SK Sungai Keli

SK Sungai Keli Penafian: Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan yang dilakukan oleh pengguna yang melayari laman ini.

Harap maklum, terima kasih.

πŸŽ‰ SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA 2026 SK SUNGAI KELI πŸŽ‰PART 2
20/05/2026

πŸŽ‰ SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA 2026 SK SUNGAI KELI πŸŽ‰

PART 2

πŸŽ‰ SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA 2026 SK SUNGAI KELIπŸŽ‰Tanggal hari ini menjadi kenangan terindah buat seluruh warga se...
20/05/2026

πŸŽ‰ SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA 2026 SK SUNGAI KELIπŸŽ‰

Tanggal hari ini menjadi kenangan terindah buat seluruh warga sekolah apabila Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja 2026 disambut dengan penuh meriah, ceria dan semangat kekeluargaan. 🌸✨

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi meraikan jasa dan pengorbanan para guru serta seluruh warga kerja sekolah. Antaranya ialah permainan bola tampar gergasi yang mencuit hati dan mengeratkan lagi hubungan sesama warga sekolah. πŸπŸ˜„

Turut berlangsung ialah sesi anugerah-anugerah guru yang memberikan penghargaan istimewa kepada guru-guru dalam pelbagai kategori menarik dan menceriakan suasana majlis. πŸ†πŸ‘

Tidak ketinggalan, aktiviti tukar hadiah antara guru-guru turut menambahkan kemeriahan sambutan serta menyemai semangat kasih sayang dan ukhuwah dalam kalangan warga pendidik. πŸŽπŸ’–

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Semoga segala pengorbanan dan jasa seluruh warga SK Sungai Keli terus diberkati dan dihargai. 🌹

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Ayra Nur Jannah atas kejayaan merangkul πŸ† Anugerah Hebat B...
18/05/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Ayra Nur Jannah atas kejayaan merangkul πŸ† Anugerah Hebat Bahasa Minggu Ini πŸ†

Kejayaan ini membuktikan usaha, keyakinan dan semangat tinggi dalam menguasai bahasa dengan cemerlang. Semoga anugerah ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha meningkatkan kemahiran berbahasa dan berani tampil menyerlah. ✨

Teruskan kecemerlangan, semoga Ayra Nur Jannah terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. πŸ’πŸ‘

🌸 SELAMAT HARI GURU🌸Warga SK Sungai Keli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi...
15/05/2026

🌸 SELAMAT HARI GURU🌸

Warga SK Sungai Keli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Masjid Kampung Sungai Keli, En. Kamarulzaman bin Sampol atas sumbangan dan keprihatinan beliau sempena sambutan Hari Guru tahun ini. πŸ’βœ¨

Beliau telah bermurah hati menyampaikan hadiah penghargaan kepada guru-guru dan seluruh warga SK Sungai Keli sebagai tanda penghormatan dan penghargaan terhadap jasa para pendidik. Selain itu, murid-murid juga turut diraikan dengan pemberian makanan KFC yang pastinya menceriakan mereka semua. πŸ—πŸ˜Š

Sesungguhnya, jasa dan sokongan yang diberikan amat bermakna buat seluruh warga sekolah. Semoga segala kebaikan dan kemurahan hati beliau dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda serta dikurniakan kesihatan dan keberkatan yang berpanjangan.

Terima kasih atas ingatan dan sokongan yang sentiasa diberikan kepada warga SK Sungai Keli. 🀝🌷

🌟 ANUGERAH MINGGU INI🌟Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SK Sungai Keli atas pencapaian cemerlang yang memb...
15/05/2026

🌟 ANUGERAH MINGGU INI🌟

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SK Sungai Keli atas pencapaian cemerlang yang membanggakan sekolah pada minggu ini. πŸ‘βœ¨

πŸ† Nur Insyirah
πŸŽ– Tempat Ke-4
Pertandingan Khat Perempuan Sekolah Rendah Peringkat Negeri

