05/06/2026
[ LAWATAN PENANDA ARAS AKADEMI AL-QURAN NEGERI JOHOR KE MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT NEGERI PERAK ]
IPOH, 4 JUN 2026 - Akademi Al-Quran Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak INTIM.
Fokus Utama Lawatan:
๐ Penanda Aras Pengurusan: Meneliti kaedah dan sistem pengurusan tahfiz yang berkesan untuk diaplikasikan demi kemajuan institusi.
๐ Apresiasi Kitab Turath: Melawat Maktabah Datoโ Sheikh Mohamad Nor Mansor Al-Hafiz yang memelihara kitab waqaf Almarhum DYMM Sultan Idris Shah dan kitab langka Tafsir Al-Jawahir karya Syeikh Tantawi Jauhari.
Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan khazanah ilmu yang bernilai tinggi ini pastinya memberikan inspirasi baharu kepada para delegasi dalam memelihara warisan intelektual Islam.
Semoga jalinan ukhuwah antara negeri ini terus subur demi memperkasakan syiar Islam di Malaysia. Selamat pulang diucapkan kepada seluruh ahli rombongan JAINJ.
01/06/2026
๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฌ๐จ ๐ง๐จ๐๐ก๐๐จ
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Agama Islam Perak.
Daulat Tuanku.
26/05/2026
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Pengorbanan Nabi Ibrahim dan ketaatan Nabi Ismail mengajar kita bahawa melepaskan sesuatu yang kita sayangi demi perintah ALLAH adalah puncak keimanan. " Korban tanda cinta, ikhlas tanda taat"
Salam AidilAdha 1447H buat seluruh umat islam ikhlas daripada kami barisan pensyarah dan warga Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak (MTQN PERAK) INTIM. ูู ุนุงู
ูุฃูุชู
ุจุฎูุฑ
26/05/2026
๐ TAKBIR MUTLAQ & TAKBIR MUQAYYAD ๐
Hayatilah keindahan syiar Islam dengan memperbanyakkan takbir sepanjang hari-hari mulia Aidiladha.
๐น Takbir Mutlaq
Boleh dibaca pada bila-bila masa bermula malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram solat Aidiladha.
๐น Takbir Muqayyad
Dibaca selepas setiap solat fardu bermula Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga selepas Asar 13 Zulhijjah.
Semoga lidah kita sentiasa basah dengan zikrullah dan hati dipenuhi rasa syukur serta penghambaan kepada Allah SWT.
โจ Menghayati Sunnah, Menghidupkan Takbir โจ
26/05/2026
โจ CHECKLIST IBADAH HARI ARAFAH โจ
Ayuh hidupkan Hari Arafah dengan memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan soleh. Jangan biarkan hari yang penuh kemuliaan ini berlalu seperti hari biasa kerana sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah. ๐คฒ๐ป
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita serta mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada seluruh umat Islam.
๐ 26 Mei 2026 | 9 Zulhijjah 1447H
Ikhlas Daripada
Masjid Sultan Idris Shah II
(Masjid Negeri Perak)
16/05/2026
SELAMAT HARI GURU 2026
"Jika bukan kerana ilmu, manusia tidak ada bezanya dengan haiwan. Dan jika bukan kerana bimbingan seorang guru, manusia akan tersesat dalam kegelapan kejahilan." - (Cendekiawan Islam) -
Selamat Hari Guru buat semua pendidik seluruh negara. Jasamu dikenang. Terima kasih cikgu.
ุงููููููู
ูู ุงุบูููุฑู ููู
ูุดุงููุฎููุงุ ููููู
ููู ุนููููู
ููุงุ ููุงุฑูุญูู
ูููู
ูุ ููุฃูููุฑูู
ูููู
ู ุจูุฑูุถููุงูููู ุงูุนูุธูู
ูุ ููู ู
ูููุนูุฏู ุงูุตููุฏููู ุนูููุฏูููุ ููุง ุฃูุฑูุญูู
ู ุงูุฑููุงุญูู
ูููู.
Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, Ya Allah Yang Maha Penyayang di antara yang penyayang.
15/05/2026
SEMINAR PEMANTAPAN QIRAAT SABโAH (Teori & Praktikal Bacaan)
Tarikh : 13 Mei 2026
Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi
Penceramah: Syeikh Mohamed Abdelnaby (Pensyarah Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra Mesir
11/05/2026
Ahlan Wasahlan buat Pengarah ke Darul Quran.
11/05/2026
Terima kasih Tuan Pengarah atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat serta teguran buat kami semua warga kerja dan pelajar di Darul Quran.
Dua pesanan akhir Pengarah buat semua, Sentiasa tolong orang, jangan susahkan orang, selagi boleh bantu, kita bantu.. Dan sebelum buka laptop atau fail, buka al-Quran dulu, mulakan hari dengan kalam Allah..
Burung merpati terbang beriring,
Hinggap sebentar di pohon seri,
Tulus bakti sentiasa diiring,
Jasamu terpahat di hati kami.
Bunga melati di tepi halaman,
Harum mewangi di waktu pagi,
Budimu tinggi jadi ingatan,
Terima kasih atas bakti diberi.
Ikuti kami di media sosial berikut juga:
Facebook
https://www.facebook.com/share/1KFDRX7PPi/?mibextid=wwXIfr
Instagram
https://www.instagram.com/dqjakim?igsh=N2x4Zmo1b2V3d3kz
X (formerly known as Twitter)
https://x.com/darulquranjakim?s=11&t=Zk4kaIJ7EheSnDmvBhRtiA
04/05/2026
SELAMAT DATANG MAHASISWA BAHARU SESI PENGAMBILAN 2026/2029 KE MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT NEGERI PERAK.