Maahad Tahfiz Miftahul Jannah

Maahad Tahfiz Miftahul Jannah

Share

Melahirkan Bakal Daie Hafiz Allah Taala

Photos from Maahad Tahfiz Miftahul Jannah's post 13/05/2026

Alhamdulillah 🤍
Segala puji bagi Allah atas kelancaran Imtihan Pertengahan Tahun 2026 di Maahad Tahfiz Miftahul Jannah. 📚✨

Terima kasih kepada para asatizah, pelajar serta semua yang terlibat atas usaha, doa dan pengorbanan sepanjang imtihan berlangsung. Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. 🌙

“Penat hari ini, insya-Allah manis hasilnya nanti.” 🤲🏻

اللهم بارك لنا في علمنا وارزقنا النجاح والتوفيق




Photos from Maahad Tahfiz Miftahul Jannah's post 12/05/2026

MEMACU KEFAHAMAN, MENDEKATKAN DIRI KEPADA AL-KHALIQ]

​Sedang berlangsung dengan penuh ketertiban, Peperiksaan Pengajian Kelas Alim di Maahad Tahfiz Miftahul Jannah (MTMJ 4). Saat ini bukan sekadar ujian di atas kertas, malah satu manifestasi kesungguhan para penuntut ilmu dalam menekuni kalam-Nya dan kitab para ulama.

"Ya Allah, kurniakanlah ketenangan yang mendalam buat para pelajar kami. Terangkanlah hati mereka dengan cahaya makrifat, tajamkanlah daya ingatan mereka untuk mengeluarkan mutiara ilmu yang telah dipelajari, dan jadikanlah setiap jawapan mereka sebagai saksi keikhlasan dalam menuntut keredhaan-Mu."

​Semoga kejayaan milik kalian, wahai hamba-hamba pilihan.. Aamiin🤲✨

Photos from Maahad Tahfiz Miftahul Jannah's post 12/05/2026

Alhamdulillah 🤍
Segala puji bagi Allah atas kelancaran Imtihan Pertengahan Tahun 2026 di Maahad Tahfiz Miftahul Jannah. 📚✨

Terima kasih kepada para asatizah, pelajar serta semua yang terlibat atas usaha, doa dan pengorbanan sepanjang imtihan berlangsung. Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. 🌙

“Penat hari ini, insya-Allah manis hasilnya nanti.” 🤲🏻

اللهم بارك لنا في علمنا وارزقنا النجاح والتوفيق

08/05/2026

"Apabila dunia terasa terlalu bising dan menyesakkan, biarlah zikir menjadi tempatmu bersembunyi. Kerana di setiap hela nafas munajat itu, ada Tuhan yang sedang membalut luka-luka di hatimu yang tidak mampu dilihat oleh sesiapa."

​"Basahilah lidahmu dengan zikir, agar keringnya hatimu kembali subur dengan iman. Biarlah dunia berlalu pergi, asalkan Allah tetap ada di dalam setiap degup jantungmu." 💖

Photos from Maahad Tahfiz Miftahul Jannah's post 02/05/2026

🕌 RAYUAN BANTUAN DANA MEMBAIK PULIH TEMBOK MAAHAD TAHFIZ MIFTAHUL JANNAH 1.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan penuh rasa rendah hati atas ujian Allah S.W.T, kami dari Maahad Tahfiz Miftahul Jannah 1 ingin memaklumkan bahawa telah berlaku kerosakan pada bahagian tembok di kawasan MTMJ 1 seperti gambar yg dilampirkan.
Keadaan ini dipercayai berpunca daripada struktur yang tidak lagi kukuh dan memberi risiko kepada keselamatan persekitaran, khususnya pelajar-pelajar serta warga MTMJ.

Sehubungan itu, pihak kami sedang berusaha untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih dengan kadar segera bagi memastikan kawasan tersebut kembali selamat dan boleh digunakan seperti biasa.

Bagi menampung kos pembaikan yang terlibat, kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan.
Walaupun sedikit, amat besar maknanya dalam membantu mempercepatkan proses baik pulih ini.

Segala sumbangan dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga segala kebaikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.Ameen 🤲🏻

▶️Saluran Sumbangan

Akaun : MIFTAHUL JANNAH ISLAMIC EDUCATION
Bank : MAYBANK
No. Akaun : 5580 2447 2711
Rujukan : BAIK PULIH

🎯 Sasaran Dana Segera: RM 10,000.00

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan sila hubungi saya

Ustaz Umair Sukry :
+60176470601

Photos from Maahad Tahfiz Miftahul Jannah's post 01/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Pembentangan Laporan dan Pencapaian Hafazan Bulanan para pelajar.

*Tarikh : 30.4.2026*
*Masa : Selepas Maghrib*
*Pembentang & Komentator : AF Ust Muhammad*

Dalam majlis ini, pihak guru membentangkan laporan perkembangan hafazan setiap kelas berdasarkan rekod pemantauan dan penilaian yang telah dicatatkan oleh guru kelas masing-masing, disertakan dengan ulasan serta komentar sebagai panduan penambahbaikan kepada para pelajar.

