Tadika Islam Perak Kg Seri Perkasa

Tadika Islam Perak Kg Seri Perkasa Selamat datang ke laman rasmi Tadika Islam Perak Kg. Seri Perkasa

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TIP KG. SERI PERKASA🌙3 April 2026, Jumaat - Alhamdulillah telah selesai berlangsungnya Sam...
03/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TIP KG. SERI PERKASA🌙

3 April 2026, Jumaat - Alhamdulillah telah selesai berlangsungnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri TIP Kg. Seri Perkasa bersama murid, guru dan ibu - ibu.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan kolaj raya, permainan “throw & win” dan pertandingan mengetatkan anyaman ketupat.

Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi izin sambutan ini berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga kepada ibu - ibu yang sudi memeriahkan sambutan hari raya dengan pelbagai menu potluck yang sedap - sedap belaka.

Didoakan semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal erat selamanya.

Salam lebaran🌙

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN ANAK-ANAK TIP KG. SERI PERKASA🌙Aktiviti : Membuat biskut raya nestum coklat🥰
16/03/2026

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN ANAK-ANAK TIP KG. SERI PERKASA🌙

Aktiviti : Membuat biskut raya nestum coklat🥰

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN ANAK-ANAK TIP KG. SERI PERKASA🌙Aktiviti : Mewarna poster Ahlan Ya Ramadhan
16/03/2026

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN ANAK-ANAK TIP KG. SERI PERKASA🌙

Aktiviti : Mewarna poster Ahlan Ya Ramadhan

MAJLIS KECEMERLANGAN & PENYAMPAIAN HADIAH TIP KG. SERI PERKASA🏆18 Disember 2025, Khamis - telah berlangsungnya Majlis Ke...
18/12/2025

MAJLIS KECEMERLANGAN & PENYAMPAIAN HADIAH TIP KG. SERI PERKASA🏆

18 Disember 2025, Khamis - telah berlangsungnya Majlis Kecemerlangan & Penyampaian Hadiah Tadika Islam Perak Kg. Seri Perkasa yang telah dirasmikan oleh Ustaz Mohamad Firdaus bin Mohamad Tarmizi, Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Datuk. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Pengerusi Ahli Jemaah Tadika iaitu Ustaz Haji Rozali bin Haji Ismail dan Bendahari Tadika, Encik Noor Man bin Abidan@Jaidin.

Seramai 15 orang murid Tadika Islam Perak Kg. Seri Perkasa telah menerima cenderahati dan 7 orang murid telah menerima anugerah murid yang masing - masing telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 2025.

Setinggi - tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Datuk iaitu Ustaz Mohamad Firdaus bin Mohamad Tarmizi atas kesudian beliau hadir merasmikan majlis kecemerlangan dan penyampaian hadiah ini. Didoakan juga semoga semua anak - anak murid Tadika Islam Perak Kg. Seri Perkasa lebih bersemangat dalam menggapai kejayaan buat masa akan datang.

“Sesungguhnya kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa”🌸

MAJLIS APRESIASI CELIK AL-QURAN TADIKA ISLAM PERAK PERINGKAT NEGERI PERAK💚27 November 2025 - Alhamdulillah, telah berlan...
27/11/2025

MAJLIS APRESIASI CELIK AL-QURAN TADIKA ISLAM PERAK PERINGKAT NEGERI PERAK💚

27 November 2025 - Alhamdulillah, telah berlangsung nya Majlis Apresiasi Celik Al-Quran Tadika Islam Perak Peringkat Negeri Perak yang bertempat di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

Seramai 19 orang murid daripada Daerah Teluk Intan & Bagan Datuk yang telah dipilih bagi mewakili Majlis Apresiasi Celik Al-Quran ini.

Semoga dengan ada nya Majlis Apresiasi ini pada setiap tahun dapat memberi penghargaan kepada murid - murid yang telah menamatkan bacaan Iqra’ di samping menjadikan murid - murid lebih dekat dan mencintai Al-Quran.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.

