SK Cator Avenue

SK Cator Avenue Usaha Tangga Jaya
TS25

📢MAKLUMAN: 📢PERARAKAN DAN TAZKIRAH MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M"MADANI Dihayati, UMMAH Diberkati"Panitia Pendidikan Isla...
19/08/2026

📢MAKLUMAN: 📢
PERARAKAN DAN TAZKIRAH MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M
"MADANI Dihayati, UMMAH Diberkati"

Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan sukacitanya menjemput warga Catorian untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M.

📅Isnin, 24 Ogos 2026
⏰ 7.30 Pagi
📍Perkarangan sekolah

Antara pengisian yang disediakan;
🚶Perarakan Maulidur Rasul.
📄Tazkirah Maulidur Rasul.
🏆Penyampaian hadiah pertandingan perarakan.
"Rindu Rasul: Menghidupkan Sunnah Dalam Kehidupan"

💥JOM HADIR KE SEKOLAH, LEBIH AWAL DARIPADA BIASA SUPAYA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM PERARAKAN💥

✨📢 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN (M29) 📢✨📅 TARIKH: 17 OGOS 2026🗓 HARI: Isnin🕗 MASA: 7.15 pagi📍 TEMPAT: Dewan Arena Catorian...
19/08/2026

✨📢 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN (M29) 📢✨
📅 TARIKH: 17 OGOS 2026
🗓 HARI: Isnin
🕗 MASA: 7.15 pagi
📍 TEMPAT: Dewan Arena Catorian
👏Tahniah anak-anak Catorian berjaya datang awal ke sekolah.
✨ PENGISIAN PERHIMPUNAN PADA MINGGU INI ✨
💥1. LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN💥
💥2. MAJLIS PENGHARGAAN ATAS KECEMERLANGAN DAN KOMITMEN CATORIAN💥

🎉PENYAMPAIAN ANUGERAH KELAS TERBERSIH M28🎉
Sebagai Usaha membudayakan amalan kebersihan dan disiplin dalam kalangan Catorian, pengiktirafan Johan Kelas Terbersih pada setiap minggu ini ialah;
TAHAP 1: (Guru Kelas: Pn. )
TAHAP 2: 5 OMEGA (Guru Kelas: Pn. Nurul Wahida )
Tahniah. Kepada kelas-kelas lain, masih belum terlambat untuk membuktikan kelas anda juga tidak kurang hebatnya. Semangat!!

🎉 PENYAMPAIAN PENGHARGAAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM🎉
🏆 Aaron Rizzqi Miqaiel (4B) dan Ahmad Haris Zakwan (5A) - Penyertaan Bengkel Asas Pantun SR anjuran PPD Kinta Utara.
🏆 Kalish Zafran (5A) - Sijil Penyertaan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu SR Daerah Kinta Utara.
🏆 Muhd Adam Muez (6O) - Sijil penyertaan pertandingan Esei SR Daerah Kinta Utara.
🏆 Ariq El Zarith (4O) - Tempat ke-3 Final Sirkit MSS Perak, Tempat ke-3 National Junior circuit, Tempat ke-4 Junior Bowling Event.
🏆 Iskandar (5A), Afeq Iskandar (5A), Muhd Safi (5O), Sharvarish (4A) - Sijil Penyertaan Bengkel Pemerkasaan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen.

👏 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengharumkan nama sekolah, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
👏 Syabas juga kepada semua guru yang terlibat.

Hadir dengan semangat, belajar dengan tekun, berdisiplin dan berakhlak mulia. Teruskan melakar kecemerlangan demi kegemilangan Cator Avenue.



🇲🇾 PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 🇲🇾Syukur, telah selesai Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Cator Avenue pada Isnin, ...
12/08/2026

🇲🇾 PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 🇲🇾

Syukur, telah selesai Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Cator Avenue pada Isnin, 10 Ogos 2026, bertempat di Dewan Arena Catorian.

Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga sekolah. Pelbagai aktiviti menarik dan pengisian bertemakan kemerdekaan akan dilaksanakan sepanjang bulan ini.

Semoga sambutan Bulan Kemerdekaan ini dapat menyemai rasa cinta akan tanah air, menghargai jasa pejuang kemerdekaan serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan murid dan warga sekolah. 🇲🇾

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang!
Semarakkan semangat Merdeka!
Malaysia Tanah Airku! ❤️🇲🇾






TAHNIAH 5 ALPHA ! KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 100%Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada kelas 5 ALPHA yang...
12/08/2026

TAHNIAH 5 ALPHA ! KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 100%
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada kelas 5 ALPHA yang telah menunjukkan komitmen terbaik dan mencapai 100% kutipan dalam pembayaran sumbangan PIBG seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG 2026.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan padu daripada ibu bapa, penjaga, guru kelas serta semua warga sekolah dalam memastikan kebajikan dan pembangunan murid terus diperkasakan.



