18/08/2026
BERTAHAN & NIKMATILAH GANJARAN
Guru-guru yang dikasihi,
Kadang-kadang mungkin ada rasa kecewa di hati kerana segala usaha yang dicurahkan seolah-olah tidak mendatangkan hasil yang kita ingini.
Apatah lagi jika diukur p**a dengan hasil orang lain.
Nampak seolah-olah kita ni sangat terkebelakang dari segala segi.
Namun, ada intangible result yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.
Ada pahala yang mengalir masuk ke akaun akhirat antum setiap hari.
Ada seorang pelajar yg dibetulkan sebutan bacaannya, mungkin hanya membetulkan bacaan huruf 'shod' misalnya, maka selepas itu, segala bacaanya yang betul itu mengalir pahalanya kepada gurunya.
Ada pelajar yang dari tidak tahu membaca Quran, cuma bermula dengan iqra', sehingga lancar membaca Quran, antum bayangkan pahala yang mengalir.
Kerana itu, Nabi ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
Begitu jugalah dengan subjek-subjek lain walaupun mungkin tidak sama nilainya, tetap mengajarkan suatu ilmu, suatu adab, suatu pesanan, suatu galakan tidak pernah sia-sia.
So, hang in there teachers.
Bertahanlah dan nikmatilah ganjaran dari Tuhan kita yang Maha Pemurah.
Uhibbukum! 🌹
— Nukilan Prof. Madya Dr. Ariza Mohamed
Pengerusi
Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah (MTBZ)