Sekolah Izzuddin Shah - RASMI

Sekolah Izzuddin Shah - RASMI SABK SEKOLAH IZZUDDIN SHAH.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SUMBANGAN MEJA & KERUSI UNTUK KANTIN SEKOLAH IZZUDDIN SHAHSekolah Izzuddin Shah merakamkan setinggi-tinggi penghargaa...
18/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SUMBANGAN MEJA & KERUSI UNTUK KANTIN SEKOLAH IZZUDDIN SHAH

Sekolah Izzuddin Shah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Tn. Howard Lee Chuan How, Ahli Parlimen Ipoh Timur, atas sumbangan 14 buah meja dan 28 buah kerusi panjang untuk kegunaan Kantin Sekolah Izzuddin Shah.

Sumbangan ini amat bermakna dalam membantu menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif untuk warga sekolah, khususnya para murid ketika menikmati waktu rehat.

Sesungguhnya, keprihatinan dan sokongan berterusan daripada pihak YB amat kami hargai dan semoga sumbangan ini terus memberi manfaat kepada seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah.

Terima kasih YB atas cakna dan sokongan kepada pendidikan! πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύβ€œSambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysiaβ€πŸ“… 17 Ogos 20...
17/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
β€œSambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia”
πŸ“… 17 Ogos 2026 | Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Semangat patriotisme kembali disemarakkan di Sekolah Izzuddin Shah apabila Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026 berlangsung penuh meriah dalam suasana perhimpunan pagi pada hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Dr. Hj. Mazlan bin Mohamad Zaki, diikuti dengan gimik peluncuran oleh barisan Pengurusan G5 sebagai simbolik bermulanya Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di peringkat sekolah.

Majlis diteruskan dengan persembahan sajak patriotik oleh guru-guru, iaitu Cikgu Anuar dan Ustazah Nawal, serta pelajar Mior Muhammad Irfan dari Tingkatan 1 Khaldun yang berjaya menyuntik semangat cintakan negara dalam kalangan warga SIS.

Suasana semakin bersemangat apabila seluruh warga sekolah bersama-sama menyanyikan lagu-lagu bertemakan kemerdekaan dan Malaysia Madani, sebelum diakhiri dengan sesi fotografi sebagai kenangan bersama.

πŸŽ‰ SEPANJANG SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2026, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk menyemarakkan semangat patriotisme, kreativiti dan kecintaan terhadap negara, antaranya:

πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan Poster Patriotik – Kelas
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan Reka Bentuk Info Merdeka
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan TikTok & Podcast Merdeka
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan Khat Merdeka (Bahasa Arab)
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan Lagu Patriotik & Kuiz
πŸš€ Kuiz STEM & Roket Air Jalur Gemilang
🎨 Reka Cipta Mercu Tanda Malaysia
✍️ Pertandingan Khat Merdeka
🎬 Video Animasi Berdurasi Singkat
🎀 Pesta Bola Speak

Sambutan ini berlangsung dari 17 Ogos hingga 18 September 2026, sebagai wadah untuk menyemai rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, menghargai sejarah perjuangan negara serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.

🌟 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN 🌟

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Program, Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Hazmir bin Md Yusof, serta Penyelaras Program, Cikgu Adilah, dan seluruh barisan AJK Peluncuran Kemerdekaan atas komitmen, kreativiti dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan majlis peluncuran berlangsung lancar dan penuh bermakna.

Terima kasih juga kepada Unit Kokurikulum, Kelab Rukun Negara, Panitia Sejarah dan Pusat Sumber atas usaha serta sokongan dalam menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026.

Ayuh warga SIS! πŸ‡²πŸ‡Ύ
Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat patriotisme dan hayati erti kemerdekaan.

❀️🀍 BERSAMA KITA JAYAKAN SEMANGAT MERDEKA, DIHAYATI! πŸ’™πŸ’›







🀝 KUNJUNG HORMAT ALUMNI SiSTA KE SIS✨ 12 Ogos 2026 | Sekolah Izzuddin Shah, IpohSekolah Izzuddin Shah (SIS) menerima kun...
12/08/2026

🀝 KUNJUNG HORMAT ALUMNI SiSTA KE SIS✨


12 Ogos 2026 | Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh

Sekolah Izzuddin Shah (SIS) menerima kunjung hormat delegasi Alumni SiSTA, yang diketuai oleh YB Dr Mohamad Yusri Bakir dalam satu pertemuan penuh makna di Bilik Al-Farabi SIS.

