Bijak Aulad Education

Bijak Aulad Education

Share

Kid's Fun Hub

Ejen Sah Produk Mommy Hana
Ejen Sah Produk Mommy Happy

Pelbagai buku kanak-kanak, eb

Photos from Bijak Aulad Education's post 08/04/2024

Tips Istiqamah Selepas Ramadan
========
1. Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apakah kita akan meninggalkan semua amalan ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan ini? Kekuatan berpuasa 30 hari, tarawih lapan rakaat dan bacaan Quran yang banyak seharusnya diteruskan.

2. Beberapa hadis yang dinukilkan daripada Rasulullah ﷺ seharusnya menjadi pemangkin buat kita untuk terus konsisten dalam melakukan amal ibadah seusai Ramadan. Antaranya ialah:

3. Bagi bacaan al-Quran, Rasulullah ﷺ mengingatkan kita bahawa kedudukan seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada akhir ayat yang dibaca. Lagi banyak di baca, lagi tinggi kedudukan kita. Justeru, bacaan al-Quran mesti diteruskan setelah Ramadan. Sabda Rasulullahﷺ:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا ) .

Sabda Rasulullah ﷺ: " Di akhirat kelak, ahli al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (al-Quran) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagai mana engkau membacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”. (HR. Tirmizi dan Abu Daud)

4. Bagi amalan puasa p**a, Rasulullah ﷺ dikatakan konsisten berpuasa tiga hari setiap bulan (selain Ramadan). Berpuasa tiga hari ini hanyalah 10% sahaja daripada jumlah puasa Ramadan kita sebanyak 30 hari. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah dalam sebuah hadis:

عن مُعَاذَةُ الْعَدَوِيَّةُ، أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ؟ "، قَالَتْ: "نَعَمْ"، فَقُلْتُ لَهَا: "مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ كَانَ يَصُومُ "، قَالَتْ: لَمْ يَكُنْ يُبَالِي مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ يَصُومُ

Maksudnya: Muazah pernah bertanya kepada Aisyah: Apakah Rasulullah berpuasa tiga hari pada setiap bulan? Aisyah menjawab: “Ya.” Muazah kemudian bertanya: Rasulullah berpuasa pada hari apa (berkenaan 3 hari tadi)? Aisyah menjawab: Baginda tidak kisah dari hari apa pun.”

Ini bermakna, Bagindaﷺ akan meneruskan amalan berpuasa ini sebanyak tiga hari setiap bulan, tidak kira hari apa pun. Yang penting konsisten meneruskan amalan berpuasa yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini.

5. Manakala bagi amalan solat tarawih p**a, kita boleh terus konsisten melakukannya dengan solat sunat witir setelah isyak. Saidina Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullahﷺ berpesan kepada beliau tentang tiga amalan yang tidak pernah beliau tinggalkan sepanjang beliau hidup iaitu “(1) Solat witir, (2) Puasa tiga hari setiap bulan dan (3) Solat Duha (HR al-Bukhari). Kata Abu Hurairah:

فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: " أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ: صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: Kekasih aku (Rasulullahﷺ) berpesan kepada aku tiga perkara (yang tidak aku tinggalkan sehingga aku mati) iaitu: Puasa tiga hari sebulan, Solat Duha dan Solat Witir sebelum tidur.

6. Salin hadith di atas, dan tampal ditempat yang mudah dilihat. Mudah-mudahan ia sentiasa menjadi peringatan buat kita untuk konsisten dan istiqamah melakukan amalan yang telah kita lakukan di dalam bulan Ramadan.

Moga Allah membimbing kita untuk istiqamah setelah Ramadan.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

07/10/2023
Photos from Bijak Aulad Education's post 07/09/2021

Ibu ayah mana yang tak seronokkan bila anak-anak mendengar kata. Tambah lagi masa musim PDPR ni. 🥰

Dengan Kombo Parenting ni, ibu ayah boleh tambah ilmu serta ketahui tips cara mendidik anak-anak dengan cara yang betul.

Disertakan pelbagai hadiah PERCUMA yang sangat menarik. Lock sekarang!

13/06/2021

Kuasai keadaan anda, manfaatkan setiap kesempatan POSITIF, tetapkan tujuan yang memberikan kekuatan dan inspirasi ❤️

Hello 'Total Lockdown' day 13 &
Enjoy the Weekend 😍

Norsimah Mohd Zain Soo
Fighters Mommyhana

Photos from Bijak Aulad Education's post 13/05/2021

Selamat Hari Raya Pkp 3.0. Maaf zahir dan batin daripada Us Halim, Sima dan keluarga.

06/02/2021

PKP DATANG LAGI!!!!
Bila agaknya tamat PKP? Bila anak boleh masuk sekolah? Bila anak nak berhenti main gajet?

Macam-macam soalan keluar. Main pointnya si ibu risau anak takde pembelajaran di rumah dan asyik main gajet sahaja. Huruf pun belum kenal lancar lagi. Aduhhh risaunya!.

Jangan stress stress, MY FIRST BOOK kan ada. Tukar je gajet ke Mommyhana. Buku interaktif ni mampu membimbing anak belajar di rumah. Anak akan dapat macam-macam content pembelajaran termasuklah doa dan solat.

Nak?

06/02/2021

Tips untuk tidak terluka:
1. Berhenti mengharapkan penghargaan pada setiap perlakuan.
2. Berhenti mencari kesempurnaan daripada manusia kerana itu ada kemustahilan yang nyata.

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Ipoh
31400