20/03/2026
PROGRAM IHYA' RAMADAN: MAJLIS KHATAM AL- QURAN & PENYAMPAIAN HADIAH SERTA SUMBANGAN ANAK YATIM 🌙✨
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam al-Quran yang disusuli dengan penyampaian hadiah serta sumbangan kepada anak-anak yatim sebagai penutup Program Ihya’ Ramadan di sekolah pada hari Isnin yang lalu.
Majlis ini bukan sahaja sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan murid mengkhatamkan al-Quran, malah bertujuan menyemai sifat kasih sayang, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga sekolah.
Semoga segala amalan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan ini diterima oleh Allah serta menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan. 🤲✨