Alumni SiSTA merupakan gabungan bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA). Turut hadir Presiden dan Setiausaha Alumni Induk SiSTA yang mengambil kesempatan untuk bersama dalam pertemuan tersebut.

Pertemuan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi menjadi jambatan yang terus menghubungkan alumni, sekolah dan generasi terdahulu dalam satu semangat yang sama.

Kunjungan diserikan dengan kehadiran barisan pentadbir SIS, Tn Pengetua, Dr Hj Mazlan bin Mohamad Zaki, PK1, Pn Ramsiah bt Ahmed Kamaldeen, PKhem SIS, En Hasri bin Shahabudin dan barisan pentadbiran Sekolah Raja Perempuan Taayah.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan serta sokongan berterusan Alumni SiSTA kepada SIS.

Alumni bukan sekadar kenangan, tetapi sebahagian daripada denyut nadi dan legasi sebuah sekolah.


09/08/2026

LEGASI NASYID SIS✨

🎢 NIDA AL FAIZIN MELANGKAH | LANGKAH PERTAMA, LEGASI DITERUSKAN! ✨Bukan tentang trofi.Bukan tentang kemenangan.Tetapi te...
09/08/2026

🎢 NIDA AL FAIZIN MELANGKAH | LANGKAH PERTAMA, LEGASI DITERUSKAN! ✨

Bukan tentang trofi.
Bukan tentang kemenangan.
Tetapi tentang keberanian untuk melangkah.

8 Ogos 2026, Nida Al Faizin β€” barisan pelapis muda nasyid SIS daripada Tingkatan 1, 2 dan 3 β€” tampil buat pertama kalinya di pentas persembahan.

Alhamdulillah, kumpulan nasyid pelapis sekolah, Nida' Al- Faizin telah berjaya mendapat tempat Ketiga dalam Pertandingan Nasyid Fiesta Rakan Muda X Kibar @ Perak 2026 bertempat di Arena Square Kuala Kangsar.

Sebagai generasi junior yang bakal menyambung legasi Soutul Faizin, penampilan ini menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna. Debaran dan rasa gementar pastinya ada, namun alhamdulillah, mereka berjaya mempersembahkan yang terbaik dengan penuh tenang dan yakin. 🀍

Tiada sasaran yang membebankan.
Tiada tekanan untuk menjadi sempurna.

Cukuplah sebuah persembahan yang kemas, bersih dan menjadi ruang untuk mereka belajar, berani dan menimba pengalaman.

🌱 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

Begitulah perjalanan sebuah pasukan. Setiap latihan, setiap kesilapan dan setiap pengalaman akan menjadi sebahagian daripada proses membina kematangan dan keyakinan.

Hari ini mungkin langkah pertama.
Namun siapa tahu, langkah kecil inilah yang akan membawa mereka jauh suatu hari nanti.

Ω…ΩŽΩ†Ω’ Ψ¬ΩŽΨ―ΩŽΩ‘ وَجَدَ
Man jadda wajada
β€œSesiapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan mendapat hasilnya.”

Tahniah buat Nida Al Faizin! πŸŽΆπŸ‘πŸ»
Teruskan belajar. Teruskan berlatih. Teruskan melangkah dengan tawaduk.

Semoga terus tumbuh sebagai generasi pelapis yang bukan sahaja hebat di pentas, tetapi kaya dengan ilmu, adab dan jati diri.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Tuan Pengetua SIS, Dr. Hj. Mazlan bin Mohamad Zaki, atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan; Guru Pembimbing, KW Cg Arif Azfar; serta coach nasyid SIS merangkap Alumni SIS, Tn Duan Twoanwan Minds dan isteri, atas komitmen, bimbingan dan curahan ilmu dalam membentuk barisan pelapis Nida Al Faizin.

