Jabatan Zakat & Dana, Pusat Pendidikan Al Hidayah Perak

Jabatan Zakat & Dana, Pusat Pendidikan Al Hidayah Perak

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Zakat & Dana, Pusat Pendidikan Al Hidayah Perak, Ipoh.

12/05/2021

Cahaya Ramadhan berlalu pergi
Menyambut tibanya Aidilfitri
Ampun dan maaf segala peri
Semoga ikatan kekal dihati

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Walillahilhamd

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Ikhlas daripada
Mohd Lotphi Bin Halim
Pengurus Besar
Jabatan Zakat & Dana
Pusat Pendidikan Al Hidayah Perak
Amil Khas Zakat Harta
Majlis Agama Islam Perak (MAIPk)

Hubungi Kami Untuk Sumbangan Zakat, Waqaf Tunai Atau Sebarang Pertanyaan

Abdul Hadi 017-590 5123 (www.wasap.my/60175905123)
Mohd Lotphi 019-313 5088 (www.wasap.my/60193135088)

Lawati kami di
www.facebook.com/alhidayahperak

10/12/2020

📢📢📢MARI REBUT PELUANG MENYUMBANG DENGAN MEMBAYAR ZAKAT MELALUI RANGKAIAN SEKOLAH ISLAM ALHIDAYAH-ALFURQAN PERAK📣📣📣
(Rapat Setia Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar & Manjung)

💬SAMBIL MENDAPAT REBAT CUKAI PENDAPATAN LHDN SEHINGGA 💯%

💬SEKOLAH AKAN MENERIMA PULANGAN 50% SUMBANGAN ZAKAT ANDA!

❗️❗️BAYAR SEBELUM 31 DISEMBER 2020

👨🏻‍💻BAYAR MUDAH SECARA ONLINE
ATAU
🏧DEPOSIT DI MESIN CDM KE AKAUN BERIKUT:

👉 No Akaun: Bank Islam Malaysia Bhd = 0801-3010-0853-07
👉 Nama Akaun: MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

💗Niatkan pembayaran zakat anda ketika memulakan transaksi.

🆗Setelah membuat transaksi online @ CDM, whatsapp sahaja bukti pembayaran kepada Pegawai Zakat Sekolah AlHidayah untuk penyediaan resit rasmi.

📩Resit akan diposkan dalam tempoh lima (5) hari kerja insya Allah.

🎈Mohon Sebarkan Kepada Keluarga & Rakan Anda – Bersama Menyampaikan Dakwah Ibadah Zakat! 😊

Hubungi Pegawai Zakat kami :- ☎️📞📲
📲Abdul Hadi 017-590 5123
- www.wasap.my/60175905123
📲Mohd Lotphi 019-313 5088
- www.wasap.my/60193135088

"BERSAMA MEMBINA GENERASI RABBANI"

08/06/2020

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH

23/05/2020

Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyala di tepi perigi,
Wassap dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Walillahilhamd

*SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI*

Ikhlas daripada
Mohd Lotphi Bin Halim
Pengurus Besar
Jabatan Zakat & Dana
Pusat Pendidikan Al Hidayah Perak
Amil Khas Zakat Harta
Majlis Agama Islam Perak (MAIPk)

Hubungi Kami Untuk Sumbangan Zakat, Waqaf Tunai Atau Sebarang Pertanyaan

Abd Hadi 017-590 5123 (www.wasap.my/60175905123)
Mohd Lotphi 019-313 5088 (www.wasap.my/60193135088)

Lawati kami di
alhidayahperak.edu.my
www.facebook.com/alhidayahperak

16/05/2020
06/05/2020

HUKUM ZAKAT KE ATAS PENGELUARAN i-LESTARI KWSP BAGI NEGERI PERAK

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah bersetuju memperakukan pandangan Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berkaitan hukum ke atas pengeluaran zakat i-Lestari KWSP seperti berikut:

1. Bagi ahli KWSP beragama Islam yang membuat pengeluaran i-Lestari bagi tujuan kelangsungan hidup diri sendiri dan tanggungannya serta menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan, ia dikira sebagai pengeluaran di bawah kategori Hajah Asliyah dan TIDAK DIWAJIBKAN ZAKAT; dan

2. Manakala bagi ahli KWSP beragama Islam yang membuat Pengeluaran i-Lestari bukan bagi tujuan menampung keperluan asas diri sendiri dan tanggungannya, maka ZAKAT ADALAH DIWAJIBKAN ke atas pengeluaran tersebut berdasarkan Zakat Mal Mustafad sekiranya mencapai nisab dan haul yang telah ditentukan.

