkan semangat patriotik melalui aktiviti kreatif dan ...
21/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ REKA CIPTA JALUR GEMILANG & AKTIVITI MENCANTING BATIK ๐ŸŽจ

Menyemarakkan semangat patriotik melalui aktiviti kreatif dan menarik! Murid-murid diberi peluang untuk menghasilkan reka cipta bertemakan Jalur Gemilang serta mencuba pengalaman mencanting batik.

Aktiviti ini bukan sahaja mencungkil kreativiti dan bakat seni, malah memupuk rasa cinta akan negara serta menghargai warisan budaya Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Sempena sambutan Merdeka hari ini, murid-murid tampil dengan pakaian yang cukup cantik, ceria dan berwarna-warni mengiku...
21/08/2026

Sempena sambutan Merdeka hari ini, murid-murid tampil dengan pakaian yang cukup cantik, ceria dan berwarna-warni mengikut warna Jalur Gemilang. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค

Ada yang bergaya dengan pakaian tradisional, ada yang tampil kreatif dan ada juga yang penuh dengan aksesori bertemakan Merdeka. Memang meriah suasana sekolah pagi ini! ๐Ÿ˜

Terima kasih buat ibu ayah yang bersungguh-sungguh menyediakan pakaian terbaik untuk anak-anak. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka apabila dapat bergaya bersama rakan-rakan.

Bukan sekadar cantik berpakaian, semoga semangat Merdeka ini turut menyemai rasa cinta, bangga dan sayang kepada Malaysia dalam diri anak-anak. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Selamat Hari Merdeka!
Anak-anak ceria, Merdeka bermakna! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Rekacipta MERCU TANDA MALAYSIA dan MEWARNA JALUR GEMILANGPagi ini, murid-murid Tahap 2 sedang mereka cipta mercu tanda M...
19/08/2026

Rekacipta MERCU TANDA MALAYSIA dan MEWARNA JALUR GEMILANG

Pagi ini, murid-murid Tahap 2 sedang mereka cipta mercu tanda Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Manakala murid-murid Tahap 1 p**a sedang mewarna Jalur Gemilang dengan penuh kreativiti. ๐ŸŽจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Setiap hasil pasti mempunyai idea dan sentuhan yang tersendiri. ๐Ÿ˜

Kita nantikan hasil karya mereka nanti! ๐Ÿ‘๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Semoga aktiviti ini dapat menyemai semangat patriotisme serta rasa cinta kepada negara dalam diri anak-anak.

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS๐ŸŒŸTahniah diucapkan kepada 10 orang murid Tahap 1 (Tahun 1,2 & 3 ) &  10 orang murid Tahap 2 ( Tahun 4,...
18/08/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS๐ŸŒŸ

Tahniah diucapkan kepada 10 orang murid Tahap 1 (Tahun 1,2 & 3 ) & 10 orang murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 & ) yang telah mencatatkan rekod bacaan tertinggi dalam Program NILAM.

Syabas atas usaha, komitmen dan kesungguhan dalam membudayakan amalan membaca. Pencapaian ini membuktikan bahawa membaca secara konsisten mampu melahirkan murid yang berilmu, berpengetahuan dan cemerlang.

Tahniah kepada semua murid yang berjaya.
Teruskan membaca dan tingkatkan lagi rekod bacaan. Bagi murid-murid yang belum tersenarai, jangan berputus asa. Teruskan membaca, teruskan mencatat dan teruskan berusaha.

Semoga Program NILAM terus menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan murid-murid SRITI An-Najah โœจ.

๐ŸŒŸPENCAPAIAN PROGRAM NILAM SRITI AN-NAJAH๐ŸŒŸAlhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua murid atas pencapaian cemerlang d...
18/08/2026

๐ŸŒŸPENCAPAIAN PROGRAM NILAM SRITI AN-NAJAH๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua murid atas pencapaian cemerlang dalam Program NILAM! ๐Ÿ“šโœจ

Tahniah kepada murid yang berjaya mencatatkan jumlah bacaan tertinggi.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus membudayakan amalan membaca.

โ€œMembaca Jambatan Ilmuโ€
Teruskan membaca, teruskan melangkah menuju kejayaan! ๐ŸŒŸ๐Ÿ†

Syabas dan tahniah kepada semua murid SRITI An-Najah ๐Ÿ‘.

Address

Lot 10288, Kg Changkat Larang Lahat
Ipoh
31500

Opening Hours

Monday 09:00 - 14:30
Tuesday 09:00 - 14:30
Wednesday 09:00 - 14:30
Thursday 09:00 - 14:30
Friday 09:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI An Najah Gopeng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI An Najah Gopeng:

Shortcuts

Share