Tadika Imtiyaz

Tadika Imtiyaz Tadika Islam 4, 5, 6 tahun

19/12/2025

Hari terakhir bersama batch terakhir pelajar Tadika Imtiyaz, setelah 13 tahun beroperasi.
Semoga yang baik2 shj untuk semua..teruskan menuntut ilmu, jaga adab walau di mana jua. ๐Ÿ’•๐Ÿฅฐ

๐ŸŽ‰โœจ Sambutan Hari Kanak-Kanak Tadika Imtiyaz โœจ๐ŸŽ‰Suasana tadika bertambah ceria dan meriah dengan gelagat comel anak-anak y...
18/12/2025

๐ŸŽ‰โœจ Sambutan Hari Kanak-Kanak Tadika Imtiyaz โœจ๐ŸŽ‰

Suasana tadika bertambah ceria dan meriah dengan gelagat comel anak-anak yang tampil bergaya dalam pakaian tema animasi pilihan masing-masing ๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ๐Ÿงšโ€โ™€๏ธ๐Ÿป

Gelak tawa dan senyuman mereka menceriakan hari yang penuh kenangan ๐Ÿ’–

Terima kasih ibu dan ayah atas sokongan dan kepercayaan sepanjang anak-anak berada di Tadika Imtiyaz.

Semoga anak-anak terus membesar dengan gembira, yakin dan berakhlak mulia ๐ŸŒˆ๐Ÿ‘ถ๐Ÿ’ซ

๐Ÿ”ฅ Lawatan Seronok & Penuh Ilmu ke Balai Bomba Ipoh! ๐Ÿ”ฅAnak-anak Tadika Imtiyaz hari ini sangat teruja dapat melawat Balai...
09/12/2025

๐Ÿ”ฅ Lawatan Seronok & Penuh Ilmu ke Balai Bomba Ipoh! ๐Ÿ”ฅ

Anak-anak Tadika Imtiyaz hari ini sangat teruja dapat melawat Balai Bomba Ipoh! ๐Ÿš’
Mereka berpeluang melihat sendiri bagaimana abang-abang bomba bertugas, mencuba peralatan keselamatan, dan belajar langkah penting ketika kecemasan.

Pengalaman hands-on ini bukan saja menyeronokkan, tetapi juga membina keberanian, keyakinan dan pengetahuan asas keselamatan kebakaran. โค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ

Terima kasih abang bomba atas layanan mesra dan ilmu yang sangat berharga! ๐Ÿ™

๐ŸŽ“๐ŸŒŸ Hari Graduasi Tadika Imtiyaz 2025Tahniah anak-anak 6 tahun Tadika Imtiyaz yang diraikan sebagai graduan kecil yang te...
03/12/2025

๐ŸŽ“๐ŸŒŸ Hari Graduasi Tadika Imtiyaz 2025
Tahniah anak-anak 6 tahun Tadika Imtiyaz yang diraikan sebagai graduan kecil yang telah berjaya menamatkan satu perjalanan penting.

Esok, satu langkah baru menanti.
๐Ÿ“šโœจ Darjah 1 bukan sekadar permulaan, tetapi ruang untuk terus belajar, membina keyakinan, mengasah akhlak, dan menjadi insan hebat yang membawa manfaat.

Anak-anak Tadika Imtiyaz,
teruskan melangkah dengan berani,
teruskan bermimpi besar,
dan teruskan menjadi anak soleh dan solehah yang membanggakan ibu bapa dan guru.

Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian. ๐Ÿ’›
Selamat melangkah ke dunia baharu! ๐ŸŒˆ

๐ŸŽ“โœจ Hari Graduasi Tadika Imtiyaz 2025Alhamdulillah, majlis penuh makna ini telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sekol...
03/12/2025

๐ŸŽ“โœจ Hari Graduasi Tadika Imtiyaz 2025
Alhamdulillah, majlis penuh makna ini telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sekolah Rendah Imtiyaz.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ustazah Dr Hajah Nornajwa Ghazali atas kesudian merasmikan majlis ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, petugas, dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga buat ibu bapa atas sokongan, kehadiran dan sumbangan yang diberikan, andalah nadi kekuatan Tadika Imtiyaz. โค๏ธ

Semoga anak-anak graduan terus melangkah dengan yakin, beradab dan berilmu menuju masa depan yang cemerlang. ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, selesai Hari Bertemu Waris Peperiksaan Akhir Tahun 2025 Tadika Imtiyaz.Tahniah kepada semua anak-anak Tad...
28/11/2025

Alhamdulillah, selesai Hari Bertemu Waris Peperiksaan Akhir Tahun 2025 Tadika Imtiyaz.

Tahniah kepada semua anak-anak Tadika Imtiyaz yang bakal melangkah ke Darjah 1 tahun hadapan.

Semoga terus menjadi anak yang terbaik, berakhlak mulia dan berjaya dunia akhirat. ๐ŸŒŸโค๏ธ

Jom masuk Tadika Imtiyaz

๐Ÿ“š Bas Perpustakaan Bergerak di Tadika Imtiyaz! ๐ŸšโœจHari ini pelajar-pelajar Tadika Imtiyaz teruja dengan kehadiran Bas Per...
21/11/2025

๐Ÿ“š Bas Perpustakaan Bergerak di Tadika Imtiyaz! ๐Ÿšโœจ

Hari ini pelajar-pelajar Tadika Imtiyaz teruja dengan kehadiran Bas Perpustakaan Bergerak daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Perak.

Bukan saja dapat membaca buku menarik, malah pelajar paling teruja mencuba permainan Virtual Reality (VR) yang disediakan! ๐Ÿ˜๐ŸŽฎ

Pengalaman yang menyeronokkan ini turut menyemai minat membaca, kreativiti, dan pembelajaran berasaskan teknologi.

Terima kasih Perbadanan Perpustakaan Perak atas peluang bermakna ini! ๐Ÿ™Œ๐Ÿ“–โœจ

โœจ AKTIVITI HARI KEUSAHAWANAN TADIKA IMTIYAZ โœจAnak-anak kecil kita bukan sahaja bijak belajar, malah berani mencuba! ๐ŸŒŸMel...
16/11/2025

โœจ AKTIVITI HARI KEUSAHAWANAN TADIKA IMTIYAZ โœจ

Anak-anak kecil kita bukan sahaja bijak belajar, malah berani mencuba! ๐ŸŒŸ
Melalui Hari Keusahawanan, pelajar Tadika Imtiyaz dilatih memupuk minat berniaga sejak kecil mengurus gerai, melayan pelanggan, menyusun barang, malah mengira duit sendiri!

๐Ÿ›๏ธ Dari pengalaman mengurus jualan hingga belajar berdikari, semua ini memberi keyakinan dan kemahiran penting untuk masa depan mereka.
Benarlah, usaha hari ini membentuk peribadi esok.

Terima kasih ibu ayah dan guru-guru yang sentiasa memberi sokongan! โค๏ธ

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum ...
06/11/2025

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2025.
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah daripada Tadika Imtiyaz

Wajah kecil, semangat besar! ๐ŸŒŸAnak-anak Tadika Imtiyaz hari ini sedang menghadapi Ujian Penilaian Akhir Sesi 2025.Terima...
05/11/2025

Wajah kecil, semangat besar! ๐ŸŒŸ
Anak-anak Tadika Imtiyaz hari ini sedang menghadapi Ujian Penilaian Akhir Sesi 2025.
Terima kasih ibu bapa atas doa & sokongan.
Moga keputusan nanti jadi penutup manis tahun ini. ๐ŸŒผ


Address

9 & 11 Jalan Dato' Seri Shaari Off Jalan Raja Dihilir
Ipoh
30350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052493120

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Imtiyaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Imtiyaz:

Shortcuts

Share

Category