Terima kasih juga buat ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang dan memberikan sokongan kepada anak-anak.

Langkah pertama sudah bermula.
Kini, teruskan kembara. 🌟

Alhamdulillah β€˜ala kulli hal.


🌟 LADAP MADANI SIS 2026 🌟Memperkasa Guru, Memacu Pendidikan Berkualiti8 OGOS 2026 | SABTUSekolah Izzuddin Shah, Ipoh ter...
08/08/2026

🌟 LADAP MADANI SIS 2026 🌟

Memperkasa Guru, Memacu Pendidikan Berkualiti

8 OGOS 2026 | SABTU

Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh terus memperkukuh profesionalisme warga pendidik menerusi LADAP MADANI yang melibatkan semua guru SIS.

πŸ€– SESI 1 | PENYELARASAN PENGINTEGRASIAN AI DALAM PdP

8.00 – 10.00 pagi
πŸŽ™οΈ En. Khairul Anwar bin Saharuddin

Sesi ini memberi pendedahan kepada para guru tentang pengintegrasian teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Perkongsian ini membuka ruang kepada guru untuk meneroka penggunaan AI secara lebih terancang, kreatif dan berkesan bagi menyokong pengajaran serta meningkatkan pengalaman pembelajaran murid.

🧠 SESI 2 | PENGURUSAN EMOSI – SIRI 2

10.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸŽ™οΈ Dr. Nur Hamimni binti Mohd Yussuf

Sesi kedua memberi fokus kepada pengurusan emosi dalam kalangan warga pendidik. Perkongsian ini membantu guru memahami kepentingan mengenali, mengawal dan mengurus emosi dengan baik agar dapat berdepan tuntutan tugas secara lebih positif, tenang dan profesional. Kesejahteraan emosi turut menjadi aspek penting dalam membentuk guru yang seimbang dan berdaya tahan.

🌷 SETULUS PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Dr. Hj. Mazlan bin Mohamad Zaki, atas sokongan dan keprihatinan berterusan dalam memperkasa pembangunan profesionalisme serta kesejahteraan warga guru SIS.

Penghargaan khusus turut diberikan kepada Penolong Kanan Pentadbiran 1, Pn. Ramsiah bt Ahmed Kamaldeen, atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan LADAP MADANI.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada barisan Kaunselor Sekolah,
🌿 En. Rozaimi bin Che Embi
🌿 Pn. Sharifah Anis Izzati bt Syed Shahran

atas peranan dan komitmen dalam menyokong aspek kesejahteraan emosi serta pembangunan profesional warga pendidik SIS.

Terima kasih juga kepada JK LADAP yang diketuai oleh Ustazah Nurafifah bersama barisan AJK atas segala usaha, perancangan dan penyelarasan bagi memastikan program berjalan lancar.

Dan pastinya, penghargaan buat semua guru SIS atas komitmen dan kesediaan untuk terus belajar, berubah dan berkembang demi memberikan yang terbaik buat anak-anak didik.

✨ Guru hebat terus belajar. Guru sejahtera terus menginspirasi.




πŸ“š SESI KUNJUNG BANTU PBS/PBD BERSAMA PENGHULU SIS OLEH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA6 Ogos 2026 | KhamisSekolah ...
06/08/2026

