13/12/2025
Jualan bouquet sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Murid. Ada yang bunga 🌹, ada yang coklat 🍫, semua comel-comel dan confirm buat penerima senyum sampai telinga.
Usaha Tangga Jaya
TS25
13/12/2025
Jualan bouquet sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Murid. Ada yang bunga 🌹, ada yang coklat 🍫, semua comel-comel dan confirm buat penerima senyum sampai telinga.
10/12/2025
Majlis Graduasi Murid Tahun 6 2025
https://www.facebook.com/share/v/1Md2LMFCwx/?mibextid=wwXIfr
30/11/2025
JUMAAT, 28 NOVEMBER 2025
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2025.
✅Syukur, Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah telah berlangsung dengan penuh khusyuk meskipun dalam suasana cuaca hujan yang menenangkan. Majlis dipimpin oleh Ustaz Haji Ridzwan bin Megat.
✅Syabas dan Tahniah kepada semua murid yang telah khatam Al-Quran untuk tahun 2025. Terima kasih kepada ustaz, ustazah dan ibu bapa yang telah membimbing murid-murid ini.
✅Semoga Al-Quran sentiasa dihati dan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian.
❤️ Terima Kasih PIBG dan Terima kasih tidak terhingga kepada AYUBELLA WEDDING & EVENTS menaja hiasan pentas yang cantik dan indah.
30/11/2025
JUMAAT, 21 NOVEMBER 2025
Hari Kanak-Kanak Dirai Meriah Bertemakan "Retro"
✅Sambutan Hari Kanak-Kanak Tahun ini berlangsung penuh meriah dan berwarna-warni bertemakan RETRO. Suasana Meriah mengimbau suasana satu ketika dahulu, Anak-anak hadir dengan pakaian retro penuh warna-warni, comel, kreatif dan penuh gelak ketawa.
✅Terima Kasih PIBG SK Cator Avenue diatas sokongan padu dan sumbangan kepada anak-anak Catorian tanpa jemu.
✅Sekalung tahniah juga kepada ibu bapa, diatas sokongan dan kreativiti anda benar-benar menonjol melalui pakaian, aksi dan semangat anak-anak menyemarakkan majlis.
✅Terima kasih kepada semua guru, menambah rasa suasana, kenangan lama ceria dihati.
Kita jumpa lagi tahun hadapan...
26/10/2025
Istirahatlah, esok masih ada tugas yang harus kau perjuangkan!
26/10/2025
🔥 SEMANGAT MEMBARA DI BUMI LANG BUANA🔥
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK CATOR AVENUE TAHUN 2025🏕️🔥❤️
Syukur, Perkhemahan Unit Beruniform SK Cator Avenue 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan! 🏕️
Murid pulang bukan sekadar membawa kenangan, tetapi membawa jiwa kental, disiplin tinggi, dan semangat kepimpinan sebenar!💪
Dua hari penuh cabaran dan pengalaman bermakna yang membentuk jati diri, daya tahan, disiplin dan kepimpinan dalam diri setiap murid. Dari sinilah bakal lahirnya wira kecil yang sedia berbakti untuk sekolah, masyarakat dan negara. 🇲🇾🔥
Di sinilah lahirnya generasi berani mencabar diri, bersatu dalam pasukan dan berjiwa waja. 💪🌿
Tahniah Catorian!!
25/10/2025
Shots Of Day 2…Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2025.
From CATOR AVENUE to LANG BUANA, We will achieve our mission!
🏕️ Catorian Memulakan hari kedua dengan penuh semangat.
🏕️ Pelbagai aktiviti dirancang bertujuan membina jati diri, semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan murid.
📌 ibu ayah…jangan bimbang, anak-anak semuanya OK.
24/10/2025
DAY 1: UPDATE PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2025
Moment hari pertama yang sempat dirakam, Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2025 bermula hari ini. Pengalaman dan memori yang cukup berharga.
📌Ibu ayah jangan bimbang..anak-anak sihat dan gembira.
📌Catorian....Enjoy every moment!!
24/10/2025
UPDATE PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
📌Jadual Program Perkhemahan 24-26 Oktober 2025.
Harap Maklum.
24/10/2025
CUTI PERISTIWA SEMPENA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2025
📌Makluman kepada semua ibu bapa penjaga, sekolah akan bercuti pada hari Isnin (27 Oktober 2025) sempena Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2025.
📌 Sekolah akan kembali beroperasi pada hari Selasa, 28 Oktober 2025.
Sekian, harap maklum.
| Monday | 08:00 - 05:00 |
| Tuesday | 08:00 - 05:00 |
| Wednesday | 08:00 - 05:00 |
| Thursday | 08:00 - 05:00 |
| Friday | 08:00 - 05:00 |