SAMBUTAN HARI KANAK - KANAK & HARI LAHIR TIP KG. SERI PERKASA🎈20 November 2025 - Alhamdulillah, hari ini telah diadakan ...
20/11/2025

SAMBUTAN HARI KANAK - KANAK & HARI LAHIR TIP KG. SERI PERKASA🎈

20 November 2025 - Alhamdulillah, hari ini telah diadakan Sambutan Hari Kanak - Kanak & Hari Lahir anak - anak TIP Kg. Seri Perkasa.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti bermain soopa doopa, sesi bertukar hadiah, bergambar dan jamuan pelbagai potluck yang sedap - sedap daripada pra ibu bapa.

Hati guru tersenyum girang tatkala melihat kemeriahan dan keseronokan anak - anak bermandi manda bersama rakan pada hari ini.

Semua ukhuwah persahabatan ini berkekalan selamanya ya anak - anak❤️

20/11/2025

Sambutan Hari Kanak - Kanak & Hari Lahir TIP Kg. Seri Perkasa🎉🎊🪅

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DITAWARKAN SEPANJANG TAHUN!!! 🥰
16/11/2025

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DITAWARKAN SEPANJANG TAHUN!!! 🥰

PENDAFTARAN TIP KG. SERI PERKASA MASIH DIBUKA🔊Boleh dapatkan borang di tadika bagi yang berminat🤗
16/11/2025

PENDAFTARAN TIP KG. SERI PERKASA MASIH DIBUKA🔊

Boleh dapatkan borang di tadika bagi yang berminat🤗

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TIP KG. SERI PERKASA KE HUSSIN FAUZI FARM🐰🐹🐴🫎6 NOVEMBER 2025, Khamis - Syukur Alhamdulillah, muri...
10/11/2025

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TIP KG. SERI PERKASA KE HUSSIN FAUZI FARM🐰🐹🐴🫎

6 NOVEMBER 2025, Khamis - Syukur Alhamdulillah, murid - murid TIP Kg. Seri Perkasa telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Hussin Fauzi Fauzi Farm, Kuala Selangor.

Aktiviti ini bukan sekadar berseronok, tetapi juga sebagai pembelajaran mengenal ciptaan Allah SWT serta mendidik hati agar sentiasa mensyukuri nikmat alam dan haiwan yang indah. Moga anak-anak terus menjadi generasi soleh dan berilmu, insya-Allah. 🌸




MAJLIS APRESIASI & CELIK QURAN TADIKA ISLAM PERAK DAERAH TELUK INTAN & BAGAN DATUK🎓16 Oktober 2025, Khamis - Telah berla...
16/10/2025

MAJLIS APRESIASI & CELIK QURAN TADIKA ISLAM PERAK DAERAH TELUK INTAN & BAGAN DATUK🎓

16 Oktober 2025, Khamis - Telah berlangsung dengan jaya nya Majlis Apresiasi & Celik Quran Tadika Islam Perak Daerah Teluk Intan & Bagan Datuk yang diadakan di Dewan Bandaran Teluk Intan pada hari ini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohd Paisal bin Abdul Rahim, Pegawai Tadbir Agama Daerah Teluk Intan dan Ustaz Muhammad Nuh bin Abdul Rashid, Ketua Unit Pendidikan Daerah Teluk Intan atas kesudian beliau hadir dalam memeriahkan majlis tadika Islam pada hari ini.

Tahniah juga diucapkan kepada semua guru dan murid - murid yang telah menerima anugerah & sijil. Semoga kejayaan yang diraih pada hari ini menjadi pemangkin kejayaan pada masa akan datang, Insyaa Allah☺️

Address

Kg. Seri Perkasa
Hutan Melintang
36400

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
Tuesday 07:30 - 13:00
Wednesday 07:30 - 13:00
Thursday 07:30 - 13:00
Friday 07:30 - 13:00

Telephone

+60135889825

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Islam Perak Kg Seri Perkasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Islam Perak Kg Seri Perkasa:

Shortcuts

Share

Category