Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, High School, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Bicara Aspirasi SPM 2026Alhamdulillah, telah berlangsung Bicara Aspirasi SPM 2026 bersama Yang Berusaha Tuan Ahmad Sabri...
26/08/2026

Bicara Aspirasi SPM 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Bicara Aspirasi SPM 2026 bersama Yang Berusaha Tuan Ahmad Sabri bin Abdul Ghani, Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Terima kasih Cikgu Sabri atas kesudian hadir ke STAR untuk bertemu dan berkongsi pengalaman, pandangan serta aspirasi bersama calon-calon SPM 2026 dan 2027.

Setiap bait bicara, nasihat dan perkongsian yang disampaikan menjadi suntikan motivasi buat anak-anak STAR untuk terus melangkah dengan keyakinan, disiplin dan kesungguhan dalam mengejar kecemerlangan.

Semoga perkongsian ini menjadi pencetus semangat untuk mereka berani bermimpi, tekun berusaha dan tidak pernah berputus asa.

SPM 2026 β€” Fokus, Usaha, Doa dan Tawakal.
Insya-Allah, kejayaan milik mereka yang tidak pernah berhenti berusaha.

KEJOHANAN HOKI MSSM BAWAH 18 TAHUN LELAKI 2026Tahniah diucapkan kepada Wafir Wajdie bin Burhanuddin dan Putra Nazeem Al-...
26/08/2026

KEJOHANAN HOKI MSSM BAWAH 18 TAHUN LELAKI 2026

Tahniah diucapkan kepada Wafir Wajdie bin Burhanuddin dan Putra Nazeem Al-Haq bin Md Nizahrudin kerana terpilih untuk membawa cabaran Pasukan Hoki Perak ke Kejohanan Hoki MSSM Bawah 18 Tahun Lelaki 2026.

Kejohanan akan berlangsung pada 26 Ogos hingga 1 September 2026 di Kuala Lumpur.

Semoga Wafir dan Putra Nazeem terus memberikan yang terbaik, bermain dengan penuh semangat dan membawa nama Perak serta STAR dengan penuh kebanggaan.

All the best, boys!
Good luck, Perak!

🌟 PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI PERAK 2026 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas ke...
16/08/2026

🌟 PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI PERAK 2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan yang amat membanggakan buat Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)! ❀️🀍

Dua orang wakil STAR telah berjaya melakar kejayaan dalam Pertandingan Pidato Diraja Bahasa Melayu Peringkat Negeri Perak sempena Program Menyemai Semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

🌟 Kategori Murid Menengah Rendah
πŸ₯‡ Johan – Nor Aiman Danish bin Nor Haslan
🌟 Kategori Murid Menengah Atas
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – Izz Danial bin Mohamad Halim

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua anakanda atas pencapaian yang cukup membanggakan ini. Kejayaan ini bukan hadir dengan mudah, tetapi hasil daripada kesungguhan, keberanian, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang persediaan pertandingan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga buat guru pembimbing, Puan Nurul Husna binti Che Omar dan Puan Norliza binti Harun @ Zakaria, yang telah mencurahkan ilmu, masa dan tenaga dalam membimbing kedua-dua peserta sehingga berjaya ke tahap ini. 🌹

Lebih manis lagi, Johan Menengah Rendah, Nor Aiman Danish, akan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan untuk membawa nama Perak dan STAR ke pentas yang lebih tinggi. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga Aiman terus melangkah dengan penuh keyakinan dan dipermudah segala urusan dalam perjuangan seterusnya.

Buat Izz Danial p**a, tahniah atas pencapaian yang membanggakan. Teruskan usaha dan jadikan pengalaman ini sebagai pemangkin untuk kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Teruskan melangkah, teruskan berpidato, teruskan memberi inspirasi!
Semoga kejayaan ini menjadi titik mula kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Insya-Allah. 🀲

πŸ† TAHNIAH STAR WIND ORCHESTRA! 🎢Alhamdulillah, tahniah kepada pasukan STAR Wind Orchestra kerana berjaya meraih GOLD AWA...
15/08/2026

πŸ† TAHNIAH STAR WIND ORCHESTRA! 🎢

Alhamdulillah, tahniah kepada pasukan STAR Wind Orchestra kerana berjaya meraih GOLD AWARD dalam festival Wind Orchestra Sekolaj Berasrama Penuh 2026.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Tahniah kepada semua pemain, konduktor, guru pembimbing dan seluruh pasukan yang telah bekerja keras memberikan persembahan terbaik. πŸ‘πŸ»

