Tadika Islam Perak Ittihadiah Manjoi

Tadika Islam Perak Ittihadiah Manjoi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Islam Perak Ittihadiah Manjoi, Day Care, Tadika al-altihadiah kampung tengku husein Manjoi, Ipoh.

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha ✨🌙Daripada seluruh wargaTADIKA ISLAM PERAK ITTIHADIAH, IPOH 🤍Semoga Aidiladha kali ini me...
27/05/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha ✨🌙
Daripada seluruh warga

TADIKA ISLAM PERAK ITTIHADIAH, IPOH 🤍
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Semoga setiap pengorbanan dan keikhlasan diterima serta dipermudahkan segala urusan 🌸

“Keikhlasan dalam pengorbanan, kebahagiaan dalam silaturahim.”
Salam Aidiladha 🐄🐐

Maaf Zahir & Batin 🌙

Semangat anak-anak TIP Ittihadiah Manjoi 💜💛Latihan sukan mula dijalankan sebagai persediaan menuju Hari Sukan yang bakal...
19/05/2026

Semangat anak-anak TIP Ittihadiah Manjoi 💜💛

Latihan sukan mula dijalankan sebagai persediaan menuju Hari Sukan yang bakal berlangsung pada bulan Julai nanti 🏃‍♂️🏃‍♀️✨
Walaupun penat, tetap ceria dan bersemangat! Semoga anak-anak terus aktif, sihat dan membina keyakinan diri melalui aktiviti sukan 🤍










Alhamdulillah 🍞✨Waktu makan bersama yang penuh ceria dan senyuman anak-anak TIP Ittihadiah Manjoi. Semoga membesar menja...
19/05/2026

Alhamdulillah 🍞✨

Waktu makan bersama yang penuh ceria dan senyuman anak-anak TIP Ittihadiah Manjoi. Semoga membesar menjadi anak soleh dan solehah 🤍

Alhamdulillah, selesai sudah Program Simulasi Haji Cilik TIP Daerah Ipoh 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah dan l...
16/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Simulasi Haji Cilik TIP Daerah Ipoh 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah dan lancar. Program ini memberi peluang kepada anak-anak murid untuk mengenali serta mempelajari asas-asas ibadah haji melalui pengalaman secara praktikal dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sepanjang program ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak murid kita serta menanam rasa cinta terhadap Islam sejak usia kecil lagi. Terima kasih juga kepada para guru, ibu bapa dan semua pihak yang telah memberi kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini. 🤍✨

Program Simulasi Haji Cilik 2026 ini memberi pendedahan awal kepada anak-anak murid tentang ibadah haji melalui aktiviti...
16/05/2026

Program Simulasi Haji Cilik 2026 ini memberi pendedahan awal kepada anak-anak murid tentang ibadah haji melalui aktiviti simulasi yang menarik, interaktif dan penuh penghayatan. Selain menimba ilmu, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin serta kecintaan terhadap rukun Islam kelima sejak usia kecil lagi.

Terima kasih kepada pihak penganjur, guru-guru serta ibu ayah yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga pengalaman berharga ini menjadi kenangan indah dan manfaat buat anak-anak pada masa akan datang, insya-Allah 🤍









16/05/2026

Selamat Hari Guru buat Cikgu Sha ✨

Terima kasih kerana menjadi pendidik yang penuh sabar, penyayang dan sentiasa mencurahkan ilmu tanpa jemu.
Setiap tunjuk ajar, nasihat dan kasih sayang cikgu akan sentiasa terpahat dalam hati anak-anak murid. 🌷

“Guru ibarat lilin, membakar diri demi menerangi masa depan generasi.”
Semoga Cikgu Sha sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus menjadi inspirasi buat anak-anak didik. 💛

Ikhlas daripada anak-anak murid & warga
Tadika Islam Perak Ittihadiah 🌸

15/05/2026

Persembahan Kedua Guruku Tersayang daripada anak anak murid kita

15/05/2026

Persembahan Hari Guru
Nyanyian Lagu Terima Kasih Cikgu-Upin Ipin

Terima kasih ibuayah bagi sumbangan makanan bagi meraihkan sambutan hari guru 2026 ni.
15/05/2026

Terima kasih ibuayah bagi sumbangan makanan bagi meraihkan sambutan hari guru 2026 ni.

22/01/2026

🌈 Minggu Orientasi | 🌈Alhamdulillah, Hari kedua📌 berjalan dengan lancar.Anak-anak mula menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, guru-guru dan rakan-rakan 🤍Semoga terus ceria dan bersemangat!

Address

Tadika Al-altihadiah Kampung Tengku Husein Manjoi
Ipoh
30200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Islam Perak Ittihadiah Manjoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category