Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson atau nama ringkasnya SMK Anderson, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Hospital. Sekolah Anderson Ipoh, dibuka dengan rasminya pada 6 Februari 1909. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson memiliki 1209 pelajar lelaki dan 41 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1250 orang. Nama "Anderson" diambil
sempena nama Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu, (juga Gabenor Negeri-Negeri Selat), Sir John Anderson. Sekolah Anderson diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar Melayu yang tidak berpeluang memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar. Atas sebab-sebab fahaman agama p**a, ibu bapa Melayu enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris yang telah sedia ada seperti Sekolah Inggeris-Cina. J. H, Tyte, Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dilantik menjadi Guru Besar pertama. Belaiu dibantu oleh Mr. E. C. Smith yang menjadi Penolong Kanan. Guru perintis terdiri dari seorang guru terlatih dan 5 orang murid tua SMK Victoria. Bangunan sekolah pertama telah direka oleh jurubina tempatan, iaitu Mr. H. La Brooy dan terletak di Jalan Douglas. Bangunan ini kini digunakan sebagai Pejabat Agama Perak.