21/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐ โ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐
๐ Tanjung Piandang, Kerian, Perak
๐
20 Ogos 2026 (Khamis)
ADTEC JTM Kampus Ipoh telah mengadakan lawatan tapak dan sesi penyelarasan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) Tahun 2026 bersama pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Pejabat Penghulu Mukim Bagan Tiang serta pemegang taruh setempat di Kampung Parit Haji Awi, Mukim Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak.
Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan serta keperluan sebenar di lapangan di samping menyelaras skop, keutamaan, aspek teknikal, jadual pelaksanaan dan keperluan logistik bagi projek-projek yang bakal dilaksanakan melalui pendekatan TVET for Community. Turut hadir bersama bagi pihak ADTEC JTM Kampus Ipoh, Timbalan Pengarah (Latihan), Ts Khadijah binti Isaak, Ketua Jabatan Elektrik & Elektronik, Ts Zamri bin Husin, Pengajar Bah. Tek. Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (PPU), En Mohd Zukhairi bin Dziyaudin & Pengajar Bah Tek. Elektrik, En Ibrahim bin Sulaiman
Antara cadangan projek yang melibatkan kepakaran TVET ADTEC JTM Kampus Ipoh adalah:
๐น Pembinaan Baharu Balai Raya Kampung Parit Haji Awi โ melibatkan kerja pendawaian, pemasangan dan penyelenggaraan sistem elektrik, kipas siling serta penyaman udara.
๐น Naik Taraf Masjid Al-Taqwa dan Surau Tuan Hj Zakaria โ melibatkan kerja pendawaian, pemasangan dan penyelenggaraan sistem elektrik, kipas dinding serta penyaman udara.
๐น Naik Taraf Sistem Pencahayaan Tanah Perkuburan Islam di empat lokasi melalui pemasangan dan penggantian lampu LED bagi meningkatkan pencahayaan, keselamatan dan keselesaan komuniti.
Sesi ini turut menjadi platform penting untuk memperkukuh kolaborasi strategik antara JPK, ADTEC JTM Kampus Ipoh, Pejabat Penghulu, JPKK, pihak masjid dan komuniti setempat dalam memastikan kepakaran dan kemahiran TVET dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata kepada masyarakat.
๐ค TVET bukan sekadar kemahiran untuk pekerjaan, tetapi kemahiran untuk membina komuniti.
ADTEC JTM Kampus Ipoh komited untuk terus menyumbang kepakaran, tenaga pengajar dan warga TVET dalam menjayakan agenda TVET for Community serta menyokong aspirasi Malaysia MADANI melalui pembangunan komuniti yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
"๐๐ข๐ฅ๐ค๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐ ๐๐ก๐ก๐จ, ๐๐๐ฃ๐๐ฉ๐๐ฃ๐ ๐๐ช๐ฉ๐ช๐ง๐๐จ"
"๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ"
๐
๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ ๐จ๐ง ๐
๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค | ๐๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ | ๐๐ข๐ค๐๐จ๐ค | ๐๐ก๐ซ๐๐๐๐ฌ | ๐ : ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐๐ฉ๐จ๐ก
๐๐ง๐ ๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ญ ๐จ๐ฎ๐ซ ๐ฐ๐๐๐ฌ๐ข๐ญ๐ ๐๐ญ
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ข๐ฅ๐ฉ๐ข๐ฉ๐จ๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
๐๐-๐๐๐ ๐๐๐๐
#๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐ฆ๐จ๐ ๐
#๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐๐จ
#๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฎ๐ป๐๐ป๐ถ๐ง๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ๐ป๐๐ฎ #๐๐๐ง๐
#๐ง๐ฉ๐๐ง #๐ง๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
#๐๐ง๐ #๐๐๐๐ง๐ #๐๐ฆ๐
#๐๐๐ง๐๐
#๐๐ถ๐ณ๐ฒ๐น๐ผ๐ป๐ด๐๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ป๐ถ๐ป๐ด
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ๐ฎ.๐ฌ #๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ฐ๐๐น๐น
#๐๐๐ ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ฆ๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น