Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin

Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin

Share

Pendidikan Tahfiz Al-Quran & Syahadah -Pengajian B. Arab-Syariah & Hadis Remaja & Pondok Warga Emas

12/11/2025

Assalamualaikum tuan/puan, mohon jasa baik share kan

TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR (L) 2026
Program Pengajian Tahfiz Tulen dan Pengajian Kitab - Tafaqquh Usuluddin & Ilmu Hadis

Umur : 12 – 17 Tahun | Asrama Penuh

1️⃣ BIDANG : TAHFIZ AL-QURAN

Melahirkan huffaz berkualiti dengan hafazan mantap, lancar dan menguasai ilmu Tajwid.

2️⃣ BIDANG : BAHASA ARAB & SYARIAH (Alimiah)

Subjek : Al-Quran, Tafsir, Bahasa Arab, Akidah, Fiqah, Akhlak-Tasawwuf Ilmu Hadis.

Modul : Hadis & Fiqh Bersepadu
Fokus : Pengajian hadis dominan & Kitab Turath.
Tahun 7–8 : 90% hadis - Dawratul Hadith (Sanad) Sunan Sittah, Muwatta’ Malik, Syama’il Muhammadiyyah.

Peringkat Takhassus : 100% Ulum al-Hadith, pengkhususan karya utama.

TEMUDUGA DIBUKA
OKT–DIS 2025

📲 KETERANGAN LANJUT

Pengajian Alim: wasap.my/60189554543 (Ustaz Naqiudin)
Tahfiz Al-Quran: wasap.my/601161264006 (Ustaz Syakir Kasim)

📍 Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin, Masjid Attaiyibin Chemor
www.ezy.la/tahfiz_alim

DUNIA TAHFIZ MASJID TAIYIBIN is LIVE | TikTok 07/11/2025

Jemput masuk juga di akaun tiktok

DUNIA TAHFIZ MASJID TAIYIBIN is LIVE | TikTok MADRASAH LELAKI PEREMPUAN. | Check out DUNIA TAHFIZ MASJID TAIYIBIN LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from DUNIA TAHFIZ MASJID TAIYIBIN.

03/11/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sekarang ini sedang berlangsung bacaan syahadah 30 juzuk oleh adik Muhammad Alif bin Ibrahim.
Marilah sama-sama kita mendoakan agar beliau dilancarkan bacaannya, serta dipermudahkan urusannya dan lulus dengan cemerlang. 🤲

23/10/2025

Assalamulaikum wbt mohon doakan pagi ini bermulanya bacaan Prasyahadah adik Alif. Beliau telah berkorban masa selama empat bulan untuk menamatkan bacaan Syahadah al-Qurannya.
Semoga segala urusannya dipermudahkan dan semoga adik Alif lulus dengan lancar serta cemerlang. 📖

Photos from Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin's post 13/10/2025

Alhamdulillah, Pusat Pengajian Islam At-Tayyibin telah menyertai Kejohanan Futsal Madani Sekolah-Sekolah Menengah Agama Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 2025 (Bawah 16 Tahun) yang berlangsung pada 11 Oktober 2025 di Sportizza Futsal Arena, Menglembu, Ipoh, Perak.

Walaupun pasukan kami tidak berjaya membawa pulang kemenangan, pengalaman dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pelajar adalah sesuatu yang amat membanggakan. Ia merupakan kenangan manis dan pengalaman berharga buat semua yang terlibat.

Tahniah kepada semua pemain dan terima kasih kepada pihak penganjur atas peluang ini. Semoga kejohanan seperti ini terus menyemarakkan semangat bersukan dalam kalangan pelajar agama di seluruh negara.




25/02/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah hari ini seorang pelajar Pusat Pengajian Islam At-taiyyibin Muhammad Zikri Hakimi Bin Ridzuan memulakan bacaan syahadahnya.

Perkara : Imtihan syahadah
Tarikh : 25 Feb 2025 / 26 syaaban 1446 ( Selasa )
Mula : 7.15 pagi
Penyemak : U. Arief Amir

🤲Semoga Allah permudahkan segala urusan Dan diberi ketenangan dan kelancaran kepadanya🤲

11/10/2024

*KELAS UMUMI ASAS FARDHU AIN*
Minggu ke-2
Madah: feqah
Tajuk : Pengenalan 5 hukum dalam islam
penyampai: Ustaz syakir

Firdaus Ali 16/02/2024

💓Assalamualaikum wbt tuan puan,
Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin berbesar hati mengadakan KEM TAHFIZ & IBADAH sempena cuti sekolah BERASRAMA bagi anak-anak remaja berumur 11-14 tahun. Calon dari kawasan luar Chemor seperti zon atau negeri lain di utamakan atas sebab2 tertentu:

✅ TERHAD 20 Orang sahaja‼️

✅ Semua butiran ringkas ada di dalam poster di atas.

