12/01/2026
Alhamdulillah, masih belum terlambat kami ucapkan welcome back to school buat semua anak-anak Pra Sekolah Al-Ihsan.
Hari pertama sekolah.
So cute eh masing-masing?
Macam-macam ragam ada.
Ada yang senyum manis
nyerongin sampai ke telinga
seronok sangat ya dapat ke sekolah.
Ada yang pegang beg kuat-kuat,
tak nak turun kereta 🤣
Ada yang menangis, karang kawannya ikut nangis sekali 😂 Haha. Yang ni tak apa, cikgu dah biasa.
Biasalah hari pertama sekolah kan? biasa seminggu ni minggu mengenal perasaan diri. Haaa, gituh. 😁
Itulah warna dunia anak-anak, jujur dan penuh perasaan. Tak ada cover-cover line!
"Ya Allah, jadikanlah anak-anak ini s**a belajar, berakhlak baik dan membesar sebagai anak yang soleh dan solehah".
Amin Ya Rabb.
06/01/2026
Where Fun Learning Meets Barakah!
📍 Pra Sekolah Al-Ihsan, Simpang Pulai
Jom daftarkan anak anda hari ini!
Terbuka untuk anak-anak berumur 5 dan 6 tahun.
Di sini, anak-anak bukan sekadar belajar membaca dan menulis
tetapi juga membina akhlak, iman dan kefahaman agama Islam.
Anak-anak belajar dan berkembang dalam suasana ceria membentuk :
✨ Jati diri Mu'min Qawiy
💪 Keyakinan diri
🤝 Kebolehan bersosial dan bersilaturrahim
🧠 Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
✍️ Kemahiran motor halus dan kasar
📖 Sabda Rasulullah SAW :
Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.
(Hadis Riwayat At-Tabrani)
Di Pra Sekolah Al-Ihsan, kami membimbing anak-anak menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan membawa manfaat kepada ummah.
📞 Daftar sekarang – tempat terhad!
http://wasap.my/601119987227/daftar2026
http://wasap.my/601124400043/daftar2026
04/01/2026
ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير
Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan & Kau akhirkanlah dgn kebaikan.
7 hari sebelum
sesi persekolahan 2026 bermula. 🥰
03/01/2026
⚡ Tips Parenting
Anak belajar bukan dari nasihat semata,
tetapi dari apa yg mereka lihat setiap hari.
01/01/2026
1 Januari 2026
"Mudah-mudahan Tuhan kami akan menggantikan (nikmat yang hilang itu) dengan yang lebih baik daripadanya. Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Tuhan kami."
Semoga tahun 2026 lebih baik dan cemerlang buat kita semua dengan izin Allah.
28/12/2025
Pelaburan terbaik adalah pelaburan pendidikan anak.
Pulangannya kadang belum dapat dilihat sekarang tetapi pulangannya apabila kita melihat anak-anak berjaya menjadi anak yang soleh solehah, serta berbakti bukan sahaja kepada orang tua tetapi kepada masyarakat.
Pahala dari ilmu juga berpanjangan selagi diamalkan.
Anak-anak soleh juga sumber doa kita di alam barzakh nanti.
Sertai kami di
Pra-Sekolah Al-Ihsan.
Pendaftaran 2026 sudah dibuka! 📱
Di sini kami menumbuhkan jiwa kesedaran anak dengan Al-Quran, adab dan akhlak.
www.wasap.my/601119987227/daftar2026
www.wasap.my/601124400443/daftar2026
27/12/2025
Di Pra Sekolah Al-Ihsan, anak-anak bukan sekadar datang belajar akademik, tapi belajar cara hidup ikut Sunnah Nabi Muhammad saw.
Dari awal melangkah kaki ke sekolah, memberi salam, sedekah senyuman, berselawat, baca doa & zikir harian semua kita nak buat macam yang Allah perintah! 🤲🏻
Pendaftaran kini dibuka untuk sesi 2026.