🎉 PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 🎉PERINGATAN:SILA BAWA BENDERA MALAYSIA SAIZ TANGANWarga Catorian, Bulan penuh makna kemba...
09/08/2026

🎉 PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 🎉
PERINGATAN:SILA BAWA BENDERA MALAYSIA SAIZ TANGAN

Warga Catorian,
Bulan penuh makna kembali lagi! Esok (Isnin, 10 Ogos) akan diadakan pelancaran Bulan Kemerdekaan 2026. Ayuh semarakkan semangat patriotisme dan perpaduan kita dengan semua warga SK Cator Avenue membawa bendera Malaysia bersaiz tangan sebagai tanda semangat cinta akan negara mekar dijiwa Catorian.

DARI GENERASI KE GENERASI, SEMANGAT CINTAKAN NEGARA TERUS MEKAR






https://youtu.be/AXHPz1uWRzUPERKHEMAHAN KENAIKAN PANGKAT KOPERAL TKRS DAERAH KINTA UTARA🎬JUMAAT- AHAD | 7-9 OGOS 2026  |...
09/08/2026

https://youtu.be/AXHPz1uWRzU
PERKHEMAHAN KENAIKAN PANGKAT KOPERAL TKRS DAERAH KINTA UTARA🎬
JUMAAT- AHAD | 7-9 OGOS 2026 | SK RAPAT SETIA

PESERTA: 8 ORANG
Tahniah kepada semua peserta & terima kasih kepada guru-guru TKRS yang turut membantu membimbing anak-anak ini bagi persediaan menghadapi ujian kenaikan pangkat ini. Terima kasih kepada PIBG atas sokongan sumbangan & juga kepada ibu bapa atas kerjasama & sokongan.

Tahniah sekali lagi dari Unit Kokurikulum .
👏👏👏








MAJLIS BACAAN YASIN MINGGU 27JUMAAT, 7 OGOS 2026 | 7.15 pagi | Arena CatorianPengacara Majlis: Adam MuezKhalifah Yasin: ...
09/08/2026

MAJLIS BACAAN YASIN MINGGU 27
JUMAAT, 7 OGOS 2026 | 7.15 pagi | Arena Catorian
Pengacara Majlis: Adam Muez
Khalifah Yasin: Iskandar Zulkarnain

PROGRAM PEMERKASAAN BACAAN MURID (NILAM) – JOM MEMBACA BERSAMA PENGKOMIK BLINK 2026📩 Hari: Selasa📅 Tarikh : 4 Ogos 2026 ...
04/08/2026

PROGRAM PEMERKASAAN BACAAN MURID (NILAM) – JOM MEMBACA BERSAMA PENGKOMIK BLINK 2026
📩 Hari: Selasa
📅 Tarikh : 4 Ogos 2026

Program ini merupakan salah satu inisiatif Pusat Sumber SK Cator Avenue dalam memperkukuh budaya membaca dalam kalangan murid selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan generasi yang berilmu, kreatif, berfikiran kritis dan memiliki sahsiah yang cemerlang.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid berpeluang mengikuti sesi perkongsian ilmu bersama pengkomik BLINK yang memperkenalkan kemahiran asas melukis komik, proses penghasilan sesebuah karya kreatif, teknik membina jalan cerita yang menarik serta kepentingan imaginasi, pemerhatian dan pembacaan dalam menghasilkan komik yang berkualiti.

Pengkomik turut memberikan suntikan motivasi dan nasihat kepada murid agar menjadikan membaca sebagai amalan harian, kerana membaca merupakan asas kepada pembinaan ilmu pengetahuan, penguasaan bahasa, peningkatan daya fikir serta pembentukan kreativiti dan inovasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak BLINK, para pengkomik, warga Catorian serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.






📩 HEBAHAN 📩 📅 Sabtu, 8 Ogos 2026Jemputan untuk semua murid yang berminat menyertai Pertandingan Mewarna Kelab Nuri Bank ...
04/08/2026

📩 HEBAHAN 📩
📅 Sabtu, 8 Ogos 2026

Jemputan untuk semua murid yang berminat menyertai Pertandingan Mewarna Kelab Nuri Bank Rakyat.
Ayuh Catorian... serlahkan bakat dan potensi, kerana anda bukan biasa-biasa. Sila Imbas QR untuk pendaftaran.




📢HEBAHAN📢Program Jelajah Sekolah bersama BLINK BOOKSELASA, 4 OGOS 2026 | ARENA CATORIANProgram ini dimeriahkan lagi deng...
03/08/2026

📢HEBAHAN📢
Program Jelajah Sekolah bersama BLINK BOOK

SELASA, 4 OGOS 2026 | ARENA CATORIAN

Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengkomik dan penulis BLINK, En Huzza, yang telah berkongsi inspirasi, mengadakan sesi ramah mesra serta sesi tandatangan buku. Selain itu, murid turut berpeluang mengunjungi Pameran & Jualan Buku Blink Book, sekali gus menyemai minat membaca dan memperkaya budaya ilmu dalam kalangan warga sekolah.

Semoga jalinan kerjasama seperti ini terus menyuntik semangat membaca, menggalakkan kreativiti serta membuka ruang kepada murid untuk mengembara ke dunia ilmu melalui buku.

📚 Membaca Jambatan Ilmu, Buku Sahabat Sepanjang Hayat.



Address

LEBUH CATOR
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Cator Avenue posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share