Sekolah Kebangsaan Jati

Sekolah Kebangsaan Jati Sekolah Kebangsaan Jati .

πŸ‰ PERLAWANAN PERSAHABATAN RAGBI PEREMPUAN πŸ‰Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Ragbi Perempuan SK Jati yang tela...
18/08/2026

πŸ‰ PERLAWANAN PERSAHABATAN RAGBI PEREMPUAN πŸ‰

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Ragbi Perempuan SK Jati yang telah menyertai Perlawanan Persahabatan Ragbi Perempuan melibatkan 6 buah sekolah di SK Seri Kelebang. πŸ’ͺπŸ”₯

Alhamdulillah, pasukan kita berjaya mencatatkan:
πŸ† 2 kemenangan
🀝 1 keputusan seri
πŸ’ͺ 2 kekalahan

Teruskan berlatih, teruskan berjuang dan teruskan mengharumkan nama SK Jati! 🌟

SEKALUNG TAHNIAH BUAT WIRA SEJATI! βš½πŸ†Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahmad Fakhrul Ridwan bin Ahmad Pauzi, pemain bola...
17/08/2026

SEKALUNG TAHNIAH BUAT WIRA SEJATI! βš½πŸ†

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahmad Fakhrul Ridwan bin Ahmad Pauzi, pemain bola sepak SK Jati, atas kejayaan terpilih mewakili Negeri Perak dalam Kejohanan Bola Sepak MSSM Bawah 12 Tahun 2026. πŸ”₯πŸ‘

Satu pencapaian yang amat membanggakan buat diri, keluarga serta seluruh warga SK Jati. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Seluruh warga SEJATI mendoakan agar Ahmad Fakhrul Ridwan terus diberikan kejayaan, dipermudahkan segala urusan dan mampu mengharumkan nama Perak di pentas MSSM.

Ayuh Fakhrul! Bawa semangat SEJATI! πŸ’™β€οΈπŸ€
Satu Sekolah, Satu Semangat, Satu Kemenangan!

πŸ•οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ TAHNIAH PESERTA PERKHEMAHAN PBB SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ•οΈSekalung tahniah dan syabas diucapkan ke...
15/08/2026

πŸ•οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ TAHNIAH PESERTA PERKHEMAHAN PBB SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ•οΈ

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada empat orang peserta SK Jati yang telah menyertai Perkhemahan PBB Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak yang berlangsung pada 12–14 Ogos 2026 di Pusat Kokurikulum Negeri Perak, Pangkor.

🌟 Tahniah kepada:

1. Muhammad Izz Fahim bin Ahmad Rafae
2. Adlessya binti Mohammad Sabree
3. Sharha Annasim binti Mohd Shahriman Hafiz
4. Ahmad Muaz Huzaifah bin Mohd Qusairy

Sepanjang perkhemahan, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan membina jati diri seperti:

🧭 Orienteering
🀿 Snorkeling
πŸ›Ά Kayak
🩹 Bantu Mula
πŸ‡²πŸ‡Ύ Koir Merdeka
πŸͺ’ Simpulan dan Ikatan

Setiap aktiviti pastinya memberikan pengalaman baharu serta memupuk semangat kerjasama, keberanian, disiplin, kepimpinan dan kemahiran hidup dalam diri peserta.

πŸ‘ Syabas atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang perkhemahan. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis dan membakar semangat untuk terus aktif serta cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Tahniah, anak-anak Sejati! Teruskan mengukir kejayaan! πŸ’™πŸ’›

πŸŒ±πŸ‡²πŸ‡Ύ PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT – KITAR SEMULA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ±Sempena semangat Bulan Kebangsaan, marilah kita bersama-sama menyokong ...
14/08/2026

πŸŒ±πŸ‡²πŸ‡Ύ PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT – KITAR SEMULA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ±

Sempena semangat Bulan Kebangsaan, marilah kita bersama-sama menyokong usaha menghijaukan sekolah melalui pengumpulan botol air mineral CACTUS 250ml.

πŸ’§ Apa yang perlu dikumpul?
Botol air mineral CACTUS 250ml yang bersih dan berlabel.

♻️ Untuk apa?
Botol yang dikumpulkan akan digunakan dalam projek hiasan dan aktiviti semarak Merdeka.

Setiap botol yang kita kumpulkan mungkin kecil nilainya, tetapi apabila dilakukan bersama-sama, impaknya besar! πŸ’š

πŸ‡²πŸ‡Ύ Setiap botol anda, sumbangan untuk negara!
🌿 Jom kurangkan sampah
♻️ Jom kitar semula
πŸ’š Jom bina sekolah lebih hijau & kreatif!

