15/04/2026
Sukacita diumumkan, bilangan calon memperoleh A bagi kesemua subjek dalam SPM 2025 telah bertambah menjadi 14 orang.
Pengumuman sebelum ini, bilangan berkenaan hanyalah 13 orang.
Ini berikutan keputusan terkini selepas semakan semula dilakukan bagi salah seorang calon Batch Evonix SPM 2025.
Tahniah diucapkan kepada Nur Alya Maisarah.
14/04/2026
Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua anak-anak BAINUN. Doa Bonda mengiringi kalian agar dipermudah urusan menjawab semua soalan dengan jayanya.
Jaga kesihatan, jaga solat dan banyakkan berdoa.
Tulus ikhlas,
Bonda.
06/04/2026
FB: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 APRIL 2026 | MAJLIS PENYERAHAN BAS BAHARU DI NEGERI PERAK
Majlis Penyerahan Bas Baharu Negeri Perak kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh pada 6 April 2026.
Penyerahan bas berkapasiti 40 penumpang ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memperkukuh kemudahan sokongan pendidikan, khususnya aspek pengangkutan pelajar. Inisiatif ini juga dilaksanakan bagi menggantikan bas sedia ada yang telah berkhidmat sejak tahun 2002, demi memastikan kemudahan yang lebih selamat, selesa dan efisien dapat dinikmati oleh warga sekolah.
Turut hadir, YBhg. Datin Khalilah binti Za’aba Pengetua Cemerlang SMK Raja Permaisuri Bainun, YBrs. Dr. Noor Azman bin Hanif Pengetua SMK Anderson, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara serta warga sekolah.
Tahun Ini, Tahun Kita.
https://www.facebook.com/share/1Q1r28zdfq/
06/04/2026
Ini adalah sebahagian daripada usaha KPM setelah meneliti keperluan daripada pihak SMK Raja Permaisuri Bainun untuk dibekalkan satu unit bas baharu dengan 40 tempat duduk.
https://mgperak.com/smk-raja-permaisuri-bainun-terima-bas-baharu/?fbclid=IwdGRjcARAHqVleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZAwzNTA2ODU1MzE3MjgAAR5Q9kz_0OgE7r6h67am-YNfJ9lyx7BWbUDUI6zA89OOqhE_Dr6xI5RapvkMVQ_aem_D4bcnfuyT0GFNqKuRHLXdg
SMK Raja Permaisuri Bainun terima bas baharu
MG Perak SMK Raja Permaisuri Bainun terima bas baharu SMK Raja Permaisuri Bainun terima bas baharu, RM50,000 naik taraf surau
06/04/2026
Majlis Budimu Disanjung, Jasamu Dikenang bersempena meraikan perpisahan dua orang guru hebat yang bertukar ke sekolah baru.
Semoga dua insan guru ini akan membawa banyak kejayaan di sekolah baru nanti. Terima Kasih diatas sumbang bakti anda di SMK Raja Permaisuri Bainun.
Ustaz Zaki bertukar ke SMK Anderson.
Cikgu Fakri bertukar ke SMK Gunung Rapat.
05/04/2026
Majlis Penyerahan Bas Baharu yang akan disempurnakan oleh YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan.
04/04/2026
Tahniah kepada Batch EVONIX!
Tahniah kepada semua guru dan ibu bapa.
Syukur alhamdulillah.
31/03/2026
Tahniah diucapkan kepada semua murid Batch Evonix atas pencapaian dalam peperiksaan SPM 2025.
Pihak sekolah amat berbangga dengan usaha gigih, ketekunan serta komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh pembelajaran. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan semangat!