Kaedah mengeluarkan zakat KWSP (sekiranya termasuk no.2 di atas):

Jumlah yang dikeluarkan (dari tabung KWSP) X 2.5% (kadar zakat) = Jumlah Zakat
Contohnya: RM500 X 2.5% = RM12.50 sahaja

Semoga pencerahan ini ada manfaatnya buat masyarakat dan kita tidak terlalai dengan apa yang menjadi kewajipan atas diri kita sendiri. Wallahu'alam.

Rujuk:
https://www.facebook.com/1426992360871782/posts/2715545908683081/

Sebarang pertanyaan dan pembayaran zakat hubungi Amil kami:
Hadi 017-590 5123
www.wasap.my/60175905123
Lotphi 019-313 5088
www.wasap.my/60193135088

30/04/2020

GANDAKAN KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MELAKSANAKAN IBADAH ZAKAT DISAMPING BERPUASA

RAYUAN BERZAKAT MELALUI SEKOLAH-SEKOLAH ISLAM ALHIDAYAH SAMBIL MEMBANTU SATU USAHA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

• Kami adalah rangkaian sekolah agama persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan melaksanakan kurikulum intergrasi akademik, ilmu syariah dan tahfiz.

• Kami adalah Amil Khas Zakat Harta Majlis Agama Islam Perak (MAIPk). Dengan resit rasmi MAIPk, anda mendapat rebat Cukai Pendapatan LHDN sehingga 💯%.

• Pusat Pendidikan Al-Hidayah ini turut dimasukkan oleh MAIPk sebagai Asnaf Zakat dalam kategori Fisabilillah, Gharimin dan Miskin, dan akan menerima 50% agihan balik zakat yang dibayar melalui Amil kami.

• Kami menerima semua jenis ZAKAT HARTA - Pendapatan, Perniagaan, KWSP/EPF, Simpanan, Emas, Perak, Pertanian & Ternakan

CARA PEMBAYARAN ZAKAT

BANK-IN atau pindahan wang secara online ke akaun
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
Bank Islam: 0801-3010-0853-07

• Niatkan pembayaran zakat ketika sedang membuat transaksi.

• Selepas transaksi disempurnakan, sila maklumkan kepada kami dengan whatsapp bukti pembayaran untuk tujuan penyediaan resit dan proses tuntutan asnaf sekolah kepada MAIPk.

• Hubungi untuk pertanyaan

Abdul Hadi 017-590 5123
https://bit.ly/2LLM268

Mohd Lotphi 019-313 5088
https://bit.ly/2wadznf

(Tekan Link Untuk Terus Ke Whatsapp -Tak perlu save nombor)

• Kami juga amat mengalu-alukan Sumbangan Sadaqah & Waqaf

• Waqaf kepada pembangunan pendidikan Islam akan membawa pahala yang besar dan berpanjangan.

• Sila berWaqaf ke akaun kami
TABUNG PENDIDIKAN ALHIDAYAH
Maybank Islamic : 5699-7207-2629

Lawati kami di
www.facebook.com/alhidayahperak
website: alhidayahperak.edu.my

Mohon Sebarkan Kepada Keluarga & Rakan Saudara/i. Wassalam 😊

29/04/2020

Assalamualaikum.

Semoga semuanya dalam redha Allah swt.

Ramadhan datang lagi. Dengan rahmat Allah kita dipertemukan dengan ramdha kali ini. Semoga tidak dipersiakan peluang yang diberikan ini untuk menjadi manusia yang bertaqwa di sisi Allah.

Ramadhan yang didatangkan ini bertempoh untuk kita tidak melepaskan pergerakkan tanpa amal dan usaha kea rah ketaqwaan yang dijanjikan Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”[al Baqarah 2:183].

“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)…”[at Talaq 65:2-3]

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;”[al Imran 3:133]

Walaupun Ramadhan kali ini agak berbeza suasananya, namun dapatlah kiranya kita memaksimakan taqarrub kepada Allah dengan sebaik-baik amalan.

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);”[al Mulk 67:2]

Akhir kalam, selamat berpuasa.

Soleh Bin Senafi
Pengarah
Pusat Pendidikan Al Hidayah Ipoh.

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Ipoh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00