MyJKMPUO

MyJKMPUO

Share

This is an official pages for Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,Politeknik Ungku Omar This is the official page of JKM,PUO

Photos from MyJKMPUO's post 11/06/2026

10 JUN 2026 | POLITEKNIK NEGERI BANDUNG (POLBAN)

Lawatan comprehensive benchmarking bersama Politeknik Negeri Bandung bagi Program Ijazah dan Diploma Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PUO.

Photos from POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)'s post 06/06/2026
Photos from MyJKMPUO's post 05/06/2026

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) BMS 2026

📅 2 Jun 2026
📍 Masjid Jamek Kampung Kedah, Beruas

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (BMS) Kohort 11, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar di Masjid Jamek Kampung Kedah, Beruas.

Program ini telah disertai oleh 30 orang pelajar bersama dua orang pensyarah yang diketuai oleh Dr Mahmood Ali. Kerjasama erat turut diberikan oleh pihak masjid yang diketuai oleh Mohd Ariffin bin Hassan selaku Pengerusi Masjid Jamek Kampung Kedah.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah berganding bahu melaksanakan pelbagai aktiviti keceriaan dan kebersihan, antaranya:
✅ Kerja-kerja mengecat kawasan masjid
✅ Membersihkan bahagian dalam dan luar masjid
✅ Gotong-royong menceriakan persekitaran masjid
✅ Membantu penyediaan dan jamuan makanan bersama komuniti setempat

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat setempat, malah menjadi platform kepada para pelajar untuk memupuk nilai kesukarelawanan, semangat kerja berpasukan, kepimpinan serta tanggungjawab sosial dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Jamek Kampung Kedah, Beruas atas kerjasama yang diberikan serta kepada semua pelajar dan pensyarah yang telah menjayakan program ini.

“Bersama Menabur Bakti, Memperkasa Komuniti.”

Photos from MyJKMPUO's post 14/05/2026

Program CSR di Maahad Darus Salam,, Tambun Ipoh | 11 Mei 2026

Program CSR di Maahad Darus Salam yang berlangsung pada 11 Mei 2026 merupakan kesinambungan daripada Fasa 1 yang telah dijalankan pada 27 April 2026. Sepanjang program ini, para pelajar telah melaksanakan beberapa aktiviti khidmat komuniti seperti pemasangan lampu solar bagi meningkatkan kemudahan di kawasan maahad, memberi tunjuk ajar asas memanah kepada para pelajar maahad, serta menjalankan kerja-kerja mengimpal meja makan untuk kegunaan pelajar. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar dalam aspek kemahiran teknikal dan kesukarelawanan, malah turut memupuk nilai prihatin, kerjasama dan semangat menyumbang kepada masyarakat.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh TPA, En. Norman Bin Zamri, dan diiringi oleh Ketua Jabatan JKM. En Mohd Saiful Bin Saleh serta Pengarah Program. Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyampaian sumbangan berupa pakaian, barangan keperluan asas dan sumbangan wang tunai kepada pihak maahad serta anak-anak yatim di Maahad Darus Salam. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti setempat melalui aktiviti CSR yang berimpak positif dan berterusan.

Photos from MyJKMPUO's post 28/04/2026

Program Khidmat Masyarakat “Indahnya Berkongsi, Bahagianya Memberi”
Maahad Darus Salam, Tambun Ipoh | 27 April 2026

Program Khidmat Masyarakat “Indahnya Berkongsi, Bahagianya Memberi” anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar telah dilaksanakan di Maahad Darus Salam, Tambun pada 27 April 2026 Fasa 1 dengan penglibatan pensyarah serta pelajar daripada program Ijazah dan Diploma.
Pendedahan kepada pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan serta memperkukuh kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan. Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk kerja-kerja baik pulih kemudahan asrama dan penghawa dingin, gotong-royong mengecat bangunan, penyelenggaraan peralatan serta aktiviti bersama penghuni asrama.
Pelaksanaan program ini memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat, khususnya dalam membentuk pelajar yang lebih berdaya saing, berfikiran kritis serta mempunyai nilai empati terhadap masyarakat. Selain meningkatkan kemahiran teknikal dan profesional, program ini juga berjaya memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti setempat, malah menyumbang kepada pembangunan graduan TVET yang holistik selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Disamping itu, program ini turut menjadi platform pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang membolehkan pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di dalam kelas ke dalam situasi sebenar. Interaksi secara langsung dengan komuniti memberi ruang kepada pelajar memahami keperluan masyarakat serta meningkatkan kesedaran sosial. Inisiatif seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten dari segi akademik dan teknikal, malah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.

Photos from MyJKMPUO's post 28/04/2026

Kursus Pertauliahan ACCT RA/SA Installation pelajar DPU
Intitut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh | 25 - 26 April 2026

Program Air-Conditioner Certified Technician (ACCT) RA Installation telah berlangsung dengan jayanya pada 25 hingga 26 April 2026 bertempat di ILP, Ipoh. Kursus ini adalah kursus kedua yang dihadiri pelajar DPU dan staf CoT CARe selepas kursus RA/SA Installation yang berlangsung pada 11 April 2026 yang lalu. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bersama CISEC PUO.

Program melibatkan 6 orang pelajar yang sama daripada Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Mekanikal) serta 2 orang staf CoT CARe.

Inisiatif ini merupakan satu usaha berterusan dalam memperkasa kemahiran teknikal pelajar selaras dengan keperluan industri semasa.

Pelajar yang berjaya menamatkan latihan & lulus ujian akan menerima sijil pertauliahan dari pihak syarikat Daikin Malaysia Sdn Bhd; sekali gus memberikan nilai tambah kepada peserta dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

Photos from MyJKMPUO's post 22/04/2026

MAJLIS APRESIASI JKM
21 April 2026 | Dewan Warisan, PUO

✨SELESAI SUDAH: MEMORI INDAH DI MAJLIS APRESIASI JKM ✨

Alhamdulillah, tamat sudah Majlis Apresiasi JKM bagi semester ini sesi 2 2025/2026! Majlis rutin yang penuh bermakna ini telah berjaya menyatukan kita semua dalam satu suasana yang cukup meriah dan emosional.

Majlis ini diadakan khusus sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan buat pelajar-pelajar semester akhir JKM yang bakal meninggalkan PUO tidak lama lagi.

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan penghargaan! Terima kasih kepada pihak jawatankuasa kelab pelajar JKM yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar.
Buat pelajar semester akhir, selamat maju jaya di luar sana. Bawa nama baik JKM dan PUO ke mana sahaja anda pergi! ⚙️💪

Photos from MyJKMPUO's post 16/04/2026

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KELAB PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL SESI 2025/2026

Majlis yang diadakan pada 10 April 2026 ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada pelajar yang telah dilantik untuk memikul tanggungjawab sebagai barisan kepimpinan kelab, sekali gus meningkatkan motivasi mereka dalam menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Simbolik penyerahan watikah telah disempurnakan oleh Mohd Saiful bin Saleh (Ketua Jabatan JKM) dan Ts. Hj. Mohd Nazri bin Mohd Sabri (Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar JKM) sebagai tanda penyerahan mandat rasmi bagi menerajui organisasi. Melalui pelantikan ini, jabatan menyasarkan penghasilan pemimpin pelajar yang berintegriti serta mampu menjadi teladan dalam menggerakkan aktiviti kelab secara profesional dan berimpak tinggi.

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00