18/08/2026
π TAHNIAH & SYABAS! KEJAYAAN MEMBANGGAKAN COMPTIA SECURITY+ π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 35 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat (DIT), JTMK PUO yang telah berjaya memperoleh Professional Certification CompTIA Security+ menerusi Cyber Talent Transformation (CTP) Programme β Fasa 2: Bootcamp TM TVET Madani.
Daripada 51 orang pelajar yang menduduki peperiksaan pensijilan tersebut, seramai 35 orang berjaya lulus, sekali gus mencatatkan kadar kelulusan 68.63%. ππ
Pencapaian ini amat bermakna dalam usaha memperkukuh kompetensi dan kemahiran pelajar khususnya dalam bidang Cybersecurity, serta melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan pensijilan profesional selaras dengan keperluan industri semasa.
πΉ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
Pn. Azrahayu binti Abdul Aziz
Pengarah Program Cyber Talent Transformation (CTP) Programme β Fasa 2: Bootcamp TM TVET Madani
Pn. Suhainy binti Sulaiman
Penyelaras Program TM TVET MADANI
Tidak dilupakan, penghargaan kepada seluruh JK IEEP Tier 1 β Phase 2, para pensyarah serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar yang berjaya. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan pensijilan profesional dalam kalangan pelajar JTMK pada masa akan datang.
β‘ Sinergi Teknologi, Pemacu Transformasi