SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat

SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat

Share

SRITI Al-Mutadayyin menawarkan subjek Diniah JAIS yang merangkumi Fardhu Ain dan Subjek Akademik.📚

Photos from SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat's post 25/04/2026

LENSA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SRITI AL-MUTADAYYIN HULU LANGAT 2026 (PART 2) 📸

Sambutan diteruskan dengan pelbagai juadah, gelak tawa dan momen indah yang takkan dilupakan ✨
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Semoga kenangan ini kekal tersemat dan ukhuwah terus terjalin 🤝

Photos from SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat's post 24/04/2026

LENSA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SRITI AL-MUTADAYYIN HULU LANGAT 2026📸

📆TARIKH: 24 APRIL 2026 , JUMAAT
📍LOKASI: DEWAN UTAMA SRITI AL-MUTADAYYIN

Alhamdulillah,
Meskipun Syawal telah berakhir, namun semangat Aidilfitri masih subur dalam jiwa.
Semoga sambutan ini terus mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.❣️

22/04/2026

🧪AKTIVITI SEMPENA BULAN PANITIA SAINS DAN MATEMATIK🧮

📅 Tarikh: 22 April 2026 (Rabu)
🕝 Masa: 2.45 petang – 4.15 petang
📍 Tempat: Dewan Utama & Surau

Aktiviti yang dijalankan:
🌱 Pertandingan Bercucuk Tanam (Semua Tahun)
🧩 Pertandingan Puzzle (Tahun 1 dan 2)
🚢 Pertandingan Battleship (Tahun 4, 5 dan 6)

Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap Sains dan Matematik melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan berpusatkan murid.

Tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat, kerjasama dan keberanian sepanjang aktiviti dijalankan. Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. In shaa allah , minggu depan akan sambung beberapa aktiviti lagi anjuran Panitia Sains Dan Matematik💐

Photos from SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat's post 21/04/2026

🌟MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI(MAIS) 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR(HARI KEDUA)🌟

Alhamdulillah, hari pertandingan MAIS 2026 Peringkat Negeri Selangor berlangsung dengan penuh semangat dan kelancaran.

Seawal pagi, murid-murid telah bersiap dan mengambil tempat masing-masing dengan penuh fokus dan semangat. Setiap peserta memberikan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan, menampilkan hasil usaha dan latihan yang telah dipersiapkan.

Guru-guru sentiasa berada di sisi, memberi dorongan dan memastikan setiap penyertaan berjalan dengan lancar. Suasana pertandingan berlangsung dengan meriah, penuh semangat ukhuwah serta persaingan sihat antara semua peserta.

Tidak dilupakan, penghargaan buat ibu bapa yang sentiasa menyokong dari awal hingga akhir ,sama ada melalui doa, kepercayaan, mahupun pengorbanan menghantar dan memastikan anak-anak dapat menyertai program ini dengan baik. Sokongan yang diberikan amat besar maknanya buat mereka.

Apa jua keputusan, pengalaman pada hari ini pastinya menjadi kenangan dan pembelajaran yang sangat berharga buat murid-murid 🤍
Tahniah buat semua!

Photos from SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat's post 21/04/2026

🌟MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI(MAIS) 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR (HARI PERTAMA)🌟

Alhamdulillah, hari pertama dimulakan dengan pergerakan murid-murid dari Hulu Langat menuju ke Tanjong Karang. Perjalanan berjalan lancar, dan murid-murid tiba dengan keadaan baik serta bersedia untuk melalui pengalaman sepanjang program.

Setibanya di lokasi, sebahagian guru terus bergerak ke tempat pertandingan bagi melaksanakan persiapan awal termasuk menghias ruang dan memastikan segala keperluan berada dalam keadaan teratur. Setiap usaha yang dilakukan pada hari pertama ini menjadi asas penting sebelum bermulanya pertandingan pada hari berikutnya.

Pada sebelah malam, suasana diisi dengan aktiviti santai bersama murid-murid, termasuk sambutan hari jadi ringkas salah seorang murid 🎂. Momen sederhana ini sedikit sebanyak menceriakan suasana dan mengeratkan hubungan antara guru murid dan ibubapa yang hadir.

Terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada anak-anak sepanjang penyertaan mereka dalam program ini. Semoga setiap langkah yang diambil menjadi pengalaman berharga buat mereka.

20/04/2026

💐TAHNIAH !💐

Tahniah diucapkan kepada adik

AUDRA MUSFIRAH BT ABDUL MUTALIB

atas kejayaan meraih Naib Johan Pidato Bahasa Melayu dalam Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Negeri Selangor 2026.

Kejayaan ini amat membanggakan, lebih-lebih lagi dengan keupayaan beliau menguasai pidato spontan dengan cemerlang, yang jelas mencerminkan kecerdasan, ketangkasan berfikir serta keyakinan diri yang tinggi.

Sesungguhnya, pencapaian ini adalah hasil daripada usaha yang gigih, latihan yang berterusan serta komitmen yang tinggi sepanjang persediaan.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta lain. Walaupun belum beroleh rezeki kemenangan, namun usaha, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan amatlah dihargai dan membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

18/04/2026

MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS) PERINGKAT NEGERI 2026🌺

Langkah kami mungkin sederhana,
tapi semangat yang dibawa tak pernah biasa.
Di sebalik setiap usaha, ada doa yang tak putus,
dan harapan yang kami sandarkan sepenuh hati.

Kami melangkah bukan sekadar untuk bertanding,
tetapi untuk membawa nama dan memberi yang terbaik.
Menang atau tidak, kami tetap .

Doakan perjalanan kami di MAIS Peringkat Negeri 2026 🤍

17/04/2026

MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI(MAIS) 2026🌹

Pentas negeri menanti,
Hulu Langat kami bawa di hati.
All out, sampai habis 🔥

17/04/2026

KALAM JAMAIE🎤

Mengalunkan bait-bait bahasa Arab dengan penuh harmoni,
menyusun lafaz dengan tertib dan makna,
menyentuh jiwa melalui irama yang hidup,
membawa kalam menjadi dakwah yang indah dan berkesan.

15/04/2026

📖HAFAZAN TAHAP 2(PEREMPUAN)

NUR HUDA BT HILMIL AZIM

Menyampaikan hafazan dengan penuh ketelitian dan penghayatan,
menzahirkan keindahan bacaan yang tersusun serta memberi kesan mendalam. ✨

Want your school to be the top-listed School/college in Hulu Langat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Blok B, Real School, Taman Perkasa
Hulu Langat
43100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00