PIBG SAHUT

PIBG SAHUT SM Sains Hulu Terengganu

27/05/2024

Bismillahirahmanirohimmmmm,
assalamualaikum untuk semua warga SAHUT, semua pengurusan, guru2, AKP, pekerja swasta, pengawal keselamatan sekolah, warga dewan makan, kantin dan ibubapa anak2 SAHUT, PIBG serta seluruh calon SPM 2023.

alhamdulillah terlebih dahulu kita panjatkan kesyukuran atas pencapaian SPM2023 SAHUT kali, pencapaian kita kali ke 12 setelah SPM pertama SAHUT pada tahun 2012. Ucapan syukur kita untuk apa pun keputusan yang telah kita capai hasil segala kesungguhan, komitmen, pencapaian dan segala 'senjata' yang kita gunakan sebaik mungkin untuk memastikan pencapaian setiap anak2 zerenity mendapat keputusan terbaik dan kita merasa 'puas' untuk menggunakan segala sumber, modul, soalan2 dan segala bentuk bahan yang boleh memastikan pencapaian matapelajaran setiap dari guru2 kita membuahkan hasil yang terbaik untuk anak2 SAHUT kesayangan kita semua.

Kita semua yang paling utama adalah berusaha sehabis daya, menegur, mendidik, mencipta 'formula' kejayaan, 'guling bating', berleter dan mengemblengkan segala 'kuasa' yang kita ada, semuanya tidak lain adalah untuk memastikan setiap anak2 SAHUT tanpa terpinggir untuk memperolehi sebaik mungkin dalam peperiksaan mereka, seterusnya kita berdoa dan bertawakal kepada yang maha kuasa, kerana tiada daya selain kurniaan Allah yang memakbulkan setiap doa, usaha dan harapan untuk kita dan anak2 SAHUT juga.

seluruh warga kita yang saya kasihi sekalian, perkongsian bagi pencapaian SPM 2023 kita kali ini untuk tatapan semua dan makluman setiap ahli kita adalah;

Bagi pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS), yang menentukan dimana kedudukan SAHUT, alhamdulillah untuk SPM2023 kita telah berjaya kembali melonjak ke GPS 2.39 (2023) berbanding 2.72 (2022) pada tahun sebelum ini, iaitu kejayaan SAHUT dengan peningkatan sebanyak 0.33 berbanding tahun sebelum ini. Pencapaian 2.39 juga adalah menyamai dengan keputusan SPM 2013 yang juga GPS yang sama. Pencapaian 2.39 ini berbanding dengan rekod keseluruhan SAHUT adalah pencapaian tempat ke 6 berbanding rekod2 sebelum ini yang seperti beriku;

1. 2012 - 2.07
2. 2019 - 2.20
3. 2015 - 2.24
4. 2014 - 2.29
5. 2016 - 2.35
6. 2013/2023 - 2.39
pencapaian GPS ini juga adalah pencapaian lebih baik selepas catatan pencapaian SPM bermula 2020 sehingga ke tahun 2022 dan kali ini SAHUT kembali bangkit, TAHNIAH!! SEMUA

bagi pencapaian dari segi kualiti murid, pencapaian semua A kita untuk tahun 2023 juga telah mencatatkan peningkatan kepada 16 MURID SEMUA A 2023 berbanding cuma 8 orang pada tahun sebelumnya dan pencapaian 'setara' bagi 3 tahun sebelum ini iaitu pada bilangan semua A 8(2022), 7(2021) dan 8(2020), secara keseluruhan dari segi semua A, SPM 2023, zerenity telah meletakkan batch mereka pada kedudukan yang kelima untuk semua A seperti rekod berikut;

1. 2012 - SEMUA A - 30 ORANG
2. 2015 - SEMUA A - 29 ORANG
3. 2014/2019 - SEMUA A - 20 ORANG
4. 2023 - SEMUA A - 16 ORANG

Bagi setiap pencapaian setiap matapelajaran (MP) daripada 9 mp yang SAHUT tawarkan kepada semua calon, 6 subjek telah berjaya meningkat berbanding dengan tahun sebelum ini, pencapaian MP yang paling tinggi peningkatan adalah untuk MP KIMIA, iaitu peningkatan sebanyak 1.20 mata, pencapaian 4.73 pada tahun 2022 kepada GPMP 3.53, rekod pencapaian terbaik kimia SAHUT adalah 2.52 (2015), pencapaian ini adalah peningkatan sejak 2 tahun sebelum ini iaitu 4.78 (2021), 4.73 (2022) kepada 3.53 pada tahun ini, tahniah kita ucapkan kepada guru kimia iaitu cg Kartini dan Pn Zilawani juga guru2 panitia sains - cg arif dan semua guru2 sains semenjak di ting 1. Kimia juga adalah matapelajaran kali ketiga berturut2 sejak 2021 mencipta peningkatan Gred Matapelajaran berterusan

