17/07/2022
Punca Perkauman di kawasan sekolah. #
Beberapa punca berlaku isu perkauman di dalam kawasan sekolah, pertama peristiwa berkaitan dengan sikap negatif guru telah memberi gambaran kurang baik terhadap peranan guru dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah. Dimana,merujuk Utusan Online 2002 menyatakan terdapat segelintir guru yang melakukan pengasingan murid mengikut latar belakang etnik, sosioekonomi dan agama demi pencapaian keputusan yang baik .
Selain itu,punca berlaku isu perkauman di dalam kawasan sekolah ialah guru tidak menjadi agen perpaduan etnik. Menurut Saifulizam 2013 menyatakan guru merupakan agen yang sangat penting dalam mewujudkan perpaduan etnik.Contohnya, Pada tahun 2013 di Gelang Patah, Johor, berlaku insiden seorang guru perempuan Cina mengeluarkan kata-kata kesat terhadap etnik tertentu yang dianggap telah menjejaskan reputasi guru sebagai agen
perpaduan etnik.
Sikap perkauman yang tinggi juga menjadi salah satu punca berlaku isu perkauman di dalam kawasan sekolah. Ini dapat kita lihat peristiwa yang berlaku pada tahun 2016 di mana seorang guru besar telah menunjukkan sikap perkauman terhadap seorang guru Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor (Zulkifi 2016). Peristiwa sebegini boleh menjejaskan peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam membentuk
perpaduan etnik di sekolah malah sekali gus menjejaskan imej guru sebagai suri teladan kepada golongan muda. Dimana pihak sekolah tidak melindungi guru dalam peristiwa kekecohanndan dihina oleh anak murid dan ibu bapa murid. Hal ini menjurus kepada suasana perkauman di kawasan sekolah yang mana tidak melindungi guru atau murid kaum lain.
Salah satu punca berlaku isu perkauman di dalam kawasan sekolah ialah meletak syarat tertentu yang berunsurkan perkauman. Hal ini akan menyebabkan perpecahan kaum berlaku. Menurut penulis Mastura Suradi dan Khairul Mohd Ali 19 April 2021, Utusan Online berkaitan isu sebuah sekolah yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar tingkatan satu. Dimana, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Bentara mengeluarkan surat yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran aktiviti kokurikulum pelajar Tingkatan 1 yang antaranya menyebut kelab bahasa Cina hanya terbuka untuk pelajar kaum Cina, bola sepak (Melayu), bola keranjang (Cina), ping pong (Cina), bola jaring (Melayu) dan sepak takraw (Melayu). Perkara sebegini secara tidak langsung akan mewujudkan bibit-bibit perpecahan dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, institusi pendidikan memainkan peranan penting dimana sekolah merupakan tempat untuk membentuk sikap dengan menerapkan asas hormat menghormati, penerimaan satu kaum dengan kaum lain agar ia bermula dari awal.
Johnney Ambrose
no matrix 283421