08/09/2025
Berita Bergambar: Program Puncak Merdeka Mendaki Bukit Kledang
📅 Tarikh: 1 September 2025
📍 Lokasi: Bukit Kledang & Taman Rimba Kledang Saiong, Ipoh
Alhamdulillah, program hiking di Bukit Kledang yang telah berlangsung pada 1/9/2025 berjalan lancar. Program ini telah diluluskan oleh Mudir, Ustaz Halim Din, sebagai sebahagian aktiviti luar kelas untuk para pelajar tahfiz. 🌿✨
Seramai 20 orang pelajar tahfiz bersama 3 orang guru pengiring telah menyertai aktiviti ini. Selepas selesai pendakian, rombongan meneruskan aktiviti santai di Taman Rimba Kledang Saiong, di mana para peserta berpeluang mandi sungai sambil beriadah menikmati keindahan alam semula jadi. 🌊🌳
Motif program ini adalah untuk:
* Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental pelajar tahfiz.
* Memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah sesama rakan.
* Memberi ruang rehat dan suasana santai bagi menyegarkan minda selepas sesi hafazan yang padat.
* Menanam rasa syukur dan kecintaan terhadap keindahan ciptaan Allah SWT.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Halim Din, serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.