📱 Berminat untuk mendaftar anak anda, klik link di bawah untuk daftar atau nak tanya-tanya dulu pun boleh aje kome. No Problem!
http://wasap.my/601124400043/daftar2026
26/12/2025
Ramai ibubapa yang risau anak-anak tak pandai membaca. Tak kenal huruf. Tak kenal nombor dan tak pandai mengira.
Namun, sebenarnya!
Ibubapa juga perlu risau jika anak tak pandai mandi, tak pandai makan dan tak pandai buang air sendiri.
Semua tu perlu di latih dan inilah dinamakan PENGURUSAN DIRI. 👍🏻
Dari pengurusan diri, kami membantu anak-anak membina Jati Diri Islam..
Di Pra Sekolah Al-Ihsan, kami berusaha menumbuhkan jiwa kesedaran anak dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Pendaftaran sesi 2026 sudah dibuka. Daftar sekarang untuk anak soleh anda.
www.wasap.my/601119987227/daftar2026
25/12/2025
Tanpa akhlak bertunjangkan Islam, anak-anak mudah hilang jati diri.
Tanpa rasa cinta yang utuh kepada Allah dan Rasul, hati menjadi kosong walau ilmu di isi selalu.
Maka di sinilah peranan kami.
Pra Sekolah Al-Ihsan berusaha menumbuhkan jiwa kesedaran anak-anak dengan :
📖 Al-Quran
🌸 Sunnah Nabi Muhammad saw
🤍 Adab & akhlak mulia
Bukan sekadar pandai membaca dan cerdik dengan ilmu dunia, tetapi insyaAllah anak-anak pandai mengenal pencipta dan mencontohi akhlak Rasul tercinta.
Apa tunggu lagi, sesi pendaftaran 2026 sudah dibuka.
Jom didik anak menjadi anak soleh & berakhlak mulia.
👉 Daftar sekarang:
www.wasap.my/601119987227/daftar2026
24/12/2025
Cabaran anak-anak hari ni bukan sekadar rakan sebaya... tapi gadget 📱 dan sistem yang membunuh rasa ingin belajar anak-anak.
Segala aktiviti yang dilakukan di Pra Sekolah Al-Ihsan, kami usahakan untuk menarik minat anak-anak datang ke sekolah.
Dengan konsep "play & learn", anak-anak lebih seronok datang ke sekolah.
Bila anak bermain, sebenarnya mereka sedang berfikir 🧠 meneroka dan belajar pelbagai perkara.
Gelak tawa itu tanda minda sedang bekerja! 🤍
Di Pra Sekolah Al-Ihsan juga, kami berusaha menumbuhkan jiwa kesedaran anak dengan Al-Quran, sunnah, adab & akhlak! 😉
Pendaftaran sesi 2026 sudah dibuka. Daftar sekarang untuk anak soleh anda.
www.wasap.my/601119987227/daftar2026
23/12/2025
Jamuan Akhir Tahun
Pra Sekolah Al-Ihsan, Simpang Pulai
19 Disember 2025 | Jumaat
Alhamdulillah, syukur 🤲🏻 atas segala kenangan, tawa dan pembelajaran sepanjang tahun 2025 bersama anak-anak di Pra Sekolah Al-Ihsan.
Riuh rendah gelak ketawa,
penuh kasih sayang dan doa. 💚
Semoga setiap usaha kita untuk mendidik anak-anak
menjadi asas besar untuk mencorak akhlak mereka menjadi Mu'min yang dikasihi Allah.
Tema jamuan sederhana tapi
begitulah, kenangan yang ditinggalkan
bercampur aneka rasa yang pasti manisnya
memenuhi suasana tahun 2025.
Kuih disusun di atas meja,
Anak ceria ketawa bersama,
Setahun berlalu penuh cerita,
Kenangan indah terpahat selamanya.
Berpantun pulak kita ya. 😄
Apapun terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa yang turut berkongsi juadah dengan kami.
Semoga tahun 2026 lebih cemerlang buat kita semua.
InsyaAllah.
23/12/2025
Assalamualaikum
semua. 🤍
Pagi ni cuaca
⛅