IKTBN Dusun Tua - Laman Rasmi

Directions Website Contact the school

IKTBN Dusun Tua - Laman Rasmi Km 25, Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan GPS: 3.136231,101.835572 (since 1966)
(1)

VISI: Menjadi institut kemahiran yang terunggul menepati keperluan pembangunan negara. MISI: Menghasilkan belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketrampilan selaras dengan pembangunan negara.

AKTIVITI CSR BIDANG REKABENTUK PRODUK INDUSTRI, IKTBN DUSUN TUA DI SRITI AL-MUTADAYYIN, HULU LANGAT. 15 September 2026 -...
18/09/2026

AKTIVITI CSR BIDANG REKABENTUK PRODUK INDUSTRI, IKTBN DUSUN TUA DI SRITI AL-MUTADAYYIN, HULU LANGAT.

15 September 2026 - Selasa

Alhamdulillah, pasukan Rekabentuk Produk Industri (IPD), IKTBN Dusun Tua telah melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di SRITI Al-Mutadayyin, Hulu Langat melalui kerja-kerja penambahbaikan ruang surau melibatkan tenaga pengajar dan pelajar bidang IPD.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pembaikan dinding, kerja-kerja mengecat serta mereka bentuk dan menghasilkan mihrab.

Program ini turut memberi peluang kepada tenaga pengajar dan pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran dalam situasi sebenar, di samping memperkukuh kerja berpasukan, kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat serta mewujudkan ruang surau yang lebih selesa, kemas dan kondusif kepada warga SRITI Al-Mutadyyin.

β€œBerkhidmat Dengan Kemahiran, Menyumbang Kepada Masyarakat.” 🀝





LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SMK ABDUL SAMAD, KELANTAN KE IKTBN DUSUN TUA10 September 2026 - KhamisIKTBN Dusun Tua ama...
17/09/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SMK ABDUL SAMAD, KELANTAN KE IKTBN DUSUN TUA

10 September 2026 - Khamis

IKTBN Dusun Tua amat berbesar hati dan bertuah kerana dipilih sebagai destinasi lawatan daripada sekolah di Pantai Timur. Terbaharu, para pelajar PPKI SMK Abdul Samad, Kelantan hadir ke IKTBN Dusun Tua sempena lawatan sambil belajar mereka dalam memahami dan mendalami pendidikan kemahiran dalam aliran TVET.

Kesemua pelajar dan guru dibawa ke Jabatan Teknologi Elektrik, khasnya di Bahagian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) untuk mereka bersama dengan pakar pengajar yang memberi pendedahan yang luas berkaitan bidang latihan yang ada di IKTBN Dusun Tua serta melaksanakan demonstrasi bagi menarik minat para pelajar dalam mendalami ilmu kemahiran yang mereka minati kelak.

Semoga dengan kehadiran mereka dapat menyuntik semangat untuk mereka terus belajar dan meneroka ilmu kemahiran, seterusnya menjadi insan yang berguna dan berkemahiran serta membawa manfaat kepada diri, masyarakat dan Negara.







KURSUS ROMBAK DAN RAWAT ENJIN DIESEL BERSAMA JBPM DENGAN KERJASAMA MEGA TRANS AUTO ENTERPRISE ANJURAN IKTBN DUSUN TUA14 ...
17/09/2026

KURSUS ROMBAK DAN RAWAT ENJIN DIESEL BERSAMA JBPM DENGAN KERJASAMA MEGA TRANS AUTO ENTERPRISE ANJURAN IKTBN DUSUN TUA

14 September 2026 - Isnin

Pada 7 hingga 11 September 2026, seramai 20 orang pegawai bomba daripada Seksyen Kejuruteraan Jentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menyertai Kursus Rombak & Rawat Enjin Diesel di bawah anjuran Jabatan Teknologi Automotif, IKTBN Dusun Tua dengan kerjasama Mega Trans Auto Enterprise.

Bukan sekadar belajar teori, kali ini peserta turun padang, buka enjin, periksa komponen, pasang semula dan uji! πŸ”§βš™οΈ

Sepanjang 5 hari, peserta mengasah kemahiran secara praktikal melalui proses:

πŸ”§ ROMBAK – membuka dan merombak enjin
πŸ” PERIKSA – mengenal pasti keadaan komponen
🧽 RAWAT – membersih dan menyediakan komponen
βš™οΈ PASANG – memasang semula mengikut prosedur
πŸ§ͺ UJI – memastikan enjin kembali berfungsi dengan baik

πŸ’ͺ 20 peserta, 5 hari, 1 fokus β€” meningkatkan kompetensi teknikal dalam penyelenggaraan enjin diesel.

Lebih menarik, kursus ini menjadi sinergi dalam memperkukuh kolaborasi antara institusi TVET, industri dan agensi kerajaan, sekali gus membuka ruang perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman dunia sebenar.

πŸš’ Apabila kemahiran bertemu pengalaman, lahirlah kompetensi yang lebih mantap!

Terima kasih kepada JBPM atas kepercayaan dan Mega Trans Auto Enterprise atas kerjasama dalam menjayakan program ini. 🀝







16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
16 September 2026

Dari seluruh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, kami mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada:
Warga IKTBN Dusun Tua

14/09/2026

WE ARE ALUMNI ILKBS 😎

KONVO ILKBS KE-21

ENJOY THE MOMENTO ❀️

ISTIADAT KONVOKESYEN ILKBS KE-21 TAHUN 2026 πŸŽ“πŸŽ“πŸŽ“TAHNIAH PARA GRADUAN, ENJOY YOUR MOMENTO ❀️❀️❀️12 - 13 September 2026PICC...
13/09/2026

ISTIADAT KONVOKESYEN ILKBS KE-21 TAHUN 2026 πŸŽ“πŸŽ“πŸŽ“

TAHNIAH PARA GRADUAN, ENJOY YOUR MOMENTO ❀️❀️❀️

12 - 13 September 2026
PICC, Putrajaya

Gunakan ilmu kemahiran yang telah diperolehi untuk menjadi insan yang berguna pada hari ini dan masa hadapan. Demi diri anda sendiri, keluarga dan masyarakat πŸ‘





GRADUAN TERBAIK IKTBN DUSUN TUA πŸŽ“πŸŽ“πŸŽ“TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! πŸ†πŸ†πŸ†Warga IKTBN Dusun Tua merakamkan setinggi-tinggi ...
13/09/2026

GRADUAN TERBAIK IKTBN DUSUN TUA πŸŽ“πŸŽ“πŸŽ“
TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! πŸ†πŸ†πŸ†

Warga IKTBN Dusun Tua merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada

⭐ NUR FARAH SYAZWANI BINTI MAT ZIN ⭐

atas kejayaan dinobatkan sebagai GRADUAN TERBAIK IKTBN DUSUN TUA sempena Istiadat Konvokesyen ILKBS Kali Ke-21 bagi tahun 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, disiplin dan kesungguhan mampu melahirkan belia berkemahiran tinggi yang kompeten, berdaya saing dan bersedia mencorak masa depan Negara.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar IKTBN Dusun Tua untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang TVET.





11/09/2026

LALUAN MASUK PICC βœ…
LALUAN IBUBAPA KE DEWAN KONVO βœ…
LALUAN GRADUAN βœ…
LALUAN KELUARGA KE RUANG MENUNGGU βœ…

ISTIADAT KONVOKESYEN ILKBS KE-21
12-13 SEPTEMBER 2026
PICC, PUTRAJAYA





Address

Km 25, Dusun Tua
Hulu Langat
43100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKTBN Dusun Tua - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to IKTBN Dusun Tua - Laman Rasmi:

Share

Category