Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi

Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi

Share

Facebook official for Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi Hulu Langat

17/04/2026

[KUTIPAN DERMA KILAT]

Assalamualaikum w.b.t.

‎إنَّا لِلَّهِ وَإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ أللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَفِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Dukacita dimaklumkan bahawa AYAHANDANYA kepada saudara Ahmad Thaqif Aufa Bin Yadi pelajar tingkatan 3 telah kembali ke Rahmatullah pada 15 April 2026 bersamaan 26 Syawal 1447H.

Sehubungan dengan itu, Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi dengan rendah hati membuka sumbangan kilat seikhlas hati untuk disalurkan kepada keluarga saudara Thaqif.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga Thaqif Aufa yang baru sahaja kehilangan AYAHNYA.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
5621 7953 1912
MAYBANK
MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI ILMI
Rujukan : Derma Ayah Thaqif

Semoga kebaikan anda di beri ganjaran berlipat kali ganda oleh ALLAH SWT
Amin Ya Rabbal Alamin

Sebarang pernyataan boleh hubungi :
013-468 0203 (Mudir Ustaz Hamdi)

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Al-Ankabut ayat 57 “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.”

31/03/2026

Tahniah & Syabas!!
Semua pelajar SPM 2025

🤲 Tawakal kepada Allah, redha dengan setiap ketentuan
Kerana setiap usaha tidak pernah sia-sia di sisi-Nya

🔥 Teruskan melangkah dengan iman & keyakinan
Jadilah insan berilmu, berakhlak & bermanfaat

💪 من جد وجد
🌙 Kejayaan sebenar adalah redha Allah

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Maaf zahir dan batin.

Pergi ke taman memetik bunga,
Singgah sebentar di tepi perigi,
Al-Quran dijaga sepanjang masa,
Menjadi cahaya diri sejati.

Buat seluruh umat Islam, semoga Aidilfitri ini membawa rahmat, keampunan dan kebahagiaan. Moga segala amalan diterima dan kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang.

عيد مبارك تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

19/03/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada dua pelajar Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi atas khidmat sebagai imam tarawih di Osaka. Japan Da’wah Centre

Semoga segala usaha ini diberkati dan menjadi asbab kebaikan berterusan.

‎اللّهُمَّ بَارِكْ فِيهِمْ وَوَفِّقْهُمْ فِي طَرِيقِ الدَّعْوَةِ
Ya Allah, berkatilah mereka dan berikan kejayaan dalam jalan dakwah.

16/03/2026

Jom jadi imam tarawih?

16/03/2026

Alhamdulillah, pelajar Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi yang sedang berkhidmat sebagai imam tarawih di Osaka berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Istiqlal.

Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Rizal dari Indonesia.
Semoga pengalaman ini menjadi satu kenangan berharga serta menambah semangat mereka dalam menyebarkan dakwah dan khidmat kepada umat.

13/03/2026

Ke mana pun kaki melangkah,
Al-Quran tetap menjadi cahaya yang memimpin jalan.

12/03/2026

Alhamdulillah, pada Tahun 2025, guru-guru dan pihak sekolah telah mengadakan trip Kembara Ilmu Bumi Sakura ke Tokyo, Jepun dan bertemu dengan Pengasas Japan Dakwah Centre, Tuan Zulkarnain dan pada tahun awal 2026 p**a kami ke Japan Dakwah Centre di Osaka bagi mengusulkan hasrat membawa pelajar Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi menjadi imam tarawih di sana.

Semoga langkah kecil ini menjadi jambatan dakwah dan membuka ruang kebaikan yang lebih luas buat generasi huffaz di persada antarabangsa ✈️

12/03/2026

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya mencapai Pencapaian Terbaik: 1 Bulan 1 Juzuk bagi bulan Januari & Februari.

Semoga kesungguhan dalam menjaga hafazan, menghantar saba’ dan sabqi ini menjadi asbab keberkatan ilmu dan membentuk generasi huffaz yang istiqamah bersama Al-Quran.

Teruskan melangkah dengan semangat, kerana setiap ayat yang dihafaz adalah cahaya di dunia dan syafaat di akhirat.

بارك الله فيكم جميعًا 🤍




12/03/2026


‎بسم الله الرحمن الرحيم
ALHAMDULILLAH Dengan Izin ALLAH S.W.T,

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, hari ini, seorang pelajar Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi, Luqman Jahanipa telah berjaya mengkhatamkan Hafazan Al-Quran 30 Juzuk.
Luqman telah memulakan Pengajian Hafazan Al-Quran di Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi pada 14 Mac 2024, berjaya menamatkan Hafazan Al-Quran pada 12 Mac 2026.

Ucapan tahniah buat Ibu-Bapa beliau dan ini berkat doa Ibu-Bapa, Guru-guru dan Tuan-Puan anda semua.

Semoga Allah lapangkan kesulitan kepadanya untuk terus mengekalkan hafazan al-Quran dalam hati & beramal dengannya serta mempertahankan kesucian al-Quran...
Semoga menjadi pemimpin dan pentarbiyah yang berjaya dunia dan akhirat !

Doakan semoga pelajar-pelajar lain juga dapat menurut langkah beliau untuk Khatam Hafazan Al-Quran dan bermanfaat untuk umat. INSYAALLAH.

‎آمين يا مجيب 🤲🏻




… : 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗯𝗯𝗮𝗻𝗶 : …

Pendaftaran Kemasukan Mac Bagi Sesi 2026 DIBUKA!
Boleh Hubungi :
011-33019559 (Pejabat)
https://wa.me/601133019559?text=Salam%2CSayaNakDaftar

Daftar secara online di website :
www.ilmi.edu.my
www.ilmi.edu.my

Atau klik link di bio

12/03/2026

Alhamdulillah atas rezeki yang dikongsi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa pelajar dan rakan-rakan pejabat atas sumbangan makanan yang diberikan. Semoga setiap kebaikan ini menjadi asbab keberkatan dan ganjaran pahala. Jazakumullahu khairan. 🤲✨

Want your school to be the top-listed School/college in Hulu Langat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Lot 2058, Jalan Felcra Semungkis, Batu 14 1/2
Hulu Langat
43100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00