πŸ“š SESI KUNJUNG BANTU PBS/PBD BERSAMA PENGHULU SIS OLEH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA

6 Ogos 2026 | Khamis

Sekolah Izzuddin Shah telah menerima kunjung bantu daripada Ustaz Ahmad Mazran bin Zainuddin, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, bagi sesi bimbingan berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Sesi yang dihadiri oleh Tuan Pengetua, Dr. Hj. Mazlan bin Mohamad Zaki, barisan hadapan G10 serta Setiausaha PBS/PBD ini bertujuan memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan PBS agar sentiasa mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hasil kunjung bantu menunjukkan pengurusan fail dan dokumentasi PBD Sekolah Izzuddin Shah berada pada tahap yang sangat baik, kemas dan sistematik, di samping beberapa cadangan penambahbaikan yang diterima secara positif demi meningkatkan lagi kualiti pengurusan sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, Dr. Hj. Mazlan bin Mohamad Zaki atas kepimpinan, bimbingan dan sokongan berterusan dalam memperkasakan pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di Sekolah Izzuddin Shah. Penghargaan turut dirakamkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Hjh. Ramsiah bt Ahmed Kamaldeen atas penyelarasan dan pemantauan yang berterusan, serta kepada Setiausaha PBS/PBD, Pn Noraidawati bt Ramly atas komitmen dan usaha berterusan dalam memastikan dokumentasi serta pengurusan PBD sekolah sentiasa tersusun, sistematik dan memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih juga kepada barisan pentadbir, G10 dan semua guru atas kerjasama erat dalam menjayakan pengurusan PBD di SIS. All the best SIS!!πŸ’ͺ🏽

πŸ† JOHAN HAFAZAN MQNKSS (KEBANGSAAN), KEBANGGAAN SEKOLAH IZZUDDIN SHAH πŸ†Sekolah Izzuddin Shah merakamkan setinggi-tinggi ...
05/08/2026

πŸ† JOHAN HAFAZAN MQNKSS (KEBANGSAAN), KEBANGGAAN SEKOLAH IZZUDDIN SHAH πŸ†

Sekolah Izzuddin Shah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada;

MUHAMMAD NUIM BIN AZAROL

atas kejayaan cemerlang yang dilakar dalam pertandingan hafazan al-Quran di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Pencapaian ini membuktikan kesungguhan, disiplin dan istiqamah beliau dalam memelihara kalamullah, sekali gus mengharumkan nama sekolah.

PENCAPAIAN HAFAZAN MENGIKUT KRONOLOGI
πŸ₯‡ Johan Hafazan Daerah MADANI (8 April 2026)
πŸ₯‡ Johan Hafazan Negeri MIISMAM (27 April 2026)
πŸ₯‡ Johan Hafazan Negeri MADANI (9 Mei 2026)
πŸ… Wakil Hafazan MIISMAM Peringkat Kebangsaan (13 Jun 2026)
πŸ₯‡ Johan Hafazan Kebangsaan MQNKSS (28 Jun 2026)

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En. Mohamad Syarul Akmal bin Setapa selaku guru pembimbing atas komitmen dan bimbingan yang telah membawa kejayaan ini. Juga kedua ibubapa yang sentiasa setia menjadi 'tulang belakang' Nuim.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Pengetua Sekolah Izzuddin Shah, Dr. Hj. Mazlan bin Mohamad Zaki, atas sokongan padu, komitmen berterusan serta usaha memperkasakan pembangunan sahsiah dan kecemerlangan kokurikulum warga SIS.

Sekolah Izzuddin Shah turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan-pertandingan FESIS, MADANI, MIISMAP dan MIISMAM pada mana-mana peringkat. Walaupun tidak semua berjaya melangkah ke peringkat seterusnya, keberanian menyahut cabaran, kesungguhan membuat persediaan dan semangat juang yang dipamerkan tetap amat dihargai. Setiap usaha yang dicurahkan merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan menjadi asas kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada saudara Muhammad Nuim bin Azarol atas kejayaan yang diraih. Semoga langkah ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kecemerlangan dalam bidang hafazan dan melahirkan generasi pencinta al-Quran yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

πŸ† TAHNIAH PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG KOKURIKULUM SEKOLAH IZZUDDIN SHAHπŸ†Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada  para...
03/08/2026

πŸ† TAHNIAH PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG KOKURIKULUM SEKOLAH IZZUDDIN SHAHπŸ†

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Sekolah Izzuddin Shah yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri dan Kebangsaan menerusi pencapaian cemerlang dalam Kem Daie Pena Muda dan Syarahan Bahasa Arab MIISMAM 2026!

