06/04/2022
Wakaf Pembinaan Sekolah Agama Rakyat Al Khairiah Kampung Kepayang Ipoh.
Sinopsis:
Alhamdulillah, setelah 52 tahun berlalu semenjak Tahun 1970 Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Khairiah dibina dan telah beroperasi, akhirnya tibalah saat untuk pembangunan semula Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Khairiah yang telah dirancang semenjak tahun 2000 lagi.
Alhamdulillah, Jawantankuasa pengurusan tanah wakaf telah bersetuju mewakafkan 1.7ekar tanah untuk Pembangunan Sekolah Agama Rakyat Al Khairiah. Sehubungan dengan itu pihak jawatankuasa Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Khairiah telah mendapat kelulusan dari Pejabat Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak untuk mengumpul dana bagi membina sekolah baru di atas tanah yang diperuntukkan.
Alhamdulillah, oleh kerana semua perancangan asas telah hampir siap, maka pihak sekolah mengajak semua ibubapa, penjaga dan semua pihak yang prihatin untuk mengambil peluang kehadiran penghulu segala bulan, Ramadhan sebagai bulan menggandakan pahala Ibadah terutama Sedekah.
Puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang agung, bahkan pahala puasa tidak terbatas kelipatannya. Sebagaimana dikabarkan dalam sebuah hadis qudsi:
كل عمل ابن آدم له الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف قال عز و جل : إلا الصيام فإنه لي و أنا الذي أجزي به
“Setiap amal manusia akan diganjari kebaikan dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151)
Jom gandakan pahala dengan bersedekah kepada Pembangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Khairiah Kampung Kepayang seperti berikut
Wakaf Pembangunan: RM50 (1 lot)
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Transaksi terus ke akaun berikut:
08013010057710 Bank Islam
Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Khairiah (Pembangunan)
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Pengerusi Pembangunan:
Tuan Haji Fouzy Bin Haji Abdul Samad www.wasap.my/+60108417173/dermakhairatsrar
Pengerusi SRAR
Tuan Haji Amer Muhammad Bin Haji Bahari
www.wasap.my/+60125309169/dermakhairatsrar
Guru Besar:
Puan Rosmanira Binti Makhtar
www.wasap.my/+60125128917/dermakhairatsrar
Pemungut Dilantik MaiPk
Encik Sabri Bin Haji Mohammed
www.wasap.my/+601137804472/dermakhairatsrar
Encik Rahizalkhiri Bin Rahim @ Umar
www.wasap.my/+601111403755/dermakhairatsrar
Ramadhan Kareem
"Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan." (HR At-Tirmizi dari Anas).
Bersedekah merupakan satu sikap dermawan yang sekaligus menjadi sifat yang disukai Allah SWT.
"Sesungguhnya Allah SWT itu Maha memberi, Ia mencintai dermawan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk." (HR. Al Baihaqi). Oleh karena itu, dianjurkan untuk bersedekah walaupun jumlahnya sedikit.
Semoga Allah swt menerima segala amal kita.