πŸ“š Anugerah Hebat Bahasa
🌟 Nur Keysha
🌟 Irdina
🌟 Syasya

Semoga kejayaan dan pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Teruskan melakar kejayaan demi kejayaan! πŸ’ͺ🌈

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada adik Nur Insyirah atas kejayaan mengharumkan nama daerah Ba...
09/05/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada adik Nur Insyirah atas kejayaan mengharumkan nama daerah Bagan Datuk dalam Pertandingan Khat Perempuan Sekolah Rendah Peringkat Negeri yang telah berlangsung pada pagi tadi di Manong. ✨

Alhamdulillah, Nur Insyirah telah berjaya memperoleh Tempat Ke-4 dalam pertandingan tersebut. Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, latihan yang berterusan serta semangat yang tinggi dalam memartabatkan seni khat. πŸ–‹οΈπŸŒΈ

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing, Ustaz Mohd Rusdi, serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. ❀️

01/05/2026

Koleksi Video Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Keli 2026

πŸ† KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 2026 πŸ†SK Sungai KeliAlhamdulillah, Kejohanan Sukan Sekolah 2026 SK Sungai Keli telah berlangsu...
30/04/2026

πŸ† KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 2026 πŸ†
SK Sungai Keli

Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Sekolah 2026 SK Sungai Keli telah berlangsung dengan meriah pada hari ini! πŸŽ‰

Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan dengan penuh semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin dalam kalangan murid-murid. Sorakan gemuruh daripada para guru dan rakan-rakan turut memeriahkan lagi suasana sepanjang kejohanan berlangsung. πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

Walaupun keadaan padang tidak begitu mengizinkan berikutan hujan lebat, namun ia langsung tidak melunturkan semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid. Mereka tetap menunjukkan kesungguhan, keberanian dan daya juang yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Antara yang menarik:
πŸ… Acara balapan dan padang yang penuh aksi
πŸ… Semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan rumah sukan
πŸ… Sokongan padu daripada warga sekolah
πŸ… Penglibatan aktif murid dalam setiap acara

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga peserta yang telah memberikan komitmen terbaik! πŸ‘

Terima kasih juga kepada guru-guru, staf sekolah, ibu bapa serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini dengan jayanya dan juga telah menaja hadiah-hadiah bagi acara sukan sekolah ini.

Semoga semangat kesukanan ini terus mekar dalam diri setiap murid dan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan. πŸ’ͺ✨

✨ ANUGERAH PENGHARGAAN MINGGUAN ✨Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima Anugerah Penghargaa...
30/04/2026

✨ ANUGERAH PENGHARGAAN MINGGUAN ✨

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima Anugerah Penghargaan Mingguan yang telah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Fauziah sebagai tanda penghargaan atas usaha dan pencapaian yang cemerlang. 🌟

Antara anugerah yang telah diberikan ialah:

20/4/2026
πŸ… Anugerah Cekap Mengira : Syasya Adra Amani
πŸ… Anugerah Cepat Kira : Shahiman
πŸ… Anugerah Celik Al-Quran : Afaf
πŸ… Anugerah Hebat Bahasa Melayu : Dhia Jannah
πŸ… Anugerah Cermat Mewarna : Khayra Afrina
πŸ… Anugerah Penampilan Baik : Aulia Auni

27/4/2026
πŸ… Anugerah Hebat Bahasa Inggeris : Umar Al-Fatih

4/5/2026
πŸ… Anugerah PKJR : Izzie Qushayyi

Selain itu, turut disampaikan:
πŸ“œ Sijil penghargaan bagi peratus kehadiran kelas tertinggi bulanan
🏫 Sijil penghargaan bagi kelas tersersih dan tercantikkepada guru kelas dan murid-murid

πŸŽ‚ Tidak dilupakan, sambutan istimewa turut diraikan dengan penyampaian hadiah hari lahir kepada murid yang lahir pada bulan Januari hingga April.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. πŸ’ͺπŸ“š

17/04/2026

Address

SK Sungai Keli
Hutan Melintang
36400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Keli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share