07/06/2020
Satu Portal, Satu Klik untuk Belia
SATU PORTAL, SATU KLIK UNTUK BELIA
Antara perkara pertama yang singgah difikiran saya apabila mula berada di KBS ini adalah untuk mewujudkan satu βsingle landing pageβ - http://ebelia.iyres.gov.my khusus untuk belia. Saya faham benar kesulitan dan kerumitan yang dialami oleh belia untuk mendapatkan informasi dan inisiatif berkaitan belia lebih-lebih lagi dalam tempoh sukar akibat penularan COVID-19 ini dan juga kump**an belia resah yang pernah saya sebutkan sebelum ini.
Urusan berkaitan belia ini p**a dalam konteks Kerajaan, menyentuh hampir ke seluruh Kementerian yang ada. Dalam data KBS, sekurang-kurangnya 14 buah Kementerian dikenal pasti melaksanakan inisiatif/program belia secara spesifik. Ini bermakna, belia perlu βsinggahβ ke 14 buah Kementerian untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Sedari awal lagi, antara intipati utama engagement saya dan pasukan KBS adalah mengusahakan inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian yang hasilnya dapat disinergikan dan diletakkan dalam satu portal.
Portal ini akan memberikan manfaat kepada belia dengan menyediakan informasi berkaitan:
β’ Peluang-Peluang Pekerjaan,
β’ Peluang Penciptaan Pekerjaan termasuklah keusahawanan dan gig ekonomi,
β’ Peluang Latihan dan Kemahiran,
β’ Peluang Dana-Dana dan Kemudahan oleh Kerajaan
selain daripada informasi-informasi semasa berkaitan belia. Sebagai langkah permulaan, sistem eBelia di bawah IYRES akan menjadi titik mula sinergi ini sebelum proses migrasi dan transformasi sepenuhnya ke dalam sistem portal baharu yang sedang dibangunkan termasuklah single sign-on ke sistem-sistem oleh agensi Kerajaan yang lain.
Hasilnya, kolaborasi KBS bersama MDEC kini boleh dimanfaatkan di dalam sistem eBelia ini di samping peluang pekerjaan yang disediakan melalui sistem carian pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Pelbagai lagi inisiatif sedang dimuktamad dan akan dimuat naik khususnya berkaitan Kementerian yang telah saya singgah bagi pihak belia β Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Begitu juga inisiatif berkaitan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu.
Insya Allah, saya dan pasukan KBSMalaysia akan terus memastikan platform ini benar-benar memberi impak kepada belia dan terbuka untuk sebarang cadangan penambahbaikan.
Jangan berlengah lagi. Jom daftar http://ebelia.iyres.gov.my Satu portal, satu klik untuk belia.
KBSMalaysia
IYRES KBS