28/04/2026
KEM LENCANA USAHA PENGAKAP STAR IPOH TAHUN 2026
Tarikh : 17 - 19 April 2026
Tempat : Pusat Kokurikulum STAR Ipoh
Seramai 53 ahli pengakap tingkatan 1 & 2 mengikuti kem selama 3 hari yang dikendalikan oleh Pasukan Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Utara & Pasukan Kelana A Terbuka Daerah Kinta Utara.
Kem yang bertujuan melatih dan mendidik ilmu kepengakapan serta mendedahkan peserta ke arah menjadi seorang Pengakap Raja. Antara ujian dan latihan yang dilakukan ialah :
๐ช Ikatan Dan Simpulan
๐ช Kawad Kaki
๐ช Membina Gajet
๐ช Taraf Perkhemahan
๐ช Penganggaran & Pengagakkan
๐ช Temuduga
๐ช Ekspedisi Berjalan Kaki
๐ช Menghidupkan Api & Masakan Rimba
๐ช Istiadat Pagi
Terima kasih kepada Tuan Pengetua serta pihak sekolah atas bantuan dan sokongan yang diberikan. Kepada ibu bapa yang menyokong penuh kem ini. Guru Penasihat Pengakap yang menganjurkan program serta sentiasa memantau perjalanan program. Terima kasih juga kepada Pasukan Latihan PPM Daerah Kinta Utara dan Pasukan Kelana A Terbuka Kinta Utara yang membantu mengendalikan kem ini. Semoga ilmu yang diperolehi akan bermanfaat kepada semua peserta.
28/04/2026
Tahniah atas kemenangan hebat pasukan STAR COBRATASHA menentang SAINA dalam saingan peringkat kumpulan Malaysia Super Schools Rugby 2026! ๐ช๐ฅ
Terima kasih atas segala sokongan padu dari semua pihak.
Syabas juga diucapkan kepada Saudara Adam bin Norazly atas pencapaian cemerlang apabila dinobatkan sebagai Player of The Match. ๐๐
Semoga pasukan STAR COBRATASHA terus melakar kemenangan di perlawanan-perlawanan seterusnya.
Shina Shina STAR!! ๐ฅ
28/04/2026
Assalamualaikum w.b.t.
Makluman Arahan Penempatan Encik Azli bin Yaacob, PK HEM Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak ditempatkan sebagai Pengetua SMK Tronoh, Perak berkuat kuasa 04 Mei 2026. Tahniah diucapkan kepada Encik Azli bin Yaacob . Semoga terus melakar kecemerlangan di sekolah baharu.
25/04/2026
Semakan keputusan akan dibuka!
Semakan Keputusan Calon Jaya bagi Kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Sesi 2026/2027
๐
Semakan keputusan bermula: ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐, ๐ฃ๐๐ฆ ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐
๐ Rayuan Kemasukan: ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ (Rayuan secara dalam talian Matrikulasi KPM)
๐ Layari: https://matrikulasi.moe.gov.my
๐โโ๏ธ Kaunter Pertanyaan: ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ (hari bekerja), jam ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ข hingga ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐
๐Lobi Blok E15, Kompleks E, Putrajaya.
25/04/2026
๐ 19 April 2026
โฐ 8.00 pagi โ 4.30 petang
๐ Dewan Besar STAR
โจ Seminar Physics
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ajwad bin Ghali, tutor berpengalaman yang cukup dikenali dengan kepakaran dalam teknik menjawab, atas perkongsian ilmu yang penuh inspirasi bersama murid-murid Tingkatan 5.
Perkongsian yang padat, jelas dan berfokus ini diharapkan mampu memperkukuh kefahaman, meningkatkan keyakinan serta melonjakkan pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran Fizik menuju SPM 2026.
Teruskan melangkah dengan fokus, disiplin dan konsistensi kerana kejayaan bukan kebetulan, tetapi hasil usaha yang berterusan.
Dari kertas ke pentas kejayaan.
23/04/2026
Kejohanan Kriket Sekolah Berasrama Penuh Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah (Pusingan Pertama) akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
๐
Tarikh: 24 - 26 April 2026
โฐ Masa: 8.00 pagi - 3.00 ptg
๐ Tempat: Padang STAR
Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
2. Kolej Islam Sultan Alam Shah
3. SMS Sultan Mahmud
4. SMS Kuala Terengganu
Semoga perjuangan anak-anak STAR TIGERS CRICKET berjaya mara sehingga ke pusingan akhir.
23/04/2026
KEJOHANAN BOLA KERANJANG SBP (ZON UTARA) 2026
Pada 18 - 21 April 2026, STAR telah menghantar kontinjen bola keranjang ke Kejohanan Bola Keranjang SBP (ZON UTARA). Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
merupakan tuan rumah untuk edisi kali ini.
Keputusan Perlawanan :
๐ Peringkat Kumpulan
1. STAR (36 - 7) SMSAH
2. STAR (21 - 9) SEMESTI
3. STAR (37 - 4) SAKBA
๐ Suku Akhir :
STAR [35 - 9] SERATAS
๐ Separuh Akhir :
STAR [63 - 28] IKUPS
๐ Akhir :
STAR [22 - 42] MCKK
โจ๏ธTahniah buat semua pemain.
Tidak lupa, penghargaan buat para jurulatih, ibu bapa dan STAROBA atas sokongan dan komitmen . โจ๏ธ
๐ฅSTAR BERJAYA MERANGKUL NAIB JOHAN ZON UTARA ๐ฅ๐๐๐
21/04/2026
Siaran Langsung Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon Utara
MCKK vs STAR
MCKK CREATE
4 likes. "MCKK CREATE is live"
21/04/2026
๐ 18 April 2026
โฐ 8.00 pagi โ 12.30 tengah hari
๐ Dewan Besar STAR
โจ Bengkel Teknik Menjawab Kimia SPM Kertas 2
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Suziyana binti Hassim, Penolong Kanan Pentadbiran SMK King Edward VII, atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman serta teknik menjawab bersama murid-murid Tingkatan 5.
Semoga setiap perkongsian yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dalam meningkatkan penguasaan dan pencapaian mata pelajaran Kimia, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan SPM 2026.
Teruskan usaha, kekalkan fokus dan konsistensi โ dari kertas ke pentas kejayaan.
20/04/2026
Kem Pemantapan Sahsiah Murid SBP Peringkat Negeri Perak 2026
๐ 17โ19 April 2026
๐ SMS Bagan Datoh
Guru Pengiring:
Ustazah Rodzimah & Ustazah Alya Syazwina
Program ini merupakan sebahagian daripada Program Khidmat Bantu SGE bidang Hal Ehwal Murid, dengan SABDA sebagai tuan rumah bersama kerjasama STAR sebagai SGE. Seramai 20 orang murid telah terpilih untuk menyertai kem ini.
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Syed Elman Haris dari STAR yang telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Lelaki .
Semoga penganjuran program ini memberi nilai tambah kepada ahli-ahli BADAR di semua SBP Perak dalam memahami serta melaksanakan peranan masing-masing dengan lebih berkesan.
Membina sahsiah, memperkasa kepimpinan.
19/04/2026
Kejohanan Golf Peringkat Zon Tengah Negeri Perak 2026
๐ 16 April 2026
๐ Kelab Golf Kinta Batu Gajah
STAR telah menghantar dua orang peserta dalam kejohanan yang berlangsung selama sehari. Alhamdulillah kedua - dua peserta STAR berjaya mewakili Zon Tengah ke Peringkat MSS Perak.
Keputusan :
๐ฅTempat ketiga - Muhammad Aisy Hasif bin Muhammad Hafiz
๐
Tempat keempat - Danish bin Ismail.
Selamat berjuang diucapkan kepada kedua-dua peserta di peringkat MSS Perak.
19/04/2026
Kejohanan Hoki Sirkit Akhir Kem PLD SPTS Peringkat Negeri Perak U16 2025
๐ 12 April 2026
โฐ 8.00 - 7.00 malam
๐ SSN Perak
STAR Anaconda telah melalui pusingan kelayakan pada tahun 2025 dan pada hari ini telah diadakan pusingan akhir Kem PLD SPTS Mss Perak. Alhamdulillah STAR berjaya menduduki podium apabila berjaya mendapat Naib Johan.
๐ดPeringkat Kumpulan
STAR vs SMK Clifford (6-0)
STAR vs SMK Dr Burhanuddin (6-0)
STAR vs SMK Seri Perak (0-0)
๐ดSeparuh Akhir
STAR vs SSN Perak (2-0)
๐ดAkhir
STAR vs SMK Anderson (1-2)
Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan atas pencapaian yang membanggakan .