27/04/2024
Pecah peluh malam ini, pelajar Tahfiz Kompleks Baitul Dhia meneruskan latihan intensif. Kali ini kita menggunakan beberapa kelengkapan awal seperti kicking bag, dan landing mattress. Ada rezeki kita tambah lagi kelengkapan latihan bersesuaian mengikut tahap pembelajaran.
InsyaAllah....
Berakit2 kehulu , berenang2 ketepian 🤲
16/10/2023
Bismillah...
Jam 10.00pm ke Surau ArRafeah Meru Perdana, bincangkan Pembukaan Gelanggang Baru Senam Seni Tongkat.
14/10/2023
Senam Seni Tongkat...
Tak semestinya sepanjang masa kami belajar menggunakan Tongkat.
Waktu riadah kami belajar asas sikap, tapak atau kekuda. Belajar asas tempur tangan kosong. Belajar aktiviti berpasangan seperti menumbuk dan menangkis. Belajar gulingan dan sebagainya.
Terkadang, untuk bertahan tidak semestinya perlu menggunakan tenaga yg banyak untuk menhadang serangan. Boleh juga, guna teknik kilas, tepuk dan tepis bagi memacu daya lawan tersebut kearah lain sambil bawa ruang diri kita ke zon yang lebih menguntungkan diri.
14/10/2023
Sapa kata tak muat? Elok je ...
Cuma kena cari yang tinggi sebagai rakan sparring ...
14/10/2023
Geng Kain Pelikat...
Bukan baru lepas bersunat, tetapi Salah satu aktiviti riadah dalam latihan Senam Seni Tongkat yg diadakan semalam.
14/10/2023
Proses menyusun perihal pengenalan, visi, misi, ciri-ciri , silibus sebagai rekod serta panduan jurulatih dan pelajar Senam Seni Tongkat di masa hadapan.
Moga Allah permudahkan, Dan diberi ilham yang banyak.
14/10/2023
Dalam Proses Merekod Dan Membukukan...
InsyaAllah dia mudah mudahan jadi manfaat buat ummat di masa hadapan 🤲
13/10/2023
Bismillah...
Malam ini Senam Seni Tongkat Bawakan Aktiviti 'SARUNG TARUNG' bersama pelajar.
Tujuan :
1. Asah keyakinan diri
2. Bangkit Sifat Waja Dan Siaga
3. Latihan Kecekapan Ruang Dan Refleksi