Tahniah dan syabas buat SK Jati! πŸŽ‰πŸ†KEPUTUSAN RASMI KARNIVAL BAHASA PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT DAERAH KINTA UTARAπŸ₯‰ Tempat...
13/08/2026

Tahniah dan syabas buat SK Jati! πŸŽ‰πŸ†

KEPUTUSAN RASMI KARNIVAL BAHASA PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA

πŸ₯‰ Tempat Ke-3 – Kalam Arabiy (P)
Raihatun Naqiyah Binti Noor Hisham
Tahun 5Z

🌟 Penyertaan – Citra Jawi
Aisyah Humaira Binti Azlan Shah

Syabas dan tahniah kepada para peserta atas usaha, komitmen dan semangat yang telah ditunjukkan. Terima kasih juga kepada guru pembimbing yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sokongan.

Tahniah SK Jati! Terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah! πŸ’™πŸ’›

πŸƒβ€β™‚οΈ KEJOHANAN OLAHRAGA SK JATI KALI KE-23 πŸ†Ayuh warga SK Jati!Jom sama-sama memeriahkan Kejohanan Olahraga Sekolah Keba...
06/08/2026

πŸƒβ€β™‚οΈ KEJOHANAN OLAHRAGA SK JATI KALI KE-23 πŸ†

Ayuh warga SK Jati!

Jom sama-sama memeriahkan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Jati Kali Ke-23 yang akan berlangsung pada:

πŸ—“οΈ 8 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Padang SK Jati

Marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada para atlet yang akan berjuang membawa nama rumah sukan masing-masing. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi semangat kesukanan, disiplin, kerjasama dan keberanian adalah kemenangan yang sebenar.

Semoga kejohanan kali ini berjalan lancar, meriah dan menjadi kenangan indah buat seluruh warga SK Jati.

β€οΈπŸ’™πŸ’›πŸ’š Semangat Rumah Sukan, Semangat Kesukanan, Semangat SEJATI!

πŸ“’ MAKLUMAN DELIMa 3.0 Portal DELIMa kini berwajah baharu dengan versi DELIMa 3.0 yang lebih moden, dan menarik! πŸš€
05/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN DELIMa 3.0
Portal DELIMa kini berwajah baharu dengan versi DELIMa 3.0 yang lebih moden, dan menarik! πŸš€

🧹 GOTONG-ROYONG PONDOK UTAMA SEKOLAH 🌿Warga sekolah telah berganding bahu bergotong-royong bagi menceriakan tiga pondok ...
04/08/2026

🧹 GOTONG-ROYONG PONDOK UTAMA SEKOLAH 🌿

Warga sekolah telah berganding bahu bergotong-royong bagi menceriakan tiga pondok utama sekolah, iaitu Pavilion Kecemerlangan, Pavilion Flickers (Kebitaraan Hoki) dan Pavilion Kepimpinan (Kebitaraan Pasukan Badan Beruniform Pengakap).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid serta warga sekolah yang telah menyumbang tenaga dan masa dalam nenceriakan pondok ini.

πŸ† TAHNIAH TEAM SEJATI! πŸ†Sekalung tahniah diucapkan kepada Team Sejati yang telah mewakili Kinta Utara (KiU) dalam Kejoha...
04/08/2026

πŸ† TAHNIAH TEAM SEJATI! πŸ†

Sekalung tahniah diucapkan kepada Team Sejati yang telah mewakili Kinta Utara (KiU) dalam Kejohanan SPTS 2026 yang berlangsung pada 30 Julai 2026 (Khamis).

Pencapaian peserta:
πŸ₯‡ Wan Nooraariz – Kedudukan 10 daripada 36 peserta
πŸ₯‡ Syed Ali Azfar – Kedudukan 19 daripada 36 peserta

Lebih membanggakan, Kinta Utara (KiU) telah berjaya muncul sebagai Naib Johan PLD SPTS 2026.

Tahniah kepada semua peserta, jurulatih dan warga KiU atas usaha, komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

Syabas Team Sejati! Teruskan mengorak langkah menuju kejayaan. πŸ’™πŸ’›

πŸ‰ KLINIK FIT RUGBY BERSAMA PASUKAN RAGBI PEREMPUAN SUKMA PERAK πŸ‰Satu pengalaman yang penuh inspirasi apabila peserta ber...
04/08/2026

πŸ‰ KLINIK FIT RUGBY BERSAMA PASUKAN RAGBI PEREMPUAN SUKMA PERAK πŸ‰

Satu pengalaman yang penuh inspirasi apabila peserta berpeluang menyertai Klinik FIT Ragby bersama barisan pemain Pasukan Ragbi Perempuan SUKMA Perak.

Program ini memberi pendedahan kepada teknik asas ragbi, membina kecergasan fizikal, semangat berpasukan serta keyakinan diri. Terima kasih kepada jurulatih dan semua pemain SUKMA Perak yang sudi berkongsi ilmu, pengalaman dan memberi motivasi kepada para peserta.

Semoga program seperti ini terus menyemarakkan minat terhadap sukan ragbi serta melahirkan lebih ramai bakat muda pada masa hadapan.

Address

Taman Jati
Ipoh
30020

Telephone

+6055286863

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Jati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Jati:

Shortcuts

Share

Category