SRAR al-Falah, Taman Song Choon

SRAR al-Falah, Taman Song Choon Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRAR al-Falah, Taman Song Choon, School, Sekolah Rendah Agama Rakyat al-Falah, Lebuh Rapat Baru, Taman Song Choon, Ipoh.

SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT AL-FALAH, TAMAN SONG CHOON, 31350 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

Web : https://sites.google.com/view/sraralfalahtamansongchoon/1-utama?authuser=0

27/08/2026
DARI LENSA KAMERA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺANJURAN SDJ AL-FALAH TAMAN SONG CHOON 25 Ogos 2026 (Selasa) 12 Rabiul...
26/08/2026

DARI LENSA KAMERA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ
ANJURAN SDJ AL-FALAH TAMAN SONG CHOON

25 Ogos 2026 (Selasa) 12 Rabiul Awal 1448H

✨SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK 2026✨Pihak sekolah dengan ini mengucapkan selamat maju jaya buat semua cal...
26/08/2026

✨SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK 2026✨

Pihak sekolah dengan ini mengucapkan selamat maju jaya buat semua calon UPKK 2026 yang menjalani Ujian Percubaan pada minggu ini.

Semoga dikurniakan ilham oleh Allah SWT dan dapat menjawab dengan tenang.

بالتوفيق والنجاح في الامتحان 💪🏼💪🏼💪🏼

1 OGOS 2026 ( SABTU ) 🌟 TAHNIAH & SYABAS ADIK MUHAMMAD ADAM DANISH BIN MOHAMMAD ANIQ AFIF ! 🌟Sekalung tahniah dan pengha...
08/08/2026

1 OGOS 2026 ( SABTU )

🌟 TAHNIAH & SYABAS ADIK MUHAMMAD ADAM DANISH BIN MOHAMMAD ANIQ AFIF ! 🌟

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Adik Muhammad Adam Danish Bin Mohammad Aniq Afif, murid Tahun 6, atas kejayaan mewakili sekolah dalam Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran, Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Rendah Agama (MISSRA) Peringkat Negeri Perak Tahun 2026.

Alhamdulillah, setelah tiga tahun berusaha dan menimba pengalaman, bermula dari Tahun 4, Tahun 5 dan kini Tahun 6, akhirnya Adik Adam Danish berjaya melangkah ke peringkat Negeri Perak dan mencipta sejarah menjadi wakil pertama sekolah yang berjaya mencapai tahap ini.

Lebih membanggakan, Adam telah membuktikan bahawa kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. Ia terbina melalui keberanian untuk mencuba, kesanggupan menerima teguran, latihan yang berterusan dan tidak mudah berputus asa. Dan semoga ianya menjadi contoh buat rakan-rakan dan adik-adik di SRAR Al-Falah.

Pihak sekolah, barisan guru dan seluruh rakan-rakan amat berbangga dengan pencapaian Adam.

Terima kasih atas usaha, kesungguhan dan semangat yang telah ditunjukkan.👏

Selesai Program Hari Bertemu Waris dan Dialog Prestasi 2026 pada hari ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih...
07/08/2026

Selesai Program Hari Bertemu Waris dan Dialog Prestasi 2026 pada hari ini.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama ibu bapa/ penjaga kerana bersama-sama hadir menjayakan program ini demi kejayaan dan kemenjadian insan anak-anak Al-Falah.

Sehingga berjumpa lagi kita di program lain yang akan datang. Insha Allah 💪🏼

Suasana sepanjang berlangsungnya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 bagi murid sesi pagi dan petang. Mari sama-sama kita...
29/06/2026

Suasana sepanjang berlangsungnya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 bagi murid sesi pagi dan petang.

Mari sama-sama kita doakan kecemerlangan buat anak-anak Al Falah dikurniakan ketenangan hati dan ilham untuk menjawab peperiksaan pada minggu ini.

بالتوفيق والنجاح إن شاء الله
اللهم فقهّم في الدين وعلّمهم التأويل
آمين

20/06/2026

🎥✨ Detik-detik Kejayaan Wakil SRAR Al-Falah ✨🎥
Alhamdulillah, kongsian video persembahan dan penyampaian hadiah buat Muhammad Adam Danish bin Mohd Aniq Afif, wakil SRAR Al-Falah dan Daerah Ipoh, yang telah berjaya merangkul Johan Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Rendah Agama (MISSRA) Peringkat Zon 3 Negeri Perak Tahun 2026.

20/06/2026

🎥✨ Detik-detik Kejayaan Wakil SRAR Al-Falah ✨🎥

Alhamdulillah, kongsian video persembahan dan penyampaian hadiah buat Muhammad Adam Danish bin Mohd Aniq Afif, wakil SRAR Al-Falah dan Daerah Ipoh, yang telah berjaya merangkul Johan Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Rendah Agama (MISSRA) Peringkat Zon 3 Negeri Perak Tahun 2026.

Alhamdulillah 🤍✨TAHNIAH diucapkan kepada Muhammad Adam Danish bin Mohd Aniq Afif, wakil SRAR Al-Falah dan Daerah Ipoh, a...
20/06/2026

Alhamdulillah 🤍✨

TAHNIAH diucapkan kepada Muhammad Adam Danish bin Mohd Aniq Afif, wakil SRAR Al-Falah dan Daerah Ipoh, atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Rendah Agama (MISSRA) Peringkat Zon 3 Negeri Perak 2026.

Beliau memperoleh 93% markah, sekali gus mengatasi para peserta lain dalam pertandingan tersebut.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid SRAR Al-Falah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Insya-Allah, adik Muhammad Adam Danish akan meneruskan perjuangan dengan mewakili Kawasan Zon 3 pada peringkat seterusnya.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Adam atas kejayaan yang membanggakan ini, serta kepada ibu bapa beliau yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru serta warga Al-Falah yang telah membantu, menyokong dan mendoakan kejayaan Adik Adam.

20 JUN 2026 (SABTU)

Address

Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah, Lebuh Rapat Baru, Taman Song Choon
Ipoh
31350

Opening Hours

Monday 14:30 - 18:00
Tuesday 14:30 - 18:00
Wednesday 14:30 - 18:00
Thursday 14:30 - 18:00
Friday 14:30 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRAR al-Falah, Taman Song Choon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRAR al-Falah, Taman Song Choon:

Shortcuts

Share

Category