SK Tanjong Bayan TS25

SK Tanjong Bayan TS25 Education

PERKHEMAHAN PERDANA TKRS PERINGKAT NEGERI PERAK📅 17 – 19 Mei 2026Tahniah diucapkan kepada murid SK Tanjong Bayan yang te...
27/05/2026

PERKHEMAHAN PERDANA TKRS PERINGKAT NEGERI PERAK
📅 17 – 19 Mei 2026

Tahniah diucapkan kepada murid SK Tanjong Bayan yang telah berjaya mewakili daerah Bagan Datuk dalam Perkhemahan Gerak Wira Peringkat Negeri Perak.

Ucapan tahniah turut diberikan kepada adik Muhamad Akif Rayyan atas pencapaian yang membanggakan:

🏅 Tempat Ke-3 — Gerak Waja Berkumpulan
🏅 Tempat Ke-5 — Ikatan Gajet Putera

Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. ✨

Tahniah diucapkan kepada adik Afzal Harith dari kelas 6 Arif, SK Tanjong Bayan atas pencapaian yang membanggakan.Penghar...
27/05/2026

Tahniah diucapkan kepada adik Afzal Harith dari kelas 6 Arif, SK Tanjong Bayan atas pencapaian yang membanggakan.

Penghargaan turut diberikan kepada jurulatih serta pasukan Youngstar FC atas segala usaha dan kejayaan yang telah dikecapi.

Semoga terus melakar kejayaan dan melangkah lebih jauh pada masa akan datang. ⚽✨

Sukacita dimaklumkan , pemain SK Tanjung Bayan & Youngstar U12 . Adik AFZAL HARITH telah terpilih mewakili Perak B12 dan akan bermain di LIGA REMAJA KEBANGSAAN B12 .

Pemain ini merupakan produk sepenuh nya hasil titik peluh kami hasilkan sendiri dari umur 10 tahun hingga ke 12 tahun . Tahniah diucapkan pada adik Afzal . Moga ramai lagi pemain dari SK TANJUNG BAYAN atau Youngstar Fc dapat melangkah jauh lagi seperti Afzal .

PERTANDINGAN TARIAN TASSEM PERINGKAT NEGERI PERAKPasukan Tarian SK Tanjong Bayan telah berjaya mewakili daerah Bagan Dat...
27/05/2026

PERTANDINGAN TARIAN TASSEM PERINGKAT NEGERI PERAK

Pasukan Tarian SK Tanjong Bayan telah berjaya mewakili daerah Bagan Datuk dalam Pertandingan Tarian TASSEM Peringkat Negeri Perak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada guru, jurulatih, murid, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan sokongan dan komitmen sehingga pasukan ini berjaya melangkah ke peringkat negeri.

Semoga pengalaman dan pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan pada masa akan datang. ✨

21/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU SK TANJONG BAYAN 2026

Pada hari yang penuh bermakna ini, warga SK Tanjong Bayan bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru 2026 dalam suasana yang meriah, harmoni dan penuh semangat kekeluargaan. Sambutan ini bukan sahaja menjadi tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan guru-guru, malah mengeratkan lagi hubungan antara guru, murid serta seluruh warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada murid-murid, ibu bapa dan para penjaga atas segala ingatan, hadiah serta penghargaan yang diberikan kepada guru-guru. Sesungguhnya setiap pemberian yang ikhlas amat bermakna dan menjadi pembakar semangat buat para pendidik untuk terus mencurahkan ilmu serta mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi.

“Guru Bitara, Nadi Negara”




Terima kasih atas sokongan ibubapa, penjaga, alumni dan komuniti.Kehadiran anda amat bermakna.
17/05/2026

Terima kasih atas sokongan ibubapa, penjaga, alumni dan komuniti.

Kehadiran anda amat bermakna.

15/05/2026

Kejohanan Olahraga STABA 2026

14/05/2026

Kemeriahan Kejohanan Olahraga SK Tanjong Bayan 2026 pastinya meninggalkan seribu kenangan indah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas sokongan serta kehadiran yang begitu memberangsangkan daripada semua pihak.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga sekolah, para peserta, guru, ibu bapa serta semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan pada tahun ini.

Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan kecemerlangan terus mekar dalam diri setiap warga SK Tanjong Bayan.

Dengan segala hormatnya, pihak sekolah menjemput tuan/puan untuk hadir memeriahkan *Kejohanan Olahraga Tahunan SK Tanjon...
13/05/2026

Dengan segala hormatnya, pihak sekolah menjemput tuan/puan untuk hadir memeriahkan *Kejohanan Olahraga Tahunan SK Tanjong Bayan 2026* yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 14 Mei 2026, Khamis
⏰ Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Padang SK Tanjong Bayan

Semoga dengan kehadiran semua ibubapa/penjaga, dan komuniti kampung program ini akan berlangsung dengan lebih meriah dan jayanya.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan 😀

11/05/2026

Debaran kian terasa…

Kemeriahan Pra Kejohanan Olahraga
SK Tanjong Bayan 2026 semakin memuncak!

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara tahun ini?

Ayuh hadir bersama-sama dan berikan sokongan padu pada
14 Mei 2026.

15.5.20226PENYAMPAIAN MEDAL PRA KEJOHANAN KEJOHANAN OLAHRAGA SK TANJONG BAYAN 2026Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet y...
11/05/2026

15.5.20226

PENYAMPAIAN MEDAL
PRA KEJOHANAN KEJOHANAN OLAHRAGA SK TANJONG BAYAN 2026

Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet yang mewakili rumah sukan.

Address

Parit 23
Hutan Melintang
36400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tanjong Bayan TS25 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share