PENCAPAIAN KEM DAIE PENA MUDA
1) Muhammad Raiyan Raziq bin Nohashaarin
πŸ…Penerima Anugerah Kumpulan Terbaik Peringkat Negeri

2) Fitri Fayyad bin Ab. Rahman Thobroni
πŸ₯‡ Johan Anugerah Resensi Terbaik Peringkat Negeri
πŸ₯ˆ Naib Johan Karya Emas Terbaik Peringkat Negeri
πŸ… Penerima Anugerah Kumpulan Terbaik Peringkat Negeri
πŸ…Wakil Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan
πŸ… Penerima Anugerah Saguhati Peringkat Kebangsaan

PENCAPAIAN SYARAHAN BAHASA ARAB
1) Muhammad Mirza Zakwan bin Amir Hamzah
πŸ₯‡ Johan Syarahan Bahasa Arab MIISMAP Peringkat Negeri Perak
πŸ…Wakil Negeri Perak ke MIISMAM Peringkat Kebangsaan
πŸ… Tempat Keempat daripada 14 negeri dengan markah 75.5%, hanya 0.5% di belakang Tempat Ketiga, Pulau Pinang.

Majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati telah disempurnakan oleh Dr Haji Mazlan bin Mohamad Zaki, Pengetua Sekolah Izzuddin Shah, diiringi oleh Encik Hazmir bin Md. Yusof, Penolong Kanan Kokurikulum.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Ustaz Shazali bin Osman dan Ustazah Nazihah binti Ahmad Kamel selaku guru pembimbing Kem Daie Pena Muda, serta Ustazah Nazihah binti Ahmad Kamel selaku guru pembimbing Syarahan Bahasa Arab MIISMAM 2026, atas komitmen dan bimbingan sehingga para pelajar berjaya mengharumkan nama Sekolah Izzuddin Shah di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Mudah-mudahan segala usaha yang dicurahkan menjadi amal jariah dan terus membuahkan lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerima-penerima anugerah. Semoga mereka dapat terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Sekolah Izzuddin Shah! πŸ’™πŸ’›


πŸ›‘οΈ PELANCARAN SCHOOL ANTI-BULLYING FRAMEWORK FOR EMPOWERMENT (SAFE) PERINGKAT SEKOLAH IZZUDDIN SHAHSekolah Izzuddin Shah...
03/08/2026

πŸ›‘οΈ PELANCARAN SCHOOL ANTI-BULLYING FRAMEWORK FOR EMPOWERMENT (SAFE) PERINGKAT SEKOLAH IZZUDDIN SHAH

Sekolah Izzuddin Shah komited dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni dan bebas daripada gejala buli menerusi pelaksanaan School Anti-Bullying Framework for Empowerment (SAFE), inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis Pelancaran SAFE Peringkat SIS telah diadakan pada 3 Ogos 2026 (Isnin) semasa Perhimpunan Rasmi di Musolla Al Azam, melibatkan seluruh warga sekolah sebagai simbol komitmen bersama membina budaya sekolah yang berteraskan hormat, kasih sayang, empati dan saling melindungi.

Melalui kerangka SAFE, usaha pencegahan buli diperkukuhkan menerusi:
πŸ›‘οΈ Amalan Sekolah Penyayang (6S)
🀝 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
πŸ’¬ Kaunseling Berfokus

Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah murid yang cemerlang, berakhlak mulia serta berani menolak dan melaporkan sebarang bentuk buli demi mewujudkan Sekolah Sifar Buli.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Pengetua, Dr. Hj. Mazlan bin Mohamad Zaki, barisan pentadbir, guru-guru, AKP serta seluruh warga SIS atas sokongan dan komitmen menjayakan pelancaran ini.

Penghargaan khas turut dirakamkan kepada tulang belakang program, iaitu Kaunselor Sekolah:
πŸ‘¨πŸ»β€πŸ« En. Rozaime bin Che Embi
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Pn. Sharifah Anis Izzati binti Syed Shahran

Terima kasih atas dedikasi dan usaha berterusan dalam membimbing murid serta memperkukuh budaya sekolah yang selamat, penyayang dan bebas daripada buli.

✨ Bersama-sama Hentikan Buli!


Address

Jalan Sultan Azlan Shah
Ipoh
31400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Izzuddin Shah - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Izzuddin Shah - RASMI:

Shortcuts

Share

Category