17/08/2026
MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN
SMK RAJA PERMAISURI BAINUN
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan SMK Raja Permaisuri Bainun merupakan satu inisiatif bagi menyemarakkan semangat patriotisme, kecintaan terhadap negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah.
Program ini menjadi wadah untuk menyatukan seluruh warga SMK Raja Permaisuri Bainun melalui pelbagai aktiviti yang berteraskan kenegaraan, kebudayaan dan perpaduan. Semangat “Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita” diharap dapat diterapkan dalam diri setiap murid agar mereka menghargai sejarah perjuangan negara serta terus memelihara keharmonian dan perpaduan.
Marilah kita bersama-sama menghayati bulan penuh bermakna ini dengan penuh semangat, rasa bangga dan kecintaan terhadap tanah air.
“Semarakkan Merdeka, Kukuhkan Perpaduan, Cintai Malaysia!” 🇲🇾
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!