seterusnya, MP kedua yang paling tinggi mencatatkan peningkatan GP adalah untuk MP Biologi, iaitu peningkatan sebanyak 0.84 mata dari GPMP 4.20 (2022) kepada 3.36 (2023), ini adalah catatan peningkatan berbanding 3 tahun sebelum ini, iaitu 3.67 (2020), 3.75 (2021) dan 4.20 (2022). Rekod terbaik SAHUT bagi biologi adalah pada tahun 2014 iaitu GPMP 2.90. Tahniah untuk peningkatan ke 2 tertinggi kali ini untuk BIOLOGI dan Guru Biologi, Cg Siti Norliza, cg Fadzilah, cg Siti norain dan seluruh guru2 panitia sains - cg syuhada dan cg azlan juga semua guru2 panitia sains sejak ting 1

MP seterusnya yang berjaya membuat catatan peningkatan paling tinggi adalah untuk subjek FIZIK, iaitu peningkatan sebanyak, 0.71 dari MP 4.73 (2022) bertambah baik kepada 3.28. Rekod terbaik FIZIK adalah 3.04 (2015), syabas dan tahniah serta semua guru2 FIZIK iaitu cg Aswani, cg Roslaini dan cg fatimah serta sekali lagi untuk semua ahli panitia SAINS di tingkatan asas sewaktu di ting 1, 2 dan 3

MP seterusnya yang mencatatkan peningkatan bagi SAHUT adalah MP Matematik Tambahan iaitu dari pencapaian 4.85 (2022) untuk tahun sebelumnya kepada 4.29 (2023). Matematik tambahan juga antara MP yang meningkat semenjak tahun2020. Pencapaian terbaik Matematik tambahan adalah pada tahun2012 (2.92). tahniah kita rakamkan untuk guru matematik tambahan iaitu cg saadiah, cg salina dan cg saiful baharin bagi meningkatan MP dengan peningkatan sebanyak 0.56 mata, pencapaian paling baik untuk matematik tambahan adalah 2.92 (2012). Terima kasih dan syabas juga untuk semua guru2 matematik kita di panitia matematik yang memulakan asas kepada semua calon zerenity. Matematik Tambahan adalah MP kedua yang mencatatkan peningkatn berturut2 setiap tahun dari segi GPMP sejak tahun 2021. Tahniah panitia matematik tambahan.

Mata pelajaran seterusnya dengan peningkatan sebanyak 0.53 adalah untuk MP bahasa inggeris. Tahniah dan syabas untuk cg farina, cg sarah, cg wan norziah serta semua ahli panitia bahasa inggeris di ting 4 dan semua dari guru BI bermula di ting 1 SAHUT. ini adalah peningkatan dengan GPMP 2.08 (2023) dari tahun sebelum ini 2.61 (2022). Peningkatan MP BI adalah 'sedikit' umpama yoyo setiap tahun. Rekod terbaik BI adalah pada tahun 2019 (GPMP 1.91)

MP terakhir yang telah berjaya meningkat adalah matematik. pencapaian matematik adalah meningkat sebanyak 0.07, iaitu dari 0.82 (2022) kepada 0.75 (2023), rekod terbaik matematik adalah 0.44 pada tahun 2012. Tahniah untuk semua guru matematik cg hjh wan nor hanizah, cg shf hamizie dan cg aidawati. tahniah dan syabas untuk semua guru matematik yang lain juga dari panitia matematik yang turut sama membantu di kem dan semua program peningkatan matematik seperti semua MP yang lain. Matematik juga adalah MP yang berada di tangga ke 6 seluruh negeri terengganu bagi SAHUT. 2023 juga merupakan tahun ke3 berturut2 bagi MP matematik mencatatkan hatrik peningkatan setiap tahun semenjak tahun 2021.

insya-Allah kita akan terus dan berusaha bersama untuk mencapai setiap kejayaan anak2 SAHUT, insya-Allah juga kita terus bangkit untuk beberapa MP lain yang 'kurang mengembirakan' untuk kita tingkatkan. kita panjatkan kesabaran kita bersama walau saya sendiri bersama seluruh guru2 kita yang melihat air2 jernih dari mata sahabat2 kita bagi MP2 yang sedikit berbeza berbanding tahun sebelum ini, walau setiap kali peperiksaan peringkat TOV, PPT dan Trial merupakan MP yang sering kali melahirkan keputusan luarbiasa dan telah melepasi sasaran unjuran kita. yang paling utama adalah USAHA. Tuan2 para guru dan seluruh sahabat guru2 telah setiap masa berusaha bersama anak2, kesungguhan yang ketara dan sebagainya, itulah yang paling utama sebelum kita berdoa dan kita bertawakal berserah kepadaNya. Terima kasih untuk semua!

