Jabatan Teknologi Maklumat KVI

Jabatan Teknologi Maklumat KVI

Share

Jabatan Teknologi Maklukmat Kolej Vokasional Ipoh

Photos from Jabatan Teknologi Maklumat KVI's post 14/11/2025

Program Teknologi Maklumat Kolej Vokasional Ipoh telah menyertai Pameran Inovasi sempena Karnival Keusawanan TVET Generasi Madani Peringkat Kebangsaan 2025 pada 13-15 November 2025, bertempat di MAEPS Serdang, Selangor.

Program telah menghantar 2 wakil pelajar iaitu NUR FA'IZUN IRWANNA BINTI MOHAMMED HELMI dan NUREEN MIERZA FIERZANA BINTI SHAMSUL FARID dari kelas 2DVM DKB untuk mempersembahkan Projek Smartlab dengan bimbingan Pensyarah Cik Nor Sunarti Binti Mohd Ghowth.

Projek Smartlab telah dibangunkan oleh Pelajar DVM DKB Kohort 2023 iaitu MUHAMMAD HIDAYAT BIN HAMID, MOHAMAD ALIF BIN MOHAMAD RASHDI dan ABDUL HADI BIN MOHD NASIRD, dan dibimbing oleh Cik Nor Sunarti Binti Mohd Ghowth dan Pn Nor hidayah Binti Mohd Yusop.

Projek ini telah berjaya memperoleh kejayaan berikut :
1. Projek Terbaik Program Teknologi Maklumat 2025 (Smartlab Prototype).
2. Pingat Emas di dalam RESEARCH & INNOVATION POSTER COMPETITION (RIPC) 2025 bagi projek Smartlab Prototype.
3. Pingat Perak di dalam INTERNATIONAL CREATIVE & INOVATION IDEA COMPETITION (ICIIC) 2025 bagi projek SMARTLAB.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Photos from Kolej Vokasional Ipoh's post 14/11/2025
28/08/2025
Photos from Jabatan Teknologi Maklumat KVI's post 28/08/2025

Pada 26 Ogos 2025, telah berlansung Program Sepanjang Hayat bersama komuniti bertajuk Asas Pemasangan Komputer.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan disertai oleh 20 orang pelajar dari beberapa sekolah sekitar Kinta Utara. Antara sekolah yang telah menyertai program ini adalah SMK Lahat, SMK Raja Chulan, SMK Tasek Damai, SMJK Yuk Choy dan SMK Pengkalan.

Program ini telah disampaikan oleh En Muhamad Zulkarnain Bin Said dan dibantu oleh 5 Fasilitator dari kalangan pelajar tahun 2 SVM.

Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat.

Syabas dan Tahniah.

26/08/2025

Sempena Hari Terbuka Minggu TVET, Program Teknologi Maklumat akan membuka Gerai Jualan.

Jom Komer,
Beli Makanan Percuma Air. Boleh upgrade Air juga... dalam satu belian.

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Persiaran Brash
Ipoh