Sekolah Rendah Imtiyaz - SRIM

Sekolah Rendah Imtiyaz - SRIM Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) - Membentuk Generasi Harapan Ummah SRIM ini diuruskan sepenuhnya oleh Akademi Ikatan Muslimin (AIM)

Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) adalah sebuah Sekolah Rendah Islam Persendirian yang menggabungkan bidang pengajian Islam dan akademik di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). SRIM ditubuhkan bagi memberikan alternatif kepada ibubapa yang bercita-cita memberikan pendidikan Islam secara bersepadu kepada anak-anak.

๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป : ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› '๐—”๐—™๐—œ๐—™๐—”๐—› ๐—ง๐—›๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—›! โœจ๐Ÿ†Sekolah Rendah Imtiyaz dengan penuh rasa bangga mengucapkan tahniah dan syabas ke...
20/08/2026

๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป : ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› '๐—”๐—™๐—œ๐—™๐—”๐—› ๐—ง๐—›๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—›! โœจ๐Ÿ†

Sekolah Rendah Imtiyaz dengan penuh rasa bangga mengucapkan tahniah dan syabas kepada 'Afifah Thahirah Binti Muhd Haikal, murid 6 Ibnu Hisham, atas kejayaan merangkul Naib Johan Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Kaligrafi Jawi & Kaligrafi Cina Kebangsaan anjuran MSM Culture Art yang berlangsung pada 4 Ogos 2026 di AEON Rawang. ๐Ÿ–‹๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kejayaan ini membuktikan bakat, kreativiti dan kesungguhan Afifah dalam menguasai seni kaligrafi, sekali gus mengharumkan nama Sekolah Rendah Imtiyaz di pentas kebangsaan. ๐ŸŒŸ

๐Ÿ‘ Syabas Afifah! Teruskan mengasah bakat, tingkatkan kemahiran dan jangan pernah berhenti melakar kejayaan.

Teruskan mengharumkan nama Sekolah Rendah Imtiyaz! ๐Ÿ’š๐Ÿ’›



๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป : ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ž๐—›๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ! โœจ๐Ÿ†Johan Peringkat Kebangsaan โ€“ Pertandingan Kaligrafi Jawi & Kaligrafi Cina Kebangsaan ...
20/08/2026

๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป : ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ž๐—›๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ! โœจ๐Ÿ†

Johan Peringkat Kebangsaan โ€“ Pertandingan Kaligrafi Jawi & Kaligrafi Cina Kebangsaan 2026
Sekolah Rendah Imtiyaz dengan penuh rasa bangga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ahmad Khalil Bin Mohd Khairulnizam, murid 6 Ibnu Khaldun, atas kejayaan merangkul Johan Peringkat Tertinggi Kebangsaan dalam Pertandingan Kaligrafi Jawi & Kaligrafi Cina Kebangsaan anjuran MSM Culture Art yang berlangsung pada 4 Ogos 2026 di AEON Rawang. ๐Ÿ–‹๏ธ๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Lebih membanggakan, bakat dan kemahiran Ahmad Khalil dalam seni khat turut terbukti apabila beliau berjaya meraih tempat saguhati dalam Pertandingan Khat Terbuka Sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H Negeri Perak pada 1 Ogos 2026.

Istimewanya, Ahmad Khalil bukan sahaja bersaing dengan rakan sebaya, malah turut berentap bersama peserta dewasa dalam kategori yang sama. Satu pencapaian yang cukup membanggakan dan membuktikan bahawa bakat, kesungguhan dan latihan yang berterusan mampu membawa anak-anak kita ke pentas yang lebih tinggi. ๐ŸŒŸ

๐Ÿ‘ Tahniah juga diucapkan kepada ibu dan ayah Ahmad Khalil serta Muallim Amin atas segala sokongan, bimbingan dan dorongan yang diberikan sehingga kejayaan ini dapat dicapai.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat buat Ahmad Khalil untuk terus mengasah bakat, mencintai seni khat dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Teruskan mengukir nama, Ahmad Khalil!

Kami bangga denganmu! ๐Ÿ’š๐Ÿ’›


๐—”๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป :  ๐—ฅ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ถ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต, ๐—›๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ต๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐ŸคWaktu rehat bukan sekadar masa untuk berehat dan menikm...
19/08/2026

๐—”๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป : ๐—ฅ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ถ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต, ๐—›๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ต๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿค

Waktu rehat bukan sekadar masa untuk berehat dan menikmati juadah, tetapi menjadi kesempatan buat para murid Sekolah Rendah Imtiyaz mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan menunaikan solat sunat Dhuha. ๐Ÿ•Œโœจ

Amalan yang dilakukan secara istiqamah ini mendidik anak-anak agar mencintai ibadah sejak usia muda. Solat Dhuha juga merupakan antara amalan sunat yang mempunyai banyak kelebihan, antaranya menjadi tanda kesyukuran kepada Allah SWT serta memohon keberkatan dan kelapangan rezeki.

๐ŸŒฑ Didik anak mengenal Allah,
๐Ÿ“– biasakan mereka dengan ibadah,
โค๏ธ agar lahir generasi yang bukan sahaja cemerlang ilmu, tetapi indah akhlaknya.

Semoga amalan kecil yang dibiasakan hari ini menjadi bekalan besar buat mereka pada masa hadapan. ๐Ÿคฒ
Sekolah Rendah Imtiyaz

Pendaftaran Sesi 2027 masih dibuka : terus tekan link https://wa.me/601120564723?text=Daftar2027

๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป : ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—บ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ต!Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ameera Aishah binti Mohd Nadzri, murid Kelas 6 Ibnu...
18/08/2026

๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป : ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—บ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ต!
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ameera Aishah binti Mohd Nadzri, murid Kelas 6 Ibnu Khaldun, atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 dalam Pertandingan Citra Jawi Peringkat Daerah Kinta Utara yang telah berlangsung di SK Wira Jaya. ๐ŸŒŸ

Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, bakat dan kecintaan murid terhadap tulisan Jawi. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Sekolah Rendah Imtiyaz untuk terus berusaha mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang. ๐Ÿ’š๐Ÿ’›

Tahniah Ameera Aishah! Teruskan melakar kecemerlangan! โœจ

14/08/2026

๐—ง๐—ฎ๐˜‡๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜ | ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—น ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฏ

Sambungan daripada siri yang lalu, marilah kita terus menyelami kelebihan dan keistimewaan yang diperoleh oleh anak-anak yang memilih jalan menghafal Al-Quran.

Dalam mendidik anak menjadi insan yang soleh, Al-Quran bukan sekadar dihafal di bibir, tetapi perlu dihayati, diamalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan.

Ikuti perkongsian Tazkirah Jumaat bersama Guru Besar Sekolah Rendah Imtiyaz, Tuan Jaafar bin Othaman, dalam โ€œKelebihan Anak Menghafal Al-Quran Siri 3โ€.

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi buat para ibu bapa untuk terus membimbing dan menyokong anak-anak mendekati Al-Quran. ๐ŸŒฟ

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN! Sempena Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-69 Tahun 2026, Sekolah Rendah Imtiyaz dengan p...
11/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN!

Sempena Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-69 Tahun 2026, Sekolah Rendah Imtiyaz dengan penuh semangat patriotik menyambut Bulan Kemerdekaan dengan mengangkat tema:
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œKesejahteraan Dinikmati & Solidariti Kebebasan Palestinโ€ ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

Bulan kemerdekaan bukan sekadar menghayati sejarah perjuangan dan pengorbanan para pejuang terdahulu, tetapi juga menjadi ruang untuk kita menyemai semangat cinta akan negara, perpaduan, kesyukuran serta keprihatinan terhadap saudara-saudara kita di Palestin.

Semoga anak-anak SRIM terus membesar sebagai generasi yang berilmu, berakhlak, cintakan tanah air dan prihatin terhadap nasib manusia sejagat. โค๏ธ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka! Merdeka! Merdeka!
๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Bebaskan Palestin!




๐Ÿช– KEM KENAIKAN PANGKAT KOPERAL TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) DAERAH KINTA UTARAAlhamdulillah, seramai 8 orang pesert...
09/08/2026

๐Ÿช– KEM KENAIKAN PANGKAT KOPERAL TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) DAERAH KINTA UTARA

Alhamdulillah, seramai 8 orang peserta dari Sekolah Rendah Imtiyaz telah menyertai Kem Kenaikan Pangkat Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Daerah Kinta Utara yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026.

Program ini menjadi platform penting dalam membentuk disiplin, kepimpinan, ketahanan diri, semangat kerjasama serta jati diri dalam kalangan ahli TKRS.

Pelbagai aktiviti dan latihan dilalui bagi mempersiapkan para peserta untuk memikul tanggungjawab serta meningkatkan tahap kepimpinan mereka.

Berikut merupakan pelajar yang telah berjaya dalam ujian kenaikan Pangkat Koperal.

1. Hanis Zulaikha Binti Mohd Khairol
2. Qaseh Nur Iman Binti Mohd Saripul Bahri
3. Putri Nur Aida Irdina Binti Megat Iskandar
4. Nashwa Binti Mohd Hisham
5. Azeez Adeef Izmeth Bin Abdul Majid
6. Muhammad Al Fatih Bin Shahrul Faizal
7. Muhammad Alif Darwisy Bin Firazmil
8. Muhammad Wafiuddin Thaqif Bin Zinizam

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Sekolah Rendah Imtiyaz atas komitmen dan keberanian menyertai kem ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus menjadi murid yang berdisiplin, berkeyakinan dan berkepimpinan.

๐Ÿ“š ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐——๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐ŸŒŸ Anak anda bakal memasuki Tahun 1 hingga Tahun 6 pada tahun 2027?Inilah peluang ...
07/08/2026

๐Ÿ“š ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐——๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ

๐ŸŒŸ Anak anda bakal memasuki Tahun 1 hingga Tahun 6 pada tahun 2027?
Inilah peluang untuk menyertai Sekolah Rendah Imtiyaz, sebuah sekolah yang menggabungkan kecemerlangan akademik, pendidikan Islam dan pembinaan sahsiah dalam satu sistem pendidikan yang seimbang.

โœจ Kenapa pilih Sekolah Rendah Imtiyaz?
โœ… Kurikulum akademik yang berkualiti dan sistematik
โœ… Program Pra-Tahfiz sebagai asas kecintaan kepada Al-Quran
โœ… Pendidikan KAFA Bersepadu
โœ… Penekanan kepada pembentukan sahsiah, disiplin dan kepimpinan

๐Ÿ“… Ujian Kemasukan Pelajar Baharu
๐Ÿ—“ Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Permohonan masih dibuka sehingga September 2026.
Daftar sekarang

๐Ÿ“ Sekolah Rendah Imtiyaz
No. 9 & 11, Jalan Dato Seri Shaari, Off Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh, Perak.
๐Ÿ“ž 011-2056 4723

Tempat adalah terhad. Daftarkan anak anda hari ini dan berikan mereka peluang membesar dalam persekitaran yang membina ilmu, iman dan akhlak.

๐Ÿ”ฅ ๐— ๐—ผ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ : ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ฎ๐—ป, ๐—Ÿ๐—ผ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป!Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan-peperiksaan penting yang bakal me...
07/08/2026

๐Ÿ”ฅ ๐— ๐—ผ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ : ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ฎ๐—ป, ๐—Ÿ๐—ผ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป!

Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan-peperiksaan penting yang bakal menjelang, murid-murid Tahun 4, 5 dan Tahun 6 Sekolah Rendah Imtiyaz telah mengikuti Program Motivasi "Genggam Impian, Lonjak Kejayaan" yang disampaikan oleh En. Ahmad Iqmal Bin Jamil, Pakar Motivasi & Latihan daripada Transform Motivation & Training.

Program ini bertujuan membakar semangat, meningkatkan keyakinan diri serta membentuk minda positif dalam kalangan murid agar sentiasa berusaha dengan penuh disiplin dan istiqamah demi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi.

Diharapkan segala ilmu dan inspirasi yang dikongsikan menjadi pemangkin untuk mereka terus melangkah dengan yakin menuju kejayaan.

Semoga anak-anak Imtiyaz terus bersemangat, berusaha tanpa mengenal erti putus asa dan mengukir kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang bakal ditempuhi.

Address

No. 9 & 11, Jalan Dato Seri Shaari, Off Jalan Raja Dihilir
Ipoh
30350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Imtiyaz - SRIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Imtiyaz - SRIM:

Shortcuts

Share