Sekolah Izzuddin Shah - RASMI

Sekolah Izzuddin Shah - RASMI

Share

SABK SEKOLAH IZZUDDIN SHAH.

Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 07/05/2026



Sekolah Izzuddin Shah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ALUMNI SIS SPM 1992 atas sumbangan pemasangan signboard rasmi bersaiz besar di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi Sekolah Izzuddin Shah

✨ DATUK DR. HAJI JASNI BIN HASHIM
Pengarah Urusan, MADANI IT EXPERTS SDN. BHD.
&✨ DATIN NORMALA BINTI DAUD

Sumbangan penuh bermakna ini bukan sekadar mencantikkan wajah sekolah, malah menjadi lambang kasih sayang, semangat kebersamaan serta bukti bahawa hubungan alumni dan alma mater terus utuh merentas zaman.

Pengetua SIS, Dr Hj Mazlan bin Mohamad Zaki turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan komitmen ALUMNI SIS yang sentiasa bersama sekolah dalam usaha memperkasa kecemerlangan dan menaikkan imej Sekolah Izzuddin Shah.

Sesungguhnya, jasa dan bakti alumni seperti ini amat dihargai serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga SIS.
Inilah semangat sebenar anak-anak SIS—
pergi menimba pengalaman, kembali memberi sumbangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan serta sokongan yang amat bermakna ini.
Semoga segala sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

“Bila Alumni Terus Berbakti, SIS Akan Terus Disanjung Tinggi.” 💙💛


Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 27/04/2026

terus berbakti

Sumbangan penuh makna daripada batch alumni SPM 1984—batch En Mohd Norharisham bin Hassan.

Sempena persaraan beliau, alumni batch 84, batch En Mohd Norharisham bin Hassan yang diketuai En Mohd Azhar bin Mohd Radizuan, En Razak bin Harun, En Hishamudin bin Yunus dan Hj Shamsul Anuar bin Hj Busro telah menyumbangkan kerusi dan meja untuk kegunaan pelajar Sekolah Izzuddin Shah.

Satu simbol kasih, tanda ingatan dan bukti bahawa hubungan dengan alma mater tidak pernah terputus.

Inilah semangat sebenar anak-anak SIS—
pergi menimba pengalaman, kembali memberi sumbangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan serta sokongan yang amat bermakna ini.
Semoga segala sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan.


Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 27/04/2026

Majlis "Lambaian Kasih, Sanjungan Budi" 💐
sempena persaraan PK Kokurikulum SIS, En Mohd Norharisham bin Hassan.

Dari seorang pelajar yang menimba ilmu di bumi SIS, kembali sebagai pendidik yang menabur bakti—
sebuah perjalanan yang lengkap, penuh makna dan sarat dengan kasih terhadap alma mater tercinta.

Jejak langkah yang ditinggalkan bukan sekadar kenangan,
tetapi menjadi inspirasi dan legasi buat generasi seterusnya.
Segala jasa, pengorbanan dan dedikasi akan terus terpahat,
mekar dalam ingatan seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah.

Pengetua, Dr Hj Mazlan bin Mohamad Zaki serta seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat cemerlang yang telah dicurahkan.

Selamat bersara,
semoga setiap langkah selepas ini dipenuhi ketenangan,
dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta kebahagiaan bersama insan tersayang. 🌹




Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 26/04/2026

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI🌱

Program Sekolah Angkat MADANI telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai satu inisiatif strategik yang memberi tumpuan kepada pembangunan sosial dan elonomi di peringkat seko(ah melalui pendekatan Whole of Government. Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia di bawah Geran Government Lead By Example (GLBE) telah melaksanakan Program Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh, Perak. SEDA Malaysia telah menyumbang peralatan untuk Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan menyumbang lampu solar yang telah dipasang di beberapa lokasi di Sekolah Izzuddin Shah

SEDA Malaysia dengan kerjasama pihak Sekolah Izzuddin Shah akan menyelaras pelaksanaan penganjuran Program Aspirasi Lestari Sekolah Angkat MADANI bertempat di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak yang melibatkan seluruh warga sekolah dengan pengisian pelbagai aktiviti berbentuk kesedaran, pendidikan dan pendedahan berkaitan tenaga lestari. Program diadakan pada 25 April 2026, hari Sabtu yang lepas.

Keterujaan jelas terpancar seluruh warga sekolah atas kejayaan penganjuran program ini yang bukan sahaja memberi ilmu, malah menyuntik semangat ke arah masa depan yang lebih lestari.

Terima Kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Hamzah bin Hussin, Ketua Pegawai Operasi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Beliau merupakan Alumni SIS.

Terima kepada semua pegawai SEDA Malaysia, semua pegawai PETROSAINS, semua pegawai dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terima kasih kepada Dr Hj Mazlan bin Mohamad Zaki, Pn Hjh Nor Ahmar bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam yang merupakan Penyelaras Program Sekolah Angkat Madani SIS, Guru Kanan Sains & Matematik, Pn Hafizah Mohd Nor bersama AJK Pelaksana-Panitia Sains & Matematik, semua guru, seluruh warga SIS dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.





Photos from Sustainable Energy Development Authority - SEDA Malaysia's post 26/04/2026

TQ SEDA!🫡 Sustainable Energy Development Authority - SEDA Malaysia

Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 21/04/2026

NEKAD&AZAM SIS🔥

Nekad dan azam terus dipahat agar matlamat kecemerlangan sentiasa jelas dan tersemat dalam jiwa seluruh warga SIS yang hebat.

Tuan Pengetua terus memupuk istiqamah warga SIS!
Istiqamah terus dipupuk, semangat terus disemai, dan langkah menuju kejayaan tidak pernah terhenti.

SIS melangkah yakin. Road to Straight A’s starts now. 🔥


Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 16/04/2026

Tekad. Iltizam. Tindakan.
Menuju GPS SPM 2026: 2.33✨

15/04/2026

Satu malam, seribu kenangan✨
Terima kasih semua yang menjadikan sejarah pertama ini begitu bermakna! ✨

Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 12/04/2026

✨ SEJARAH TERCIPTA DI SIS! ✨

Tanggal 11 April 2026 menjadi satu detik bermakna apabila tiga majlis utama berjaya dilaksanakan dalam satu hari dengan penuh teratur dan cemerlang:

📌 Mesyuarat Agung PIBG (8.00 – 10.30 pagi)
📌 Majlis Penetapan Target SPM (11.00 pagi – 1.00 petang)
📌 Majlis Jamuan Hari Raya (8.00 – 10.30 malam)

Gabungan tiga program besar dalam satu hari ini bukan sahaja mencipta sejarah, malah membuktikan komitmen, kesepaduan dan semangat kerja berpasukan warga sekolah yang luar biasa.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Tuan Pengetua, barisan pengurusan, guru-guru, PIBG serta seluruh AJK Pelaksana yang telah menjayakan ketiga-tiga majlis ini dengan begitu baik dan lancar.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada BAKKSIS, KOPERASI, barisan Ketua Pelajar (KP), crewMEDIA, AJK pelajar, Dewan Makan Asrama, Kantin, para pelajar serta ibu bapa & keluarga yang hadir dengan sokongan yang amat memberangsangkan, malah di luar jangkaan. Kehadiran dan komitmen padu ini jelas menggambarkan hubungan erat, kerjasama yang semakin kukuh serta semangat kebersamaan antara ibu bapa dan pihak sekolah yang terus diperkasakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. 💫

Terlalu banyak momen indah📸 nantikan posting seterusnya untuk semua momen2 majlis2 ini..





Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Sultan Azlan Shah
Ipoh
31400