19/08/2026
TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) BAGI TAHUN 2025
Seluruh warga SEKASEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:
• Encik Ramli (kini berkhidmat di SK Sungai Buloh) – Guru Bahasa Melayu
• Cik Marsh*tah – Guru Pendidikan Islam
• Cik Nurhafizan – Guru Bahasa Cina
atas penganugerahan *Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.*
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah mendidik serta membangunkan potensi anak-anak SEKASEH.
Semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin untuk terus menabur bakti, menyumbang idea dan mencipta lebih banyak kejayaan demi kecemerlangan pendidikan.
"Sederap Ke Arah Sekolah Holistik"