untuk semua ibubapa zerenity,
ucapan penghargaan dan terima kasih kami para guru khas untuk tuan-puan semua yang menjadi pendorong dan turut sama bersama guru dan sekolah yang jelas kami rasai keakraban sepanjang tempoh terutama di penghujung anak2 di SAHUT menghadapi SPM. Keakraban semua ibubapa bersama guru dan sekolah saya kira jelas kejelekitan kita semua bagi memastikan kejayaan setiap anak2 ini. terima kasih kami untuk setiap sokongan, sumbangan dari segi tenaga, wang ringgit, idea, kehadiran semua ke sekolah dalam setiap program, temumurni, solat hajat, kem dan segalanya tanpa berkira dan turut sama mengorbankan waktu bekerja, kesibukan di rumah, pejabat dan urusan2 lain untuk sama2 kita sepakat di sekolah sebenarnya memberikan kita sama2 satu ukhwah bersama dan keberadaan setiap ibubapa dalam jemputan pihak sekolah untuk urusan kecemerlangan merupakan satu 'vaksin' semangat yang kuat untuk kami para guru memastikan kejayaan anak2 ini. terima kasih tidak terhingga kami kepada semua. semoga anak2 kita terus berjaya mengejar cita masing2 tanpa melupakan jati diri dan agama. Maafkan kami dan halalkan semua juga. Setiap teguran kami untuk anak2 tuan adalah untuk mendidik dan tidak tersimpan juga di hati kami.

terima kasih semua para warga SAHUT
semoga segala usaha, kerjabuat, kesungguhan, pengorbanan dan setiap detik dan masa, siang dan malam, kelas fajar, pagi dan petang hingga ke malam, wang ringgit dan segalanya kita ikhlaskan untuk melihat 'senyuman' kejayaan anak SAHUT. Semoga Allah anugerahkan dan kembalikan segala pengorbanan kita yang 'tanpa berkira' dengan amalan baik yang memberatkan timbangan pahala kita di akhirat kelak dan menjadi ilmu baik yang berpanjangan. juga Allah gantikan semuanya dengan rezeki yang melimpah ruah dari segala pintu yang tidak disangka dalam berbagai bentuk samada wang ringgit, kesihatan dan kebahgiaan rumah tangga dan kejayaan anak2 serta ahli keluarga kita juga. semoga segala doa2 kita yang baik2 kepada anak2 kita dan anak2 sahabat kita Allah kembalikan juga kepada kita semua.

terima kasih semua SAHUT
abu hasmadi bin a bakar
pengetua
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

SM Sains Hulu Terengganu

Salam to all Zerenity 1923 ..Insyaallah sebentar pagi nanti kalian semua akan mengambil keputusan peperiksaan SPM 2023 y...
27/05/2024

Salam to all Zerenity 1923 ..

Insyaallah sebentar pagi nanti kalian semua akan mengambil keputusan peperiksaan SPM 2023 yang sudah pastinya melakarkan perjalanan baru dalam hidup kalian…

PIBG dan Pihak Sekolah sentiasa mengimpikan anak anak Zerenity kita akan sentiasa mencapai kecemerlangan dalam Keputusan SPM sekaligus menjulang kedudukan SAHUT.

Saya mohon kepada semua Parents Zerenity 1923 untuk sampaikan salam saya buat semua anak anak kalian...

Kepada yg pergi ke SAHUT pagi ini, untuk mengambil keputusan SPM. Ambil lah peluang untuk tatapi wajah mereka.

Akhir kata, pesan buat kalian semua The Parents of Zerenity 1923 peluk dan dakaplah anak anak kalian nanti (Zerenity 1923) walau apapun keputusan mereka..
Kerana Mereka semua Zerenity 1923 tetap menjadi kebangaan kita bersama..

Once SAHUT forever u will always remain SAHUT.

Salam hormat,
MAT SUHAIMI BIN MOHD ARSHAD
YDP PIBG,
SM Sains Hulu Terengganu.

Berlangsungnyaa mesyuarat agung PIBG SAHUY Ke 14. Tahniah kpd ajk baharu bagi sesi 2024/25. Tahniah YDP Baharu memperole...
25/05/2024

Berlangsungnyaa mesyuarat agung PIBG SAHUY Ke 14. Tahniah kpd ajk baharu bagi sesi 2024/25. Tahniah YDP Baharu memperoleh jumlah majoriti pilihan ibu bapa SAHUT. Terima kasih kpd mantan2 Ajk yg banyak menyumbang jasa. Semoga PIBG SAHUT terbang tinggi dalam dunia pendidikan.

Sokongan padu dari ibubapa SAHUT terhadap pasukan bola jaring glurious SAHUT. Glurious sedang mempamerkan aksi sang juar...
17/05/2024

Sokongan padu dari ibubapa SAHUT terhadap pasukan bola jaring glurious SAHUT. Glurious sedang mempamerkan aksi sang juara di bumi SAIS dalam kejohanan bola jaing SBP Zon Timur.

Address

Sm Sains Hulu
Hulu
21700

Telephone

+6096811226

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SAHUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category