Pembangunan RTA Sg Long

Call Directions Website Contact the school

Pembangunan RTA Sg Long Sebuah Kompleks Pendidikan Tahfidz Sejak Tahun 1993 Sebuah Kompleks Tahfidz yang telah dibangunkan sejak tahun 1992 lagi.

13/07/2026

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡...

Para ibu bapa yang dihormati,

Kami dengan sukacitanya mempelawa anak-anak anda untuk menyertai Kelas Memanah Raudhoh Tahfidz Al-Quran yang akan diadakan pada:
๐Ÿ“… Ahad, 19 Julai 2026
๐Ÿ•™ 10.00 pagi
๐Ÿ’ธPERCUMA
๐Ÿ“ Raudhoh Tahfidz Al-Quran Lot 1820,Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11ยผ Kampung Sungai Serai, Hulu Langat

Kelas ini akan dikendalikan oleh Dr. Anwar Muttaqin, Pensyarah UKM & Pakar Memanah Teknik Panahan Turki.

Pendaftaran adalah WAJIB dan hanya boleh dibuat dengan menghubungi:
๐Ÿ“ž011-58881540 (Ustaz Razi)

Jangan lepaskan peluang ini untuk anak-anak anda belajar memanah dan mengamalkan sunnah.

Hubungi segera kerana tempat adalah terhad!Terima kasih.

*Mohon sebarkan kebaikan ini!!

03/07/2026

"Mungkin Inilah Wakaf Yang Akan Menjadi Penyelamat Kita Di Akhirat..."

Bayangkan...

Setiap malam seorang pelajar tahfiz merehatkan badan di atas katil yang uzur dan telah lama digunakan.

Sedangkan esoknya, mereka akan bangun seawal Subuh untuk menghafaz kalam Allah.

Hari ini kita mungkin mampu membeli pelbagai keperluan untuk diri sendiri.

Tetapi RM73 sahaja mampu menghadiahkan keselesaan kepada seorang penghafaz al-Quran yang akan terus membaca, menghafaz dan mengamalkan ayat-ayat Allah.

โœจ Setiap huruf al-Quran yang dibaca...
โœจ Setiap hafazan yang diulang...
โœจ Setiap solat yang didirikan...

Semoga Allah mengalirkan pahala itu juga kepada mereka yang membantu menyediakan tempat rehat mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya."
(Riwayat Muslim)

Hari ini anda boleh menjadi sebahagian daripada pahala yang tidak pernah terputus.

๐ŸŒฟ Projek Wakaf Katil Pelajar Tahfiz

๐ŸŽฏ Sasaran:
10 Unit Katil Double Decker untuk 20 orang pelajar.
๐Ÿ’š Wakaf serendah RM73 bagi satu lot.
๐Ÿ’š Wakaf RM365 untuk menaja sebuah set katil.

Jumlah diperlukan:
RM3,650

Jangan tunggu sehingga esok.

Mungkin hari ini Allah sedang membuka pintu untuk kita menambah bekalan menuju akhirat.

"Andai ini wakafku yang terakhir, biarlah ia menjadi saksi di hadapan Allah."

Semoga Allah menerima setiap ringgit yang disumbangkan, melapangkan rezeki para pewakaf, mengurniakan kesihatan, keberkatan hidup dan menjadikan sumbangan ini sebagai amal jariah yang mengalir sehingga ke syurga.

Ayuh berwakaf sekarang.

Walaupun hanya RM73, nilainya di sisi Allah mungkin jauh lebih besar daripada yang kita sangka.

18/06/2026

Ceramah Perdana Maal Hijrah 2026M/1448H

Oleh YBhg AF Dr Ustaz Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi (PU Razi)

Alumni RTA 1996

13/06/2026

InsyaAllah Sama-sama Kita Ikuti Tazkirah Penutup Halaqoh Perdana Ujrah Bacaan 30 Juzuk Al-Quran Secara Hafazan di Masjid Jamek Pekan Kajang Yang Akan Disampaikan Oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Dr Ustaz Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi (Pencetus Ummah Razi) Dengan Tajuk "Untungnya Ahlul Quran"

Jom Sama-sama Hadir ke Masjid Jamek Pekan Kajang!

ใ‚š


26/05/2026

Assalamualaikum wbt, insyaAllah pihak Raudhoh Tahfidz Al-Quran akan melaksana Program Ibadah Korban 1447/2026 dengan 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing. InsyaAllah di sini pihak RTA membuka peluang dan ruang kepada orang ramai untuk sama-sama infaq bagi melancarkan lagi perjalanan Program Ibadah Korban RTA 1447/2026.

Segala kemurahan hati dan sumbangan pihak Tuan/Puan semoga dibalas dengan setinggi ganjaran insyaAllah.

26/05/2026

Assalamualaikum wbt insyaAllah RTA akan melaksana Solat Sunat Aidiladha di Masjid Agung Bamboo Ar-Raudhoh. Ibubapa, Alumni dan semua Muslimin Muslimat Dijemput Hadir, InsyaAllah

26/05/2026
19/05/2026
26/04/2026

BERITA DUKA

Pihak Raudhoh Tahfidz Al-Quran menerima khabar duka berita pemergian Guru Kami Yang Mulia Ayahanda Waled Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaki Mohd Ali jam 6.54 petang tadi 26 April 2026.

Semoga Allah mengampunkan Ayahanda Waled kami, menerima segala amalannya dan mengurniakannya taman-taman Syurga juga kesabaran ketabahan buat ahli keluarga beliau.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan Al-Marhum Ustaz Mohd Zaki Mohd Ali.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡
ุงู„ู„ู‡ู… ุฃุฌุฑู‡ู… ู…ุตูŠุจุชู‡ู… ูˆุงุฎู„ูู‡ู… ุฎูŠุฑุง ู…ู†ู‡ู…

23/04/2026

_"Kerana setiap titisan darah haiwan korban menjadi amal yang dipandang Allah SWT."_
Ayuh laksanakan ibadah korban yang terbaik tahun ini bersama anak-anak Tahfiz untuk saham dunia dan akhirat.

Jom sama-sama sertai Program Ibadah Korban 2026 bersama Raudhoh Tahfidz Al-Quran Hulu Langat .

Ibadah korban ini turut akan dikongsi bersama pelajar tahfiz, semua yang mengambil bahagian dijemput ke :

Raudhoh Tahfidz Al-Quran
Lot 1820 Jalan Kuari Sungai Long Batu 11 ยพ
Kampung Sungai Serai
43100 Hulu Langat
Tarikh : 28 Mei 2026 (Raya kedua)
Masa : 9 Pagi

Harga bagi satu bahagian lembu hanya RM850 sahaja ! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai ibadah korban bersama kami.

Untuk pendaftaran, terus tekan link ini ๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://www.wasap.my/601115653863/KorbanRTA2026

Lembu terhad untuk 3 EKOR sahaja !

Address

Lot 1820, Jalan Kuari Sg Long, Kg Sg Serai, Batu 11 3/4
Hulu Langat
43100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembangunan RTA Sg Long posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pembangunan RTA Sg Long:

Share

Category