✅Tekan Link Pejabat:
wasap.my/601124102114/KEMTAHFIZ&IBADAH

✅Tekan Link Google Form Untuk Pendaftaran 👇:
https://forms.gle/8SBr5uuAXbDoJUka8

🌐Layari webpage Tahfiz & Program Tahfiz-Alim:
www ezy.la/Tahfiz_Alim

Firdaus Ali Business Account

PUSAT PENGAJIAN ISLAM 03/01/2024

𝗧𝗘𝗠𝗨𝗗𝗨𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗟) 𝟭𝟮-𝟭𝟴 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡

1️⃣ 𝗕𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗙𝗜𝗭 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡
Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin mempunyai objektif dan matlamat untuk memelihara kesucian 30 juzuk al-Quran dan melahirkan para huffaz yang mempunyai kualiti hafazan yang mantap dan lancar dan menguasai ilmu Tajwid Al-Quran melalui program Syahadah

2️⃣ 𝗕𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗔𝗥𝗔𝗕 & 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 (𝗔𝗟𝗜𝗠)

✅ PPIT menawarkan mata pengajian al-Quran, ilmu Tafsir, Bahasa Arab, Akidah, Fiqah, Akhlak-Tasawwuf dan Hadis yang komprehensif.

✅ Pengajian Fiqah selari dengan pengajian Hadis berterusan dari Tahun 1 sehingga Tahun ke-7. (Pengajian Usul al-Fiqh yang dipelajari selama 3 tahun, Qawa’id al-Fiqhiyah 2 tahun dan ilmu Fara’id selama 1 tahun)

✅ Manhaj atau sistem pengajian Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin menumpukan kepada pengajian hadis secara dominan dan kewajipan memahirkan diri dengan karya-karya turath secara mendalam.

✅ Pengambilan mata pelajaran hadis akan meliputi 90% dari jumlah keseluruhan mata pelajaran pada tahun ke-7 dan ke-8. Pada peringkat ini juga pelajar akan menamatkan karya yang paling penting dalam pengajian hadis iaitu Sunan al-Sittah, Muwatta’ Imam Malik dan Syama’il al-Muhammadiyyah.

✅ Manakala pada peringkat Takhassus, fokus adalah 100% kepada pemantapan Ulum al-Hadith dengan menekankan kepada karya-karya utama berkaitan. Peratusan dominasi mata pelajaran hadis adalah paling ketara pada 2 tahun Takhassus Fi Al-Hadith atau Pengkhususan Bidang Hadis.

📥 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗔𝘁-𝗧𝗮𝗶𝘆𝘆𝗶𝗯𝗶𝗻 (𝗮𝘀𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵) 𝙙𝙞𝙗𝙪𝙠𝙖

🌐𝗦𝗶𝗹𝗮 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗿𝗶 𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘄𝗲𝗯 https://ezy.la/tahfiz_alim
untuk semakan;

• 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻
• 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗮𝗶𝗹 & Manhaj
• 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 & 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀

Sila hantar dokumen atau borang lengkap yang dikehendaki ke email :
[email protected] untuk saringan kelayakan temuduga calon.

(𝘚𝘦𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘬𝘭𝘶𝘮 𝘣𝘢𝘭𝘢𝘴 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘩𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘤𝘢𝘭𝘰𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪 𝘦𝘮𝘢𝘪𝘭 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘢𝘱𝘭𝘪𝘬𝘢𝘴𝘪 𝘞𝘩𝘢𝘵𝘴𝘈𝘱𝘱)

Terima kasih. Pemohon atau calon sila hubungi *Bah. Pengajian Alim* :

wasap.my/60189554543
(Ustaz Naqiudin)

*Bah. Pengajian Tahfiz Al-Quran* :
wasap.my/601161264006
(Ustaz Syakir Kasim)

PUSAT PENGAJIAN ISLAM Menawarkan program Tahfiz Al-Quran & Pengajian Kitab Turath dan Moden. Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin Tanah Hitam Chemor Perak (JAIPK/TAHFIZ/IP.166/18)

Photos from Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin's post 19/12/2023

Penyerahan sijil penghargaan kepada al-Fadhil ustaz Mohamad Johari Seniman dan al-fadhil ustaz Fauzan Shaharudin

Alhamdulillah pada 13 dan 14 disember 2023, pusat pengajian at-tayyibin telah mengadakan majlis bacaan syahadah 30 juzuk oleh adik Muhammad uzaer bin Muhammad Azlan

beliau merupakan pelajar sulung kami yang telah lulus syahadah baru2 ini, dengan ini kami pihak PPIT merakamkan setinggi syukur dan penghargaan kepada AF ustaz Johari dan fauzan kerana sudi menerima jemputan kami, tahniah juga kepada AF ustaz, Jazakamullah khairan kathira.

Photos from Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin's post 24/09/2023

Kelas pemantapan bahasa arab bagi pelajar alim dan asas bahasa arab bagi pelajar kelas hafiz. Kelas setiap hari ahad bawah bimbingan ustaz arif amir

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Ipoh
31200