Majlis ini diadakan sebagai salah satu medium pemantauan berkala bagi memastikan perkembangan hafazan pelajar sentiasa berada pada landasan yang baik.

Antara objektif pelaksanaannya ialah:

• Menilai tahap pencapaian hafazan dan murajaah pelajar secara bulanan
• Mengenal pasti kekuatan serta aspek yang perlu diberi perhatian bagi setiap kelas
• Memberi motivasi dan teguran membina kepada pelajar untuk terus memperbaiki prestasi hafazan
• Memastikan sistem pemantauan hafazan berjalan secara tersusun dan konsisten
• Mengukuhkan kerjasama antara pihak maahad dan waris dalam memantau perkembangan anak-anak

Sesungguhnya perjalanan menghafaz Al-Quran memerlukan kesungguhan, disiplin yang tinggi serta sokongan berterusan daripada semua pihak, khususnya doa daripada para ibu bapa.

Kami memohon agar para waris terus mendoakan anak-anak agar dikurniakan kekuatan ingatan, kefahaman, kecekalan dan istiqamah dalam menjaga amanah Al-Quran.

Semoga usaha yang kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi huffaz yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

جزاكم الله خيراً.

🍃Lajnah Kurikulum🍃

27/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ibu ayah yang dirahmati Allah 🤍

✨Perkongsian doa anak-anak sebelum masuk waktu Maghrib pada hari ini.
Di saat mereka menadah tangan, ada yang berdoa dalam linangan air mata… ada yang menahan sebak, ada yang mengalirkan tangisan tanpa suara.

Tangisan itu bukan lemah, tetapi tanda hati yang hidup… hati yang benar-benar berharap kepada Allah.🌻

Mudah-mudahan setiap doa yang lahir bersama tangisan itu diangkat oleh Allah, menjadi asbab keberkatan dalam hidup mereka, dan mengalir pahala yang berterusan buat ibu ayah yang tidak pernah putus mendoakan dari jauh.🤲🏻

Semoga anak-anak ini terus kuat, terus istiqamah, dan menjadi penyejuk hati ibu ayah di dunia dan akhirat.🌷

Terima kasih ibu ayah atas segala doa, kasih sayang dan pengorbanan yang tidak ternilai 🤲

27/04/2026

Jom Rebut Peluang Sedekah Jariah! 🧺
Maahad Tahfiz Miftahul Jannah Buntong, Ipoh sedang memerlukan 8 unit mesin basuh baru (20kg) bagi menggantikan mesin lama yang telah rosak demi keselesaan para pelajar tahfiz kita.

🔸 Sasaran Kutipan: RM 24,000

🔸Keperluan: RM 2,500 – RM 3,000 seunit

Mari ringankan beban tugas asrama mereka agar mereka dapat fokus menghafal Al-Quran dengan pakaian yang bersih dan suci.

📌Sumbangan boleh disalurkan ke:
CIMB BANK: 8605 4782 69
(Maahad Tahfiz Miftahul Jannah)
"Kita memberi, Allah melipatgandakan."

📞 Boleh Hubungi : 011 18838954 (UST NURWARI)

📌Rasulullah SAW bersabda: "Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya." (HR. Muslim)

Bayangkan setiap kali mesin basuh ini digunakan untuk membersihkan pakaian para penghafal Al-Quran, pahalanya terus mengalir buat anda..MasyaAllah🤲🏻✨Jom berkongsi rezeki bersama Anak Anak Syurga🥰

20/03/2026

KAMI WARGA MAAHAD TAHFIZ MIFTAHUL JANNAH

Mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN😊.

Di hari yang mulia ini, kami berdoa semoga Allah SWT menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan, mengampuni dosa-dosa kita, serta mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya yang luas📿.

Semoga semua pelajar MTMJ dikurniakan kefahaman yang mendalam dalam ilmu, hati yang sentiasa dekat dengan Al-Quran, serta menjadi anak-anak soleh dan solehah yang membanggakan agama, keluarga dan ummah❣️.

Buat seluruh keluarga pelajar, semoga Allah SWT melimpahkan kesihatan yang baik, rezeki yang halal lagi diberkati, serta mengeratkan silaturrahim dalam kasih sayang dan rahmat-Nya🍃.

Moga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, ketenangan jiwa dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kita semua🌺.

Taqabbalallahu minna wa minkum. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin🤲🏻❤️.

18/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi bertemu Ramadan 1447H / 2026M.kami ingin mengucapkan Salam Ramadan Kareem kepada semua ummat islam sekalian.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini mendekatkan hati kita kepada Allah SWT, membersihkan jiwa, menguatkan iman dan menghimpunkan kita dalam rahmat serta keampunan-Nya.
Semoga setiap amalan kita diterima dan Ramadan kali ini menjadi yang terbaik dalam hidup kita, insya-Allah.

Ikhlas daripada,
Warga MAAHAD TAHFIZ MIFTAHUL JANNAH

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


MAAHAD TAHFIZ MIFTAHUL JANNAH KAMPONG TERSUSUN, Jalan SUNGAI PARI, BUNTONG, IPOH
Ipoh
30100