πŸ₯‡ GOLD AWARD

1. Sekolah Dato’ Abdul Razak
2. SMS Tengku Mahmud
3. Sekolah Sultan Alam Shah
4. SM Sains Selangor
5. SM Sains Kuching
6. SMS Jeli – Kelantan
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
8. Sekolah Tuanku Abdul Rahman

πŸ… Anugerah Khas

🎼 Best Conductor – SESMA
🎻 Best Ensemble – SDAR
πŸ₯ Best Percussion – SAS
🎷 Best Woodwind – SMSS
🎺 Best Brass – SDAR

πŸ₯ˆ SILVER

9. SMS Machang
10. The Malay College Kuala Kangsar
11. SMS Sultan Haji Ahmad Shah
12. Sekolah Tun Fatimah

πŸ₯‰ BRONZE

13. Kolej Tunku Kurshiah
14. SMS Raja Tun Azlan Shah
15. SMS Tun Syed Sheh Shahabudin
16. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah
17. SMS Teluk Intan
18. SMS Tuanku Syed Putra

Tahniah STAR Wind Orchestra!
Teruskan mengukir prestasi dan mengharumkan nama STAR. 🎢

πŸ† IIUM INTERSCHOOLS DEBATING CHAMPIONSHIP 2026English Category | OutroundsπŸ“… 7–9 Ogos 2026πŸ“ IIUM Gombak CampusπŸŽ“ Anjuran: ...
09/08/2026

πŸ† IIUM INTERSCHOOLS DEBATING CHAMPIONSHIP 2026
English Category | Outrounds

πŸ“… 7–9 Ogos 2026
πŸ“ IIUM Gombak Campus
πŸŽ“ Anjuran: IIUM

STAR A berjaya muncul sebagai RUNNER-UP πŸ₯ˆ dalam IIUM Interschools Debating Championship 2026 bagi kategori Bahasa Inggeris!

Lebih membanggakan, Nik Emir Qalif bin Mohd Fikri turut dinobatkan sebagai 6th Best Speaker πŸŽ–οΈ

πŸ‘₯ Barisan Pembahas STAR A

πŸ”΅ Ahmad Iman Iskandar bin Mohd Rashidi (Kelas 4P, Blue House)

🟒 Nik Emir Qalif bin Mohd Fikri (Kelas 4R, Green House)

Tahniah diucapkan kepada para pembahas atas komitmen, keberanian, kesungguhan dan prestasi cemerlang yang telah mengharumkan nama STAR. πŸ”₯πŸ‘

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam arena perbahasan.

Tahniah STAR. Berani berhujah, bijak berfikir, unggul berprestasi. πŸ”΄βšͺ️

πŸ‰ KEJOHANAN FOWARD 10s 2026KEPUTUSAN: TEMPAT KE-3 πŸ₯‰ CUP U15Peringkat Kump**anSTAR πŸ†š MRSM Taab  (12–0)STAR πŸ†š SMAD Jiwa   ...
09/08/2026

πŸ‰ KEJOHANAN FOWARD 10s 2026

KEPUTUSAN: TEMPAT KE-3 πŸ₯‰ CUP U15

Peringkat Kump**an

STAR πŸ†š MRSM Taab (12–0)
STAR πŸ†š SMAD Jiwa (12–0)
STAR πŸ†š KPRC (0–5)

Quarter Final CUP/PLATE

STAR πŸ†š SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (7–0)

Semi Final CUP
STAR πŸ†š SMK KE VII (0–7)

πŸ₯‰ TEMPAT KETIGA CUP U15

Tahniah STAR COBRATASHA!
Menang, kalah dan jatuh bangun adalah sebahagian daripada perjalanan. Yang penting, terus berjuang, terus belajar dan terus membawa nama STAR dengan penuh maruah.

✨ Shina Shina STAR! ✨

Tahniah kepada Pasukan Kadet Remaja Sekolah kerana telah menghantar wakil ke:KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN KADET REMAJA...
09/08/2026

Tahniah kepada Pasukan Kadet Remaja Sekolah kerana telah menghantar wakil ke:

KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2026.

Tarikh: 24-26 Julai 2026
Tempat: Smk Simpang Pulai

Sekolah Tuanku Abdul Rahman telah menghantar 7 orang kadet bagi menyertai perkhemahan ini bagi Pentaulihan Pangkat Sarjan. Kesemua kadet telah berjaya menyertai Kursus Sarjan dengan jayanya.

Alhamdulillah 6 orang kadet berjaya ditauliahkan Pangkat Sarjan.

Senarai Peserta Kem Sarjan

1.Muhammad Rizqin Bin Azmira Heari
2.Muhammad Aqil Haziq Bin Suri Rina
3.Muhammad Naeem Bin Rosley
4.Muhammad Ramadhan Bin Zulkifli
5.Putra Rayyan Amsyar Bin Kherwanfelani
6.Muhammad Ammar Haziq Bin Mohd Hanafi
7.Muhammad Firas Danish Bin Mohd Fauzan

πŸ‰ KEJOHANAN FOWARD 10s 2026 πŸ‰πŸ”₯ STAR COBRATASHA U14 πŸ† JUARA PLATE U14Perjalanan penuh semangat dan perjuangan!Peringkat K...
09/08/2026

πŸ‰ KEJOHANAN FOWARD 10s 2026 πŸ‰

πŸ”₯ STAR COBRATASHA U14
πŸ† JUARA PLATE U14

Perjalanan penuh semangat dan perjuangan!

Peringkat Kump**an

1️⃣ STAR 36–0 Akademi Ragbi Pulau Pinang
2️⃣ STAR 15–0 SMK KEVII B
3️⃣ STAR 26–0 SMK Kerian

Quarter Final Plate
STAR 5–12 Akademi Ragbi Perlis (ABI)

Semi Final Plate
STAR 17–0 SMAD Jiwa

Final Plate πŸ†
πŸ”₯ STAR 22–7 ARAI

Daripada kecewa di suku akhir, bangkit dengan penuh karakter untuk menjuarai Plate U14.

Tahniah anak-anak STAR COBRATASHA!
Teruskan perjuangan, bina keyakinan dan cipta lebih banyak sejarah.

Majlis Tautan Budi Seindah KenanganMajlis Tautan Budi Seindah Kenangan bagi meraikan pertukaran empat orang guru Sekolah...
07/08/2026

Majlis Tautan Budi Seindah Kenangan

Majlis Tautan Budi Seindah Kenangan bagi meraikan pertukaran empat orang guru Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) telah diadakan pada 31 Julai 2026 dalam suasana penuh mesra, penghargaan dan rasa terima kasih atas segala jasa serta pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di STAR.

Empat orang guru yang diraikan ialah:

1. Encik Mohd Khairul Azhar bin Mohd Nor
Beliau akan meneruskan perkhidmatan di SMK St. Michael, Ipoh. Sepanjang berkhidmat di STAR, beliau telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan sukan ragbi STAR Cobratsha. Di bawah bimbingan dan dedikasi beliau, pasukan ragbi STAR berjaya melakar pelbagai kejayaan yang membanggakan serta mengharumkan nama sekolah di pelbagai peringkat.

2. Encik Nazifi bin Shamsudin
Beliau akan meneruskan perkhidmatan di SMK Sri Ampang. Sebagai jurulatih bola keranjang STAR, beliau berjaya membentuk sebuah pasukan yang berdaya saing sehingga muncul Naib Johan Kejohanan Bola Keranjang SBP, sekali gus membuktikan komitmen dan kepakaran beliau dalam pembangunan sukan sekolah.

3. Puan Rodzimah binti Jamaluddin
Beliau akan meneruskan perkhidmatan di SMK Rapat Setia. Sebagai guru Pendidikan Islam, beliau sentiasa komited dalam melaksanakan amanah mendidik serta memainkan peranan penting dalam mengimarahkan surau sekolah melalui pelbagai program kerohanian yang memberi manfaat kepada warga STAR.

4. Puan Nur Haziqah binti Tumiran
Beliau akan meneruskan perkhidmatan di SMK St. Michael, Ipoh. Sepanjang berkhidmat di STAR, beliau banyak berjasa sebagai guru Sains Komputer serta menguruskan hal ehwal ICT sekolah dengan penuh dedikasi, sekali gus menyokong kelancaran pelaksanaan pelbagai program dan pengurusan digital sekolah.

Warga STAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, bakti serta komitmen yang telah dicurahkan oleh keempat-empat guru sepanjang perkhidmatan mereka di STAR. Semoga dikurniakan kesihatan, dipermudahkan segala urusan serta terus melakar kecemerlangan di tempat baharu. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan mereka akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah dan ingatan warga STAR.

Address

Jalan Sultan Azlan Shah
Ipoh
31400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category