31/01/2026
๐ต๐ธ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ต๐ธ
TEMA : AL-QUDS DAN GAZA : ASPIRASI KIAN HAMPIR
Program Sambutan Hari Al-Quds yang dilaksanakan di PASTI seluruh Malaysia bertujuan menyemai kesedaran awal dalam kalangan murid tentang nilai kemanusiaan sejagat, kasih sayang, empati serta keprihatinan terhadap penderitaan insan yang tertindas.
Melalui pendekatan pendidikan yang berhemah dan bersesuaian dengan usia, anak-anak dididik untuk memahami bahawa Islam mengajar umatnya agar saling berkasih sayang, membantu dan mengambil berat antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan sempadan.
Seiring dengan sabda Rasulullah ๏ทบ:
โPerumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mengasihi, menyayangi dan berlemah lembut sesama mereka adalah seperti satu tubuh; apabila satu anggota sakit, maka seluruh tubuh turut merasai kesakitan dengan berjaga dan demam.โ
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Semoga program ini menjadi medium pendidikan awal yang membentuk jiwa anak-anak PASTI agar membesar sebagai insan yang berakhlak mulia, berperikemanusiaan serta peka terhadap keadilan dan keamanan sejagat.
Check out